Followers

Wednesday, July 25, 2012

Kenangan Ramadhan

Hari ni dah pun 5 hari umat Islam berpuasa.Bila sebut bulan puasa,kenangan paling indah adalah ketika zaman kanak-kanak dan zaman sekolah terutama di A.S.M.I singkatan dari Asrama Sekolah Menengah Ibrahim Sungai Petani.

Teringat berjalan ramai-ramai dengan kawan-kawan satu dorm berjalan menuju ke surau nak berterawih.Yang paling kelakar setiap tahun ada saja gelaran Mat Moreh atau Minah Moreh diberi.Mana tidaknya orang lain baru nak jejak dewan makan tapi Mat Moreh dan Minah Moreh ni dah sampai dulu kira orang yang pertama sampai dewan makan.

Macam-macam gelagat bila ingat balik.Ada sekali budak-budak Putera kena kongsi dewan makan dengan Puteri,apalagi time buka posa,ada ja yang memerhati hahaha,siap hafal yang mana dorang admier atau makwe dorang duduk.Lebih kurang jer dengan geng Puteri...hehe termasuklah aku kan.Aku tak da marka(pakwe/makwe loghat Kedah) masa sekolah,orang lain ada kot.Takat abang angkat tu adalah.Maklum aku ni tak popular macam kawan-kawan lain.

Paling malas bab mangkit soq kata org Kedah.Pukul 3 pagi berdering la loceng dewan makan tu.Kadang-kadang malas sangat tak makan soq dah.Soq tu adalah bersahur ha...ni kira guna loghat utara takpa sambil cerita sambil belajaq loghat utara na.

Ler ni sejak zaman ada FB ni maka dapatlah menjejak semula senior-senior zaman dok asrama dulu.Bila chatting tingat zaman dok asrama dan zaman abg-abg senior ni dok ada marka kat asrama Puteri yg kebanyakannya kawan aku,kelakar lak rasanya.Hahaha rahsia dorang sampai hari ni aku simpan tau.

Paling aku ingat masa aku Tingkatan Satu,kami ni budak-budak puteri tak da dewan makan sendiri lagi,bangunan baru belum siap maka kena pi makan soq kat asrama putera.Dalam dok berlenggang lenggok memasing nak pi dewan ntah sapa baling mercun katak...apalagi pakat melompatlah.Kurang asam betul dak putera ni.Hish,nasib baik tak terbakaq kain.Banyak kenangan tak mampu nak ceritakan semua.

Apa-apa pun kenangan tu tetap dalam ingatan.Takan lupa sampai bila-bila.Aku dari dulu memang pemalu dengan abang-abang senior ni sampailah sekarang.Cuma ler ni aku dah ramah sikit lah dari zaman sekolah dulu.

Tu zaman sekolah,kalo zaman kanak-kanak aku di kem tentera pulak balik sekolah mesti buka peti sejuk dan duduk depan tu beberapa minit bagi sejuk badan hahahaha.
Kalo aku mandi lama ja dalam bilik ayaq mesti mak ketuk pintu sebabnya takut aku pi minum ayaq paip hehehe.

Macam-macam gelagat bila berpuasa sebab tu bila tengok budak-budak kadangkala senyum sendiri teringat kenangan dulu.

Wednesday, July 18, 2012

Selamat menyambut Ramadhan

Dah bebenor tak update blog ni,dah nak naik berhabuk berdebu gitu.Ha,tersangat lah sibuknya dengan pelbagai acara dan aktiviti.

Ada majlis kahwinlah,aktiviti keluarga lah dan bermacam lagi termasuklah aku yang kejap demam kejap baik.Citer apa yer.Yang menarik cuma penyatuan dua hati sepupu aku Shahril Farizal dgn Nurul Izzah pada 30hb June 2012.Majlis di sebelah lelaki berlangsung pada 07.07.2012

Majlis sederhana dan meriah gitu dengan kehadiran para tetamu serta sanak saudara.Gambar of course ler aku tak da sebab sebijik kamera pun aku tak pegang ari tu.Aku bertugas sebagai penyambut tamu VIP jadi tak sempatlah nak ambik gambar bagai kan.

Alhamdulillah hari-hari aku kini semakin baik dan sentiasa gembira,biarlah apa pun terjadi,ujian tu akan sentiasa datang menguji kita.

Tak berapa hari lagi dah nak menyambut Ramadhan.Sesuatu yang ditunggu.Aku teruja sangat untuk menyambut Ramadhan kali.Aku dah belikan mak,baju kurung cuma yang lain-lain belum beli.Aku macam tak kisah persiapan untuk aku kali ni.cuma fikir untuk abah,mak dan tentu sekali anak buah aku yang sorang tu.

Insyallah,kami sekeluarga akan pulang beraya di kampung kat Kedah.Abah pun makin teruja.Apa yang penting dulu,moga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna,menambah keberkatan dalam hidup kita serta mudah-mudahan hati kita sentiasa beristiqomah kerana Allah Swt.

Istimewanya Ramadhan berbanding bulan-bulan lain.Keindahan Ramadhan hanya pada yang benar-benar menunaikan ibadah puasa serta ibadah lain,bersedekah dan berzakat.Bersederhanalah jangan dilupa pada yang memerlukan.ada insan lain yang hiba tidak dapat berbuka dengan juadah yang enak.Dari kita membeli hingga membazir apa salahnya membeli dan memberi sedikit kepada mereka.

Pada semua muslimin,selamat Menyambut Ramadhan dan insyallah moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa dan ibadah lain dalam bulan yang dinanti ini.Amin


Tuesday, June 12, 2012

Senyumlah biarpun hatimu disakiti

Dah seminggu lebih tak update blog.Memang minggu yang sibuk la kan.Jangan tak tahu Cik Da pun ada schedule tau,dah macam YB dan artis lak kan.Bila tiba musim cuti sekolah maka kena lah menghadirkan diri ke majlis kahwin sedara mara,sahabat handai bagai,ada yang satu hari sampai 2 atau 3 kenduri sampai ke rumah yang terakhir tu akak minum air jerk dik non.Dah tak leh nak makan lagi.

Kata diet kan so makanan berlemak,nasi minyak sila kurangkan wokeh.Beringat sebelum berat naik balik,oh sungguh tak rela,bukan senang nak turunkan berat badan.Alhamdulillah pergorbanan menjaga pemakanan dan turut diselang-seli dengan ubat herba maka badan aku susut lah dari tahun lepas.Cuma masih berusaha gigih untuk dapat berat ideal.

Makan tetap kena makan,kalo ko diet sampai tak makan,ada lak kes pengsan masuk spital kang,ish tak mau cenggitu.Wokeh sambung citer,aku balik kampung nun di utara,Sungai Petani,Kedah sebab ada kenduri anak sepupu kahwin pada 27/5/2012 kat Pendang.Tak dapat nak balik lelama dah kena segera balik ke Nilai.

Takpa la lenkali boleh balik lagi.Pastu minggu 2hb June berdesup pi Melaka ada kenduri jugak terus pi Kluang,Johor menziarahi Pak Ngah yang baru lepas operate selaput mata.

Sempat lah singgah Ayer Itam,takder lah aku shopping pun,adik dengan mak jer ada beli barang sesikit.Anak buah aku Azim Haiqal apalagi semua benda dia tunjuk...haih nasib baik bukan Maklong yang kena pau tapi Maksu nya lah.

Pi Kluang pun balik malam tu juga sebabnya 3hb pun ada kenduri,hah kan betul macam YB tu.Penat toksah cakap la (macam lah aku yang drive keta).

Kadang-kadang aku ni bukannya tak nak jumpa kenkawan tapi tulah masa tu terhad sib baik lah kenkawan faham.Tu mana yang faham yang tak faham tu,lantaklah koranglah nak cakap apa pun,eh terkasar lak bahasaku ini.Pedih dituduh macam-macam aku diam aku senyum ja.

Bila teringat kadang-kadang aku gelak sorang pun ada sebab aku rasa memang tersangatlah lawaknya.Apa yang penting senyumlah walaupun hatimu disakiti.Lama kelamaan kebenaran akan muncul,tak perlu nak jelaskan apa-apa Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui.Alhamdulillah syukur,ramalanku benar belaka dan doaku makbul dan satu-persatu hikmah itu aku nikmati.Dan bila kita telah nekad merubah diri kita ke arah yang lebih baik maka semakin kuat ujian Allah pada kita dan hadapilah dengan tenang tak perlu melatah lagi.

Mimpi takan jadi realiti dalam sekelip mata,mimpi akan jadi kenyataan bila kita berusaha,istiqamah dan sentiasa bersabar dengan ujian yang datang.Mungkin kita pernah tewas dengan perasaan sedih tapi disebalik kesedihan kita,insyallah ada sinar bakal menanti.

Jadi senyumlah walau seberat mana ujian datang,redhalah biarpun pahit untuk hadapi.


Friday, June 1, 2012

Jangan suka sangka bukan-bukan

Dah berapa hari tak update blog,bz uols.Jadual ketat ngalah YB.Hari-hari kena check schedule..kadang-kadang fikir tapi bagus gak sekurang-kurangnya masa terisi dari buang masa.

Apa yang boleh Cik Da cakap...tentu sekali kehidupan sekarang lebih hepi dan rasa tenang-setenangnya biarpun adakala sedikit gangguan tapi rasanya dah ok.Tak sebesar mana pun gangguan itu kan.Rakan-rakan yang rapat tu dorang fahamlah.

Bukan senang nak jaga hati orang ni.Salah cakap kang ada yang berkecil hati tapi kalo tak cakap memanglah aku yang makan hati.Kerana nak menjaga hati,cakap berkias bagi klu-klu agar orang tersebut faham tapi yang jadi masalah orang tersebut tak faham.Macam mana lagi nak buat.Fikir punya fikir...biarkan jer lah nanti lama-lama dia faham lah kot.

Semua orang ada karakter yang berbeza dan seharusnya kita cuba memahami karakter orang tersebut tapi adakalanya kita keliru dengan karakter orang tersebut.Biarpun macam mana karakter kita atau kawan kita,satu perkara yang kena guna pakai adalah berbaik sangka dan jangan suka buat anggapan sendiri terhadap kawan-kawan.Letih tau nak jelaskan satu-satu.

Baik ada masalah apa sekali pun jika sudah bermuzakarah,dah sama-sama minta maaf maka berbaiklah semula dengan ikhlas.Ha bila sebut pasal ikhlas ni yang ni yang paling susahkan.Ikhlas perlu datang dari hati,kadangkala mulut kata ikhlas tapi hatidan tindakan kita selepas tu berbeza.Dalam persahabatan jangan pentingkan diri sendiri.Fikir secara positif.Kena ingat kadang-kadang kawan kita berada dalam keadaan tersepit demi menjaga hati semua kawan-kawannya.Bila dengar sesuatu yang kurang baik tentang kawan-kawan kita pergilah bertanya jangan mencanang sana sini ok.Sesiapa pun kena ingat setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.

Nilai persahabatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.Aku sendiri telah melalui perbagai dugaan dalam persahabatan tapi segala apa yang berlaku tu menjadi pengajaran berharga.Hanya beberapa orang kawan sekolah yang rapat tahu apa yang saya lalui dalam hidup aku.Perlu diingat tak semua kisah hidup mampu kita luahkan pada semua kawan kita.Bila orang tidak pernah tahu apa yang aku lalui tetiba beranggapan sendiri dan memikirkan yang bukan-bukan maka aku agak kecewa sedikit.

Katalah apa nak kata,moga satu hari Allah bagi kesedaran pada kamu tentang apa yang kamu perkatakan tentang aku.Perlu diingat jika kita benar-benar ingin menjadi solehah kena bersedia.Bersedia dari pelbagai aspek yang paling penting proses memperbaiki diri kita sendiri sebelum menuding jari pada kesalahan orang lain.
Bukankah lebih baik kita turut mendoakan kesejahteraan kawan-kawan kita,keluarga kita.

❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN, jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN..❞ …

❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN, jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞ …

❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN, jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIANNYA..❞

Monday, May 21, 2012

Cik Da,Kak Nah & Jase

Hari ni curi-curi masa update blog aku nih.Kalau terus di biarkan nanti berhabuk debu lak.Wokeh kita mula cer citer ari ni.Minggu lepas aku berpeluang jumpa kawan sekolah di Tesco Nilai.Pertemuan yang tak dirancang sebenarnya tapi pertemuan yang singkat tu memang menyeronokkan sebab dah lama tak jumpa.Dengan sapa aku jumpa tentu sekali ahkak ku Maznah dan Jase Jamin serta baby Aduqa & si cilik yang sering mengeluarkan kata-kata indah Endiqa.Terkebil-kebil mata baby Aduqa kena cium dengan cik Eida kan.Hahaha geram tengok Aduqa.Itu belum lagi Kin atau Mak Jah join sekali.Agaknya bilalah lagi dapat berkumpul ramai-ramai macam dulu.Rindu lak suasana tu.

Bila dah berjumpa tu biasalah macam-macam citer yang dikongsi,suka duka memasing lah kan tapi masa mencemburui kami,tak puas rasanya berborak,Kak Nah ada mengundang aku ke rumah nya,insyallah biarpun aku tak pernah memandu luar pada Nilai,aku kena gagahkan jua,bak kata adik aku...hati mau berani lah Kak Long.

Untungnya aku ada sahabat yang cukup memahami.Em...bila aku teringat satu kisah lucu zaman sekolah yang kami bualkan aku tersenyum sendiri.Kini aku faham kenapa dan mengapa,lawak antarabangsa betul.Apa kisah tu biarlah aku simpan sendiri.
Kak Nah & Jase andai ada baca blog ni,tq so much kerana sudi berkongsi suka-duka Eida ni.Love both of u.



Monday, April 30, 2012

Harijadi yang berbeza

Alhamdulillah,sekali lagi tahun ini aku berpeluang menyambut hari ulangtahun kelahiran.Tiada sambutan besaran-besaran,tiada lagi ucapan dari orang tersayang seperti dulu.Tapi ada sesuatu yang lebih beerti dari semua tu.

Masih ada ramai lagi yang menghargai aku,menerima aku seadanya dalam hidup mereka.Sentiasa bersama aku dalam suka dukaku.Rakan-rakan,keluarga,sedara mara yang banyak bagi sokongan dan mendoakan aku.Terharu gak dibuatnya tapi ini kenyataan.

Lagi bertambah beerti aku kini berlainan dari selalu,berlainan sejak aku diberi hidayah itu.Setiap hari aku cukup rasa terisi,jiwa ku yang kosong terubat.Cinta dan rindu yang bertambah kuat ketika aku mula meneliti setiap bait surahmu.Hadiah paling bererti dalam hidup aku.Hidup terasa cukup indah.Syukur padamu Ya Allah kerana memberi aku peluang bernafas lagi.

Setiap kekusutan sudah terlerai.Semalam aku,mak,abah,anak buah aku Azim dan adik ku Zalie keluar makan.Terima kasih lah adik aku yang sorang ni belanja kakak mu ini.


Alhamdulillah,rezeki juga ada dalam kenaikan gaji dan juga rezeki lain yang aku terima.Setiap kali di Hari jadi aku sentiasa ada sesuatu yang aku mohon.Kali ini apa yang aku pohon biarlah menjadi rahsia,hanya Allah yang mengetahui segalanya.Entah kenapa tiba-tiba aku bersuara pada mak petang tadi,aku seolah tidak sabar untuk menyambut Ramadhan kali ini.


Pada semua yang mendoakan aku,terima kasih,mudah-mudahan Allah juga memberkati kalian sebagaimana doa kalian pada ku.

 

Monday, April 23, 2012

Bila Cik Da ke gym

Hah kesibukan beberapa hari menjadikan aku tak sempat nak update blog.Ada orang cakap kasarnya bahasa asyik sebut aku .Camni lah dik non,akak ni asalnya Kedah,kalo belah sana memang biasa guna aku hang ni.Sebenarnya idaklah kasaq bunyinya..ha da campur loghat Perak pulak.Dalam tafsir ayat pun ada guna aku kan.Aku ganti nama diri.

Sebenarnya citer patut post bulan March,hujung bulan tapi jenuh ler aku nunggu adik aku yang sorang tu transfer gambar dari BB dia ke laptop.Aku idak ler ada BB ni ,pakai handphone cap ayam jerk tapi syukurlah kan sib baik ada handphone.

Ok berbalik pada citer,kisahnya plan nak pi jogging dan bawak anak buah aku Azim pi kayuh beskal kat Pullman Lakeside Putrajaya.Separuh jalan tepon abah berdering,alamak Mak Njang ada depan umah.Apalagi adik aku Zali terus ajak Mak Njang pi sekali,kitaorang tunggu kat tepi jalan .Dah nampak keta Mak Njang,berdesup kitaorang pergi.Tapi hujan turun selebat-lebatnya,maka tak leh jogging,Azim tak leh kayuh beskal.

Dah tak tau nak pi mana,kitaorang pun merayau kat dalam Pullman tu,maka ada sesuatu yang menarik hati kitaorang semua.Apa tu ha kemudahan gym,sauna,stim bath,indoor swimming pool,surau,bilik mandi,aerobik floor dan bermacam lagi lah dengan harga yang cukup berpatutan.

Citer banyak tak mau sila lihat gambar aku yang teruja di gym dan posing jap kat balcony swimming pool.Mak Njang dah kata,plan cepat kita family gathering cara sihat sini.Wokeh maka,planning pun akan bermula tapi yang penting aku dgn adik aku dah plan dulu nak pi workout berdua.Pergh semangat tu.Haruslah kan nak sihat maka kena bersenam serta memanjakan diri dir Spa atau sauna kan diri memecahkan lemak-lemak terkumpul ok.

Kat balcony swimming pool

Dalam dok mengayuh sempat lagik posing

Hah Azim dah jadi personal trainer Maklong

Wednesday, April 18, 2012

Terima kasih Ustaz.

Alhamdulillah,aku bangun pagi ni dengan rasa yang cukup indah.Alhamdulillah Allah masih memberi aku peluang bernafas untuk meneruskan hidup hingga tiba saat aku pergi meninggalkan dunia.Mati itu pasti cuma bila tidak diketahui.Alhamdulillah aku masih lagi berpeluang memperbaiki diri,meneruskan ibadahku sebagai persiapan untuk bekalanku nanti.

Alhamdulillah kini aku berpeluang mendalami isi Al-Quran,setiap malamku terisi membaca tafsiran surah.Ketika membaca Al-Quran tetiba ingatanku kembali pada zaman persekolahan dulu di Asrama Sekolah Menengah Ibrahim.Ketika itu aku dalam Tingkatan Satu.Setiap pelajar Puteri asrama kena pergi mengaji belajar Tajwid pada waktu pagi ,kebetulan sessi persekolahan adalah di waktu petang.Dan pada waktu malam,pelajar Puteri dan Putera yang terpilih akan belajar Taranum Quran atau lebih senang disebut membaca Quran secara berlagu seperti Qari dan Qariah kat Tilawah dan salah sorang pelajar tu adalah aku.

Ustaz yang mengajar tu sampai sekarang aku ingat namanya Ustaz Salleh.Tahu kenapa aku ingat.Ha ada cerita disebaliknya.Memandangkan sessi pembelajaran Taranum Quran ni cuma melibatkan tak sampai 10 orang pelajar Puteri dan Putera maka sessi pembelajaran digabungkan.Memasing masih baru terutama aku dan kenkawan yang tingkatan Satu ni lah.Aku ingat lagi surah Ali Imran yang Ustaz ajar.Pada permulaan tu kira ok lah takder lah Ustaz komen banyak sebab baru.Bukan mudah nak belajar Taranum ni.

Dah masuk minggu kedua Ustaz Salleh suruh sorang-sorang baca,dia nak dengar sendiri Tajwid dan alunan lagu tu betul atau tak.Gementar jangan cakaplah.Tiba giliran aku baca,Ustaz kata dalam loghat Kedahnya "Ha,Rohaida hang mai dok dekat sikit kalo dok jauh sangat sat gi Ustaz tak dengaq ".Aku pun angkat rehal dan Quran aku pi depan Ustaz.Semua mata dah memandang aku nak memulakan bacaan.Sejuk tangan aku Allah yang tahu.Aku kena baca surah Ali-Imraan ayat 102 dan akan berhenti bila Ustaz kat berhenti.Masa baca "Aazu Billah e Minashaitanir Rajeem, Bismillah Hir-rahman Nir-raheem" tu ok lagi Ustaz kata bagus teruskan.

Hilanglah sikit rasa gemuruh tu sambung pada ayat pertama 'Yaa Aiyuhal lazi naamanu taqullah hahaq qhotu qho tih,wala tamu tun na inllah wa antum muslimun".Rasa selamat lagi bila Ustaz tak kata apa-apa maka aku pun sambung ayat kedua "Waq tasimu bihab lillah hi jamiaan tak sempat aku nak abiskan ayat tu Ustaz yang tengah tunduk mukanya berpaling ke arah lain tapi telinganya mendengar suara aku tu menepuk lantai yang berlapik karpet dalam surau tu dengan kuat menyebabkan aku terkejut yang amat sangat lalu tak semena-mena aku mengigil depan Ustaz.Dalam loghat Kedah mengigil tu disebut Ketaq .Ustaz Salleh tanya "Awat yang hang ketaq sangat ni",aku jawab "Ustaz kot saya baca salah pun tegurlah elok-elok,ni Ustaz pi tepuk lantai kuat-kuat mestilah saya terkejut nasib baik tak melambung rehal dengan Quran ni".

Dengan selamba Ustaz jawab "Allah hang ni lemah semangat sungguh,Ustaz bukan bomoh nak menurun,mengubat orang,Ustaz tepuk lantai bagi signal kat hang suruh berhenti ja".

Aku tersenyum sambil rakan-rakan lain ada yang ketawa,ada yang tersengih.Entah dimana Ustaz Salleh sekarang,ntah kan masih ada atau sudah kembali ke Rahmatullah tidak aku ketahui.Jika Ustaz dah tiada lagi,Al Fatihah dan doa aku buat guru yang banyak mengajar aku seni lagu Al Quran,Zikir dan banyak lagi.Jika Ustaz tahu selepas meninggalkan alam persekolahan aku jarang sekali mempraktikkan apa yang dipelajari pasti Ustaz bersedih.Terima Kasih Ustaz yang tak putus asa mengajar aku dan rakan-rakan.Tidak terbalas jasa Ustaz pada aku dan rakan-rakan.Ilmu dan kenangan yang masih lekat dihati aku.

Biarpun taranumku tidak sebaik dulu,alhamdulillah kini aku kembali mempraktikkan dan setakat mana yang aku tahu aku cuba ajar pada anak buah aku yang baru berumur 5 tahun tu.Bila aku mendengar bacaan Qariah Sharifah Khasif hatiku berkata kalau aku berterusan dengan apa yang aku pelajari dulu,mungkinkah bacaan ku juga boleh menjadi sebaik bacaan Sharifah Khasif.

Ada yang pernah berkata padaku mereka tidak pandai membaca Al-Quran berlagu seperti itu.Lantas aku berikan jawapan,jika kita boleh menghafal rentak lagu yang menjadi siulan dengan lenggok patah lirik dan nadanya begitu juga bila kita membaca Al-quran,biarpun tak semerdu suara para Qari,Qariah dan para Hafiz.Bila kita mengalun lagu dalam surah terutama ketika menunaikan solat percaya kita akan lebih menghayati dan hingga meitis airmata bila mengetahui tafsiran ayat itu.

Sungguh melihat al-Quran sahaja sudah berpahala, apatah lagi mendengar alunan ayatNYA, lagikan membacanya, malah amat besarlah manfaatnya orang yang membaca, memahami tafsirnya serta mengamalkannya.

Peringatan buat semua dan buat diriku juga.

Renungkan hadis dibawah ini

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”




Monday, April 16, 2012

Wonderpets la sangat...

Minggu ni merupakan minggu segala meeting kat Sales Dept.Bak kata colleague aku dari meeting mop lantai sampai meeting sepak hahaha.Yang sebenarnya MOPS meeting Sales,MOPS meeting Exec level dan ke atas dan Nilai opis nya Kick Off Meeting.Apalagi semua sedang bertungkus-lumus menyiapkan slide memasing termasuk aku.Group CS siap ada rehearsal,group aku CP yang sememangnya paling canggih haha tak pernah rehearsal,bila time meeting tu esok,dengan sendirinya kitaorang cakaplah apa yang patut.CP atau Corporate Planning team ada 3 orang,aku ,Noni dan Tung.Kitaorang ni dah macam kartun Wonderpets tu,kerjasama biarpun memasing berlainan tugas tapi saling menyokong satu sama lain.Itu kekuatan group kitaorang ni.Tapi bukan tu aja kerja kami bertiga,kitaorang dah macam multi purpose ahahaha sebab selalu setelkan masalah yang terjadi sampai memasing naik penin.Nasib baik stok Acti-Fast tu banyak.

Lagi satu sesapa yang bertanya jangan silap masa ler datang bertanya,kang ada yang kena panah.Mau idaknyer kalo time aku bz giler nak month end closing dok datang tanya bukan satu soalan tapi bermacam soalan pastu nak suruh aku check,sebelum dorang tanya aku dah jawab maaf kaunter pertanyaan ditutup ari ni hahahha.

Mahu idaknya aku sorang ok yang incharge AR dan adakala dibantu Noni,tengah mengejar masa nak siapkan segalanya.Bukan itu aja,aku ni juga merupakan penyelesai masalah system akaun secara tak rasmi mengalahkan programmer,biarpun aku tak pernah belajar tentang programming.Bila dorang asyik tanya tolong check,tolong itu ,tolong ini maka aku membisu depan pc sambil tenung segala angka yang ada dalam report sampai naik kelabu mata aku ni.Alhamdulillah segalanya ok jerk dan bila ada cabaran dalam kerja baru best,sama ja tak best.

Dan bila kita belajar sesuatu kerja dari bawah yakni dari A hingga Z,insyallah kita pasti dapat menangani segalanya dengan baik.Sebab tu kita kena bersyukur dengan kelebihan yang kita ada.Dari satu sudut lain,setiap orang Allah bagi kelebihan dan kekurangan jadi bagaimana kita menggunakan kelebihan dan mengatasi kekurangan pada diri kita tu yang kita kena fikir dan Allah beri kita akal fikiran.Tidak mungkin sesuatu tu datang tanpa usaha.Jangan memandang rendah pada orang lain kerana tidak mustahil orang yang anda pandang rendah itu dianugerahkan sesuatu yang melebihi anda.

Hmm renung-renungkan...

Thursday, April 12, 2012

Aku ingin jadi lebih baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera para followers dan yang bukan followers tapi sudi singgah baca blog Aku dan Duniaku.Hmm saya ada dapat maklum balas tentang entri Bila Lidah berbicara dan beberapa entri sebelum ni yang saya dah delete.Ok camni lah senang jer citer.Blog ini umpama tempat luahan rasa hati.Jadi entri sebelum ni adalah lahir dari apa yg tersirat dan tersurat.

Bukan semua saya luahkan di kat sini,ada yang masih saya simpan kerana saya tak nak mengaibkan orang.Berdosa kan.Secara terus-terang entri Bila lidah berbicara adalah secara umum dan juga melibatkan betapa pedihnya hati saya sebagai seorang wanita Islam bila diperkatakan membuat sesuatu yang berlanggar dengan hukum Allah sedangkan mereka juga ada ahli keluarga bergelar wanita.

Saya tidak pernah mendabik dada saya ni baik atau bagus sangat.Saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan di uji.Saya juga hamba Allah akan dihitung setiap perkataan dan perbuatan saya di dunia.Apa yang saya dapat,apa yang saya perkatakan di blog ini untuk dikongsi bersama,agar kita sama-sama mendapat redha dari Allah.

Tidak mengapa orang menghina saya kerana Allah lebih mengetahui kebenarannya.Apa yang saya ceritakan semuanya benar bukan sengaja mereka cerita.Tahukah betapa indahnya Allah bagi peluang merasai cintanya pada kita.Menjaga kita agar tidak terus alpa.Tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata.

Bila ada Khilaf pada diri ini TEGURLAH,supaya diri ini tidak selamanya TERSESAT.
Andai ada jiwa yang terguris kerana keterlanjuran bicara dari diri ni PERBETULKANLAH,agar diri ini SEDAR dari KESILAPAN sendiri.Dan janganlah terus DIAM dalam menuntun diri ini,kerana diri ini masih perlukan BIMBINGAN dalam mencapai JANNAH Ilahi..Insyallah.

Tuesday, April 10, 2012

Bila Lidah berbicara

Dah pukul 12.44 malam,naper lah mata aku segar bugar lagi tak leh tido nih.Fikir punya fikir tak tau apa nak buat,apalagi ambik laptop wat entri untuk post lah.

Hari ni aku nak kongsi satu cerita tentang sikap manusia yang suka mengunakan hadis dan sunnah tapi dengan bertujuan bukan untuk menyedarkan kawan atau orang lain tapi berniat mengaibkan dan mengata gitu ka.

Sepatutnya jika kita berniat untuk berdakwah tegurlah secara lembut bukannya bercakap denga mendabik dada seumpama kamu tiada salah apa-apa.Astagfirullahalazim.Lupa ka yang kita juga manusia biasa.Lupa pada dosa dan pahala,malah makin menjadi setiap hari mencipta perbalahan sesama sendiri terutama dari kalangan sesama Islam.

Bukannya orang lain yang terkena,aku sendiri pun kena kata macam-macam sampai keluar dari mulut salah sorang sesuatu maksud yang tidak baik.Sekali lagi aku beristifar dan dalam hati tahukah mereka kata-kata mereka tu.Malah dah menjadi keseronokan bagi mereka untuk mempersendakan orang lain ditambah dengan sifat riaknya,astagfirullahalazim.

Untuk peringatan diri sendiri serta semua yang membaca blog aku nih,aku kongsikan bagaimana pentingnya kita menjaga lidah kita.

INDIVIDU berkualiti dapat dinilai daripada kemampuannya menjaga lisan iaitu lidahnya. Mereka yang beriman pasti akan menjaga tutur bicaranya daripada mengeluarkan perkataan buruk.Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:



“Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Baginda adalah contoh manusia yang sangat menjaga tutur katanya. Rasulullah akan berbicara atau berkhutbah di hadapan orang ramai secara berakhlak dan baginda juga adalah individu yang sangat jarang berbicara.




Namun, sekali berbicara, isi bicaranya pasti ada kebenarannya. Nilai ucapannya sangat tinggi seolah-olah mutiara yang indah dan bermutu. Ucapan baginda menembus hati, menggugah kesedaran, membekas ke jiwa serta dapat mengubah perilaku orang dengan izin Allah. Atas sebab itu, Rasulullah digelar ‘Al-Amin’ kerana sejak kecilnya lagi tidak pernah berdusta. Justeru, jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.

Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada empat berdasarkan kualiti tutur bicaranya. Pertama, orang yang berkualiti tinggi. Jika mereka berbicara, isinya sarat dengan hikmah, idea, gagasan, ilmu, zikir dan penyelesaian. Orang seperti ini bicaranya bermanfaat pada dirinya sendiri dan juga bagi orang lain yang mendengarnya. Malah, apabila diajak berbual pastinya ada manfaat ilmu. Bicara mereka bermotivasi dan berpandangan positif dalam setiap perkara yang diutarakan.


Kedua, orang yang biasa-biasa saja. Ciri orang seperti ini adalah mereka sibuk menceritakan peristiwa contohnya melihat kemalangan jalan raya atau rompakan, dia juga pasti akan menceritakannya seolah-olah diri mereka berada di tempat itu.


Jika melalui semua bicara itu orang lain dapat mengambil hikmah maka tidak rugi, tapi jika sekadar memenatkan mulut sendiri tanpa manfaat tentu ia sia-sia.

Ketiga, orang rendah kualiti diri. Cirinya jika berbicara isinya hanya mengeluh, mencela dan menghina. Apa saja akan jadi bahan keluhannya. Contohnya, mereka sering mengeluh banyak masalah.

Mereka juga tidak tahu menghargai sesuatu misalnya, Jika dihidangkan makanan akan keluar keluhannya seperti ‘kenapa lauk ini kurang sedap’, namun begitu habis juga dimakannya.

Hari-harinya dipenuhi dengan bersungut seolah-olah segala yang berlaku penuh kekurangan. Alangkah ruginya hidup orang kategori seperti ini kerana seolah-olah tidak dapat membezakan nikmat dan musibah.


Keempat, orang yang cetek fikirannya iaitu mereka yang bicaranya hanya mengenai kehebatan dirinya atau kebaikan dirinya sedangkan hidup adalah pengabdian diri kepada Allah.


Mengapa mereka perlu bangga diri kerana semua itu kurniakan Allah. Golongan seperti itu sering dilihat menonjol dan mendominasi. Jika ada yang lebih baik darinya hatinya berasa tidak senang dan berharap orang itu segera jatuh.


Oleh itu berhati-hati apabila berbicara. Jagalah tutur percakapan kita dan kurangkanlah berkata-kata kerana ia akan mengurangi kesalahan kata kita.

Jaga lidah sebaik mungkin kerana ia adalah amanah Allah s.w.t.

Sunday, April 8, 2012

Sayang Quran

Hari ini semakin baik dari semalam,alhamdulillah.Sekarang malam-malamku terisi dengan membaca surahmu dan terjemahannya.Dalam masa yang sama,anak buah aku Azim Haiqal yang tetiba datang rumah masuk bilik aku.Ada sesuatu yang mengusik jiwa aku hingga aku menitiskan airmata.Subhanallah,anak buah aku yang berumur 4 tahun lebih ni bebenar membuat aku terkejut dengan kata-kata tidak aku sangka sama sekali.

Azim:"Maklong,Azim nak mengaji jugak"

Aku: "Meh sini duduk sebelah Maklong,cuba ngaji Maklong nak dengar."

Dengan lafaz Bismillah,anak buah aku yang sorang ni dengan lancarnya membaca surah Al-Fatihah,bersambung dengan surah Al-Ikhlas.Kemudian Azim meminta aku membaca surah untuknya.Aku membaca surah An-Naas dengan tujuan untuk mengajar Azim yang belum lancar surah An-Naas,ketika itu aku memegang Al-quran kecil,ketika selesai membaca surah An-Naas itu,Azim terus cakap Amin dan terus Azim memegang Al-Quran yang ada pada aku dan mencium Quran dan terus berkata "Maklong,lepas baca quran kena sayang Quran.Hari-hari Maklong baca Quran,hari-hari Maklong kena sayang Quran."

Aku terus peluk anak buah aku sambil airmata aku menitis.Lantas aku terus cakap "Azim,maklong bukan tak sayang Quran tapi maklong belum habis baca"

Ini jawapan Azim :"Maklong bacalah ,Azim duduk kat Maklong jer,tak kacau Maklong,Azim nak dengar Maklong baca Quran,Azim nak baca tapi belum pandai,nanti abis baca Azim dgn Maklong sayang Quran yer"

Subhanallah,terasa kecilnya diri aku berbanding anak buah aku ni.

Sesudah selesai,aku dan Azim sama-sama mencium Al-Quran,sebelum aku bangun untuk menunaikan solat Isyak,Azim peluk aku dan terus cakap Azim sayang Maklong,Allah pun sayang Maklong.

Friday, April 6, 2012

Cinta sampai Syurga...

Duka itu beransur pergi.Alhamdulillah aku diberi hidayah Allah untuk menghadapi kesulitan yang aku hadapi.Rasa bersalah atas dosa itu anugerah taubat.Aku sedar kini kenapa ujian ini datang padaku.Allah sayangkan aku,Allah hendak memberikan yang terbaik buat aku.Kini aku tersenyum setiap pagi kerana aku kini punyai cinta baru.Dari dulu cintaku itu tidak pernah berubah cuma aku terlalai seketika bila cintaku dan ujian itu datang untuk aku kembali melabuhkan cintaku padanya.Cinta ini merubah aku menjadi lebih baik,cinta ini merubah aku untuk menjadi lebih solehah.Cintaku kini hanya pada Allah S.W.T.

Airmataku jadi penganti kekesalanku ketika memohon ampun dari mu.Aku bersyukur diberi peluang mendapat sesuatu yang aku cari,sesuatu yang seakan hilang selama ini sebelum ajal menjemputku.Ketika aku mula merubah diri ke arah yang lebih baik pelbagai dugaan yang datang tapi aku redha.Aku tidak hiraukan kata-kata mereka,Bukan mereka penentu tempatku di sana.

Semalam aku buka kembali Al-Quran yang sudah lama aku biarkan.Sebak menyelubungi dada betapa aku lupa membacamu di setiap malamku sperti dulu.Alhamdulilah,aku masih tidak lupa,alunan suaraku bergema dalam bilik ketika membaca surah Yassin dan terus membaca Al-Quran.Tersekat suara bila tangisan menguasai lalu aku teruskan juga.

Malam yang hening itu aku beristikharah memohon keresahan itu berlalu,memohon petunjuk dari mu bila aku rasa cukup sedih dengan apa yang berlaku.Alhamdullilah aku dapat jawapan keesokannnya.Aku mohon padamu berikan dia pengajaran yang setimpal atas apa yg diperlakukan pada keikhlasan hatiku ini.Beri dia kesedaran itu dan beri dia rasa apa yang aku rasa bila dia berbuat begitu.

Alhamdulillah kini aku bahagia dengan dunia cinta baru ku ini.Aku masih lagi ke arah menjadi lebih baik dari dulu.

Cinta yang akan menjagaku di dunia dan akhirat.Cinta yang akan membawa ku ke Syurganya ...insyallah.

Tuesday, March 27, 2012

Cuti oh cuti

Hari ni tak mau citer sedih lagi.Betapa gembiranya hati tak terkata bila memo dah keluar cuti 11hb April yang mana kami dikehendaki bekerja akan diganti pada 30hb April.Rasa mahu melompat pun ada hehehe.Sebabnya 28hb April jatuh pada hari Sabtu dan 1hb Mei,Hari Buruh jatuh pada hari Selasa.Cuba kira kan 4 hari cuti tu mahu tak gembira kan.

Dalam kepala ni ingat nak berjalan jerk,cuba kira balik ada ker bajet erk..yg tu terkedu sikit,sebab roadtax & insurans kete bulan bebetul mati 1hb Mei.Alamak nak kira semula bajet kewangan hahaha untuk dibentangkan.

Bila sebut bajet ni semua orang kena wat bajet ni.Takut nanti enjoy tak ingat duit abis minum air kosong ler jawabnya tu kot boleh dapat air kosong.Sekarang ni air kosong pun dah kena bayar paling murah dorang RM 0.20 sen.

Malam ni post pendek jer.Nak pi kira bajet sebelum buat pembentangan pulak.

Hm nak kena kira cecepat nih,kalo pasal berjalan hidup,bersemangat lain macam.

Saturday, March 24, 2012

Dah 15 tahun rupanya

Boring betul malam ni,selalunya tak sempat nak update blog asyik dengan hal lain kan tapi malam ni dah tak tau nak wat apa maka dengan kadar segera aku nak mengaktifkan semula blog aku yang agak lama ler terperap sebab aku busy,bukan busy body tapi busy dengan bermacam hal.Sunyinya dimalam ini...suasana pilu ha dah keluar dah lagu rock.

Rasanya lagu boleh mengambarkan hati dan perasaan kita sebab tu lagu-lagu yang dicipta ada yang memberi impak pada hati,ada yang sampai meruntun jiwa.Tak kisah irama apa sekali pun tapi kalo dance muzik ko dok pi menangis tu memang masalah lah kan,dah tentu la lagu tu untuk meriangkan hati,yang dok pi nangis wat per.Eceh..ala rock lak aku malam ni.Wokeh tu pasal lagu sekarang nak citer pasal tempat kerja.

Kenapa tetiba citer pasal keje sebab 7hb April ni dah 15 tahun aku berkhidmat di TDK (M) Sdn Bhd.Setia betul kat tempat kerja ni.Tahu kenapa setia sebab tempat kerja dekat dengan rumah,ada kenkawan yang dah macam keluarga terutama bila aku kena transfer dari bahagian Accounts ke bahagian Sales.Nama jerk transfer keje sama gak.Apa keja aku yer.Tak der lah pangkat besar pun cuma sebagai Sales Accounts.Keje aku lebih kurang macam Ah Long ler jugak,hahaha tapi tak sampai tahap pukul orang,simbah cat bagai kalo customers lambat bayar.Selain dari tu bermula dari tahun lepas boss dah beri tugasan baru kena incharge ISO.Bukan satu ISO ada 3 iaitu OHSAS,Enviroment & Kualiti.Aku ni jenis suka belajar wat menda baru ni,dapat pengetahuan.Masa memula tu rasa susahnya sebab zero tak tau apa-apa sekarang alhamdulilah dah faham.


Ni meja aku kat opis
 Ha nampak gambar tu,di sini aku duduk dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang wat keje.Bear yang cute tu tempat letak handphone aku.Masa ni awal pagi orang lain mana sampai lagi,tu yang nampak kemas jerk kan.Kalo aku dah mula kerja segala dokumen ada atas meja .

Begitu cepat masa berlalu bila diingat 15 tahun dulu aku mula melangkah kaki ke TDK ni sebagai kerani akaun.Memang aku terkejut dapat jawatan tu sebabnya aku ni mana pernah belajar akaun dan tak da sijil akaun tapi boss akaun masa tu Mr.Kumata ambik gak aku bekerja.Masa memula kerja dulu tekanan toksah cakap lah tapi berkat kesabaran aku dan belajar dari bawah,alhamdulillah dah boleh buat keje-keje akaun dan aku syukur sangat sebab dikurniakan kelebihan cepat belajar tentang sistem yang digunakan kat kilang ni.

Banyak kenangan pahit manis kat TDK ni.Sekarang ni kat Sales opis aku dah dalam Corporate Planning Group dengan Noni dan Tung.Bulan April ni memasing dah kena buat presentation untuk Kick Off Meeting.Aku nya slide belum siap.Ah kejap jerk tu ceh macam bagus jer cakap kan.Mahu tak kejap tahun lepas 3 slide jer aku buat sebab group Corporate Planning ni masa presentation combine.Sampai pencen kot kat TDK ni agaknya.Em insyallah.

Friday, March 23, 2012

Bila kilo dah kurang...

Dari awal tahun 2012 ari tu memang aku bertekad nak mengurangkan berat badan.Bukan hanya untuk cantik yer tapi untuk kesihatan juga.So aku tekad tak maulah drastik sangat kan.Diet secara perlahan lagi baik.Alhamdulillah usaha aku dah mula menampakkan hasil.Dah perkembangan yang bagus hehehe.Yang paling best bila baju lama dah muat kembali,tak sia-sia pergorbanan aku ni..korban lah sangat kan.Kalau dikira tambah tolak bahagi darab lah,berat aku dah kurang 7.2 kg ok.Ha tu belum aku puasa lagi kalo puasa mau turun lebih lagi kan.

Usaha masih diteruskan biarpun kadang-kadang tergugat gak dengan ajakan kenkawan tapi aku masih bertahan.Berapa berat sekarang tu tak yah lah aku bagitau sebab belum sampai tahap ideal.Diet ni jangan sampai tak makan,kang ada lak yang pengsan masuk hospital,siapa yang susah mereka dan keluarga mereka yang susah.

Dulu sebelum diet tengok gambar sendiri pun malu,sebab pipi macam kuih pau.Ambik pi lah dari sudut mana pun cukup terserlah pipi aku tu hehehe.Aku pernah buat photoshoot dulu kat KL,masa tu beli produk percuma photoshoot,masa tu tok sah cakap lah muka bujur sirih lagi hahaha.Merasa aku dimekapkan oleh jurusolek professional.Tema ketika tu musim sejuk..konon beranganlah dok kat luar negara kan,baju pun dorang sediakan.

Ha ni ler gambar yang  jadi sumber inspirasi nak muka bujur sirih tu,
 Apalagi ngalahkan artis posing padahal malu,orang yang dok lalu lalang stage kat shopping centre yang besar kat KL nun, asyik pandang mana taknya aku sorang jer yang bertudung.Aku tak pandai posing hanya mengikut arahan photographer.Hm nak dapatkan balik bentuk muka bujur sirih tu ler punyalah diet sakan ler ni.Hasil dah nampak sikit,ni tengah gigih teruskan usaha.Hm nantilah bila masa yang sesuai aku kongsikan gambar.Kalo ikutkan rasa tak sabar nak ajer letak krim halia kat muka tapi bak kata kawan aku,kang ada yang pakai purdah muka dah melecet,ish tak maulah camtu.So sabar jerlah kan.

Tuesday, March 20, 2012

Redha biarlah dari hati

Citer apa yer ari,ha ari ni aku nak citer bab hati ler pulak.Bukan hati ayam atau hati lembu tapi hati manusia ok.

Hati orang lain aku tak tau tapi aku nak citer pasal hati aku sendiri.Idak ler aku ni kata aku ni baik hati,sebab kita tak boleh menilai diri sendiri tapi orang lain.Ada yang pernah cakap aku ni baik hati,kadang-kadang muncul tanda soal ,ye ke. Sebab apa ada orang cakap aku baik hati,tu kena tanya dorang lah kan terutama kenkawan  rapat serta kenkawan yang mengenali aku.

Sebagai wanita biasa cewah ayat skema...semua orang nak jadi yang terbaik.Untuk jadi sempurna adalah mustahil tapi insyallah jika kita sentiasa berusaha memperbaiki kesilapan diri,kita akan jadi lebih baik.

Cuba perhatikan ada wanita yang Allah kurniakan rupa paras yang cantik tapi disebalik kecantikan itu bila hatinya tidak bersih maka tak bermakna kecantikan yang ada.

Kecantikan yang sebenar adalah dari hati.Bersedia memaafkan orang lain akan sentiasa menenangkan hati tapi adakala untuk memaafkan seseorang yang benar-benar buat kita sakit hati bukan mudah.

Ada perkara yang menyentuh hati seperti rasa kasih sayang,cinta,simpati,ikhlas perlu datang dari hati.Mampukah kita berbohong cakap kita ikhlas tapi hati menidakkan nya.Orang lain memang tak tahu tapi Allah maha mengetahui apa yang ada di sudut hati kita.

Dari zaman kanak-kanak,remaja dan sekarang banyak peristiwa dan ramai orang yang pernah menyakitkan hati aku nih.Adakala aku tewas dengan sifat marah tapi bila tersedar aku terus memaafkan orang tu sebab aku fikir kenapa harus aku marah kerana adakalanya ku pun tak terlepas dari menyakitkan hati orang samada disedari atau tidak.

Tapi yang paling jadi perhatian ada bila di hati ada cinta.Hati orang lain aku tak tau tapi aku memang bukan jenis yang mudah jatuh cinta.Sangat susah.Bukan mencari yang terlalu sempurna tapi soal hati ni tak boleh dipaksa dan sukar untuk dijangka.Pengalaman mengajar aku erti tabah.Bukan sedikit dugaan yang datang tapi itu semua ujian buat aku.

Sekarang aku dikelilingi kawan-kawan yang cukup memahami dan tahu siapa aku.Keluarga tentu sekali sentiasa ada tika susah dan senangku.Ada yang tanya ish takan takda kekasih hati.Susah nak aku nak jawab persoalan ini kerana ujian yang datang kali ini bebenar menguji kekuatan hati aku ni.Dan tidak pernah berhenti doaku agar semuanya kembali seperti sediakala dan permudahkan segalanya.Bermakna memang ada seseoranglah kan.Aku juga ada kawan rapat yang sentiasa menghargai aku dan sentiasa memberi sokongan pada aku,jadi jangan sesapa tanya lagi ok.Segala apa yang berlaku ujian dari Allah untuk menguji kekuatan hati kita.Dan sebagai hambanya aku hanya mampu berdoa kurniakan aku kekuatan hati untuk menempuh hari-hari mendatang.Sebab itu apa-apa pun yang terjadi aku redha kerana redha itu ikhlas yang datang dari hati.


Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih..

Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram..

Pilihlah untuk bangkit walaupun kita telah jatuh dan malu..

Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..

Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar.


Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta..

Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita..

Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka..

Belajarlah redha apa yang kita ada..

Itulah yang terbaik buat kita..

Walaupun itu bukan yang kita suka..



Friday, March 16, 2012

Majlis Kahwin Adik

Akhirnya dapat gak update blog aku nih kan dari terbiar gitu aja.Nak kena ingat balik ni segala citer-citer yang tersimpan dalam memori kat otak aku nih.Pada yang pertama kali baca blog ni,maaflah kalo rasa perkataan aku tu kasar tapi kalo dah memang asal dari Kedah dik non,tulah bahasa dok guna.Kadang-kadang tu sopan sikit sebutlah nama atau bahasa diri sendiri tu akak kan.

Wokeh sekarang nak memulakan citer.Tersebutlah kisah....dah macam penglipur lara lak aih.Bulan Februari yang lepas dengan secara rasminya maka aku dapat adik ipar baru dari Sabah bah hehehe.Tarikh 12.02.12 adik aku yang bongsu Shila diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Jas.

Perancangan memang sudah lama tapi kami sekeluarga tak beritahu sesiapa,Tetiba pada 27.01.12 adik aku cakap "Kak Long,confirmlah majlis nak buat 12.02.12 ha rasa nak pengsan pun ada masa tu.Korang kira tgk masa yg ada."

Sekali adik aku cakap kenapa Kak Long risau.Sapa tak risau ni kali pertama majlis kenduri anak perempuan dan di rumah sendiri.Izad dulu majlis hanya di sebelah isterinya di Kedah.
Maka bermula segala perit jerih nak wat majlis dari decorate barang hantaran,katering dan segala yang berkaitan.

Majlis yang dirancang,sederhana tapi meriah.Sampai kan mak sedara  aku dari Kajang pun hairan setiap kali beliau datang rumah nak tolong,eh dah siap.Hehehe hasil tenaga kerja 3 beradik yakni Izad,Shila dan akulah kan sapa lagi,kotak doorgift,VIP,gula-gula semua siap dalam masa singkat.Ha jangan tak tau anak buah aku yang sorang tu pun tolong gak tau...tolong sibuk.

Majlis pernikahan berlangsung di masjid Putra Nilai.Setiap majlis mesti ada photographer kan...erm yang jadi Official photographer tu tak lain tak bukan Azizi Aziz.Zizi ni dulu sama kerja kat TDK tapi dia MIS Dept.Sejak tengok FB dia dok photoshoot sana sini maka aku bagi sepenuh kepercayaan pada Zizi.

Majlis kenduri berlangsung dengan penuh meriah,boleh dikatakan sedara mara dari Kedah ramai yang datang kecuali dari Sik,Kedah.Sedara mara mak dari Johor pun datang.Abah paling gembira bila kawan-kawan lama masa berkhidmat dalam tentera dulu datang.Kawan-kawan aku pun ada yang datang.Cuaca yang baik juga melegakan hati kami sekeluarga.Dan yang aku paling puas hati tentu sekali pada pada Butik Chomel Collection yang mengatur katering,khemah dan perhiasan ari tu.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Citer-citer juga kan ,ni ada beberapa gambar majlis kahwin adik ari tu.Hanya sebahagian lah kan,kalo boh semua jadi album lak kang blog aku nih.

Untuk adik Selamat Pengantin baru,moga kekal hingga ke akhir hayat.
Majlis Pernikahan,ni family aku,yg x der dlm gambar ni adik aku Izad dan adik ipar zana


Potong kek pakai pedang ko...eksklusif dr pihak katering


My lovely sis & husband


Wednesday, March 14, 2012

Lamanya tak post kat blog

Lamanya tak update blog,bila orang tanya bz ker,mmg pun bz dik non,tak menang tangan aku dibuatnya.Ni kira dah lapang ler sesikit.Banyak citer yg terkumpul,insyallah nanti update secepat yang mungkin makan laptop adik aku lah jadi sasaran nanti,akak belum ada laptop sendiri,nak kena beli gak satu ni,bukan apa kang lama sangat senyap jatuh lak rating blog (cewah macam la popular).

Blog ada followers kan jadi kenalah update selalu dengan citer-citer terkini lagi sensasi ops blog aku ni bukan blog gossip ok.Dah banyak blog yang citer pasal retis kat Malaysia ni jadi dah tak kuasa nak citer pasal dorang lagik ok.

So tunggulah update seterusnya nanti...

Tuesday, January 17, 2012

Rahsia Wanita Tanah,Api,Angin dan Air

Selalunya kita baca horoskop untuk tahu peribadi seseorang tapi kali ni aku nak kongsi tentang mengetahui peribadi seseorang tu melalui konsep semulajadi.Artikel ni aku dapat dari sorang rakan.Kesahihannya tak taulah betul atau tak,artikel cuma sebagai rujukan sahaja

 WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari)

Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa


WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).

Dilahirkan sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan


WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).

Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja


WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri



Ha dah baca kan,jadi betulkah anda sebegitu...hanya anda dan orang paling rapat yang tahu.

Wednesday, January 11, 2012

Tahun Baru,Azam Baru

Dah 11 hari di tahun baru 2012,baru lah ada masa nak wat entri.Setiap kali masuk jerk tahun baru sumer orang termasuklah aku ni ada azam baru.Memandangkan ada azam aku yang tahun lepas tak tercapai dan ada yang berkecai maka rombakan senarai azam tu diperbaharui semula.Dan ada yang bermula seawal 1hb Jan 2012.Apa tu,biar aku dan orang yang paling rapat dgn aku  jer yang tahu dan bila dah tercapai tu maka akan ku publish kan dalam blog aku ni.Semua orang nak yang terbaik dalam hidup tapi ada satu yang aku rasa paling sukar untuk dicapai adalah menjadi sempurna,sesuatu yang tak mungkin tapi aku sentiasa berusaha memperbaiki diri aku ni kan.Dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kedua orang tua,adik-adik aku,kawan rapat,sahabat ,sedara mara.Umur pun akan makin meningkat hahaha kalo orang lain mungkin banyak yang sembunyi umur tapi aku tak,kenkawan aku semua tahu.Yang paling kelakar ada yang ingat aku ni muda lagi hahaha bab tu aku suka lah,pasni lagi nak wat orang tak sangka.Tengah gigih berusaha melaksanakan azam tertangguh ni.Tahun ni azam tak nak banyak-banyak sangat kang tak tercapai biar senarai azam tu sikit tapi tercapai.Tahun 2012,tahun untuk melaksanakan,maka berganda usahaku itu.







Tuesday, January 3, 2012

Mee Udang Banjir

Punyalah lama delay entri ni sampai dah masuk tahun baru.Bz sesangat dengan macam-macam hal.Okeh lah citer pasal gi Taiping sebenar aku gi pada 26hb November 2011 sempena majlis perkahwinan sedara kat sana.Yang pergi cuma aku,mak dan abah pastu tengah jalan berkonvoi lak dengan mak sedara yang cuma berdua dengan suaminya.Wah bebetul jenjalan ni Mak Njang ,anak -anak dah besar panjang mana nak ikut mak lagi kan kecuali aku ler yg sememangnya jadi peneman setia mak kemana saja mak pergi.

Dalam keta aku dah tanya abah pasal Kuala Sepetang,bila abah beritahu dekat dah dengan Taiping apalagi hati dah berbunga-bunga nak gi rasa Mee Udang Banjir yang popular tu.Lepas habis kenduri mak sedara aku cakap nak balik esoknya,alamak dah ler aku tak bawa persalinan maka lepas dah check in kat hotel terpaksa round bandar Taiping beli apa yang patut.Malam kitaorang gi tempat Mee Udang yakni Warung Mak Jah.Sampai jer,mak aih,orang macam semut hurung gula punyalah ramai sampai terpaksa tunggu untuk dapat tempat duduk.

Bila dah order maka yang ditunggu pastinya nak tengok besar mana udang tu kan.Harga Mee Udang ni kalo yang saiz biasa RM 7.00 tapi yang special RM 11.00 saja.Oleh kerana aku datang semata-mata kerana nak makan Udang Laut yang fresh ni maka yang special jadi pilihan.Aku order Kuew Tiau Goreng Basah Special,ada yang order Mee Udang.

Bila sampai jer Kuew Tiau tu,pergh....teruja tengok udang-udang yang besar itu.Citer banyak tak mau korang tengok gambar ni.Pada yang belum pergi ha apalagi gi lah pasti berbaloi.

Ha yang ni aku nyer Kuew Tiaw Udang

Mee Udang Banjir


Abah tengah menikmati Udang segar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...