Followers

Thursday, May 10, 2012

Miranisa yang aku kenali

Dah beberapa hari tak update blog.Kesibukan dgn audit ISO dan sekarang tengah audit akaun,tapi sibuk macam mana pun ni aku singgah jap update apa yg patut.Setiap orang ada kenangan dan kenangan tu memang susah untuk kita lupakan tak kiralah kenangan pahit atau manis.Aku banyak menyimpan kenangan tak kiralah pahit atau manis.Semua masih tersimpan dalam kepala aku ni.Ada jugak yang aku dah lupa.

Baru-baru seorang rakan dari sekolah request nak add,bila aku tengok nama Miranisa terus aku imbas zaman persekolahan dulu.Yeah aku tak silap,memang ini Miranisa yang aku kenal di zaman sekolah tapi dulu dia tidak bertudung dengan perangai selambanya tapi gambar profile kat FB tu,dah berpurdah.Terdetik juga,eh betul ka Mira ni.Bila aku dah accept friend request dia,tepat sekali tekaan Miranisa yang paling selamba dengan aku tu lah orangnya,Subhanallah Allah maha mengetahui apa tidak kita ketahui,bila Mira mms wajahnya tanpa purdah kat handphone aku,terkedu aku dia cukup berbeza dan patutlah dia berpurdah,bila dia call,aku sampai tanya betul ka Miranisa ni kerana suaranya tidak sekasar masa zaman sekolah dulu.

Alhamdulillah Mira,kau yang aku kenali di zaman sekolah dulu sikit pun tak berubah yang berubah hanya lebih feminin dan penampilan baru berpurdah.Maka bermula sessi gurau senda aku dan Mira serta rakan-rakan sekolah yang lain.

Aku ingat di zaman sekolah dulu macam-macam orang lain kata pada dia tapi tidak pernah dia hiraukan dan tetap selamba.Aku yang pelajar aliran Sastera ni pun jadi kawan dia yang dari Aliran Sains.

Mira masih ingat yang aku bila kelas Sastera kena gabung kelas dan tempat duduk aku memang kat belakang sebab aku tak minat sastera.Kalau Mira redah masuk dalam kelas kitaorang tentu sekali akan tanya cakap " Aku nak pi kantin,hang pa nak kirim apa-apa tak" biarpun masa tu cikgu masih ada hehehe.Semasa ambik result Cikgu Aishah cikgu Sastera aku terus datang tanya macam mana subjek Sastera ok tak.Aku senyum dan bila aku tunjuk kat cikgu,ayat yang keluar Alhamdulillah dan cikgu tak sangka aku boleh lulus dengan kepujian subjek tu.

Semua kenangan lalu da gak yang aku dah mula lupa nak refresh balik semua data dalam kepala ni terlalu banyak memori.Apa pun yang aku lalui tika zaman sekolah hingga kini,mengajar aku tentang kehidupan.Dalam usia aku sekarang bukan sedikit dugaan yang aku lalui.Semuanya mendewasakan aku.Sahabat dari zaman persekolahan adalah yang terbaik buat aku,biarpun ada di antara mereka sudah berjawatan tinggi dan kerjaya masing-masing lebih baik dari aku namun tidak pernah sekali mereka meminggirkan aku sebagai sahabat.Tu yang aku sayang mereka semua.


Monday, April 30, 2012

Harijadi yang berbeza

Alhamdulillah,sekali lagi tahun ini aku berpeluang menyambut hari ulangtahun kelahiran.Tiada sambutan besaran-besaran,tiada lagi ucapan dari orang tersayang seperti dulu.Tapi ada sesuatu yang lebih beerti dari semua tu.

Masih ada ramai lagi yang menghargai aku,menerima aku seadanya dalam hidup mereka.Sentiasa bersama aku dalam suka dukaku.Rakan-rakan,keluarga,sedara mara yang banyak bagi sokongan dan mendoakan aku.Terharu gak dibuatnya tapi ini kenyataan.

Lagi bertambah beerti aku kini berlainan dari selalu,berlainan sejak aku diberi hidayah itu.Setiap hari aku cukup rasa terisi,jiwa ku yang kosong terubat.Cinta dan rindu yang bertambah kuat ketika aku mula meneliti setiap bait surahmu.Hadiah paling bererti dalam hidup aku.Hidup terasa cukup indah.Syukur padamu Ya Allah kerana memberi aku peluang bernafas lagi.

Setiap kekusutan sudah terlerai.Semalam aku,mak,abah,anak buah aku Azim dan adik ku Zalie keluar makan.Terima kasih lah adik aku yang sorang ni belanja kakak mu ini.


Alhamdulillah,rezeki juga ada dalam kenaikan gaji dan juga rezeki lain yang aku terima.Setiap kali di Hari jadi aku sentiasa ada sesuatu yang aku mohon.Kali ini apa yang aku pohon biarlah menjadi rahsia,hanya Allah yang mengetahui segalanya.Entah kenapa tiba-tiba aku bersuara pada mak petang tadi,aku seolah tidak sabar untuk menyambut Ramadhan kali ini.


Pada semua yang mendoakan aku,terima kasih,mudah-mudahan Allah juga memberkati kalian sebagaimana doa kalian pada ku.

 

Monday, April 23, 2012

Bila Cik Da ke gym

Hah kesibukan beberapa hari menjadikan aku tak sempat nak update blog.Ada orang cakap kasarnya bahasa asyik sebut aku .Camni lah dik non,akak ni asalnya Kedah,kalo belah sana memang biasa guna aku hang ni.Sebenarnya idaklah kasaq bunyinya..ha da campur loghat Perak pulak.Dalam tafsir ayat pun ada guna aku kan.Aku ganti nama diri.

Sebenarnya citer patut post bulan March,hujung bulan tapi jenuh ler aku nunggu adik aku yang sorang tu transfer gambar dari BB dia ke laptop.Aku idak ler ada BB ni ,pakai handphone cap ayam jerk tapi syukurlah kan sib baik ada handphone.

Ok berbalik pada citer,kisahnya plan nak pi jogging dan bawak anak buah aku Azim pi kayuh beskal kat Pullman Lakeside Putrajaya.Separuh jalan tepon abah berdering,alamak Mak Njang ada depan umah.Apalagi adik aku Zali terus ajak Mak Njang pi sekali,kitaorang tunggu kat tepi jalan .Dah nampak keta Mak Njang,berdesup kitaorang pergi.Tapi hujan turun selebat-lebatnya,maka tak leh jogging,Azim tak leh kayuh beskal.

Dah tak tau nak pi mana,kitaorang pun merayau kat dalam Pullman tu,maka ada sesuatu yang menarik hati kitaorang semua.Apa tu ha kemudahan gym,sauna,stim bath,indoor swimming pool,surau,bilik mandi,aerobik floor dan bermacam lagi lah dengan harga yang cukup berpatutan.

Citer banyak tak mau sila lihat gambar aku yang teruja di gym dan posing jap kat balcony swimming pool.Mak Njang dah kata,plan cepat kita family gathering cara sihat sini.Wokeh maka,planning pun akan bermula tapi yang penting aku dgn adik aku dah plan dulu nak pi workout berdua.Pergh semangat tu.Haruslah kan nak sihat maka kena bersenam serta memanjakan diri dir Spa atau sauna kan diri memecahkan lemak-lemak terkumpul ok.

Kat balcony swimming pool

Dalam dok mengayuh sempat lagik posing

Hah Azim dah jadi personal trainer Maklong

Wednesday, April 18, 2012

Terima kasih Ustaz.

Alhamdulillah,aku bangun pagi ni dengan rasa yang cukup indah.Alhamdulillah Allah masih memberi aku peluang bernafas untuk meneruskan hidup hingga tiba saat aku pergi meninggalkan dunia.Mati itu pasti cuma bila tidak diketahui.Alhamdulillah aku masih lagi berpeluang memperbaiki diri,meneruskan ibadahku sebagai persiapan untuk bekalanku nanti.

Alhamdulillah kini aku berpeluang mendalami isi Al-Quran,setiap malamku terisi membaca tafsiran surah.Ketika membaca Al-Quran tetiba ingatanku kembali pada zaman persekolahan dulu di Asrama Sekolah Menengah Ibrahim.Ketika itu aku dalam Tingkatan Satu.Setiap pelajar Puteri asrama kena pergi mengaji belajar Tajwid pada waktu pagi ,kebetulan sessi persekolahan adalah di waktu petang.Dan pada waktu malam,pelajar Puteri dan Putera yang terpilih akan belajar Taranum Quran atau lebih senang disebut membaca Quran secara berlagu seperti Qari dan Qariah kat Tilawah dan salah sorang pelajar tu adalah aku.

Ustaz yang mengajar tu sampai sekarang aku ingat namanya Ustaz Salleh.Tahu kenapa aku ingat.Ha ada cerita disebaliknya.Memandangkan sessi pembelajaran Taranum Quran ni cuma melibatkan tak sampai 10 orang pelajar Puteri dan Putera maka sessi pembelajaran digabungkan.Memasing masih baru terutama aku dan kenkawan yang tingkatan Satu ni lah.Aku ingat lagi surah Ali Imran yang Ustaz ajar.Pada permulaan tu kira ok lah takder lah Ustaz komen banyak sebab baru.Bukan mudah nak belajar Taranum ni.

Dah masuk minggu kedua Ustaz Salleh suruh sorang-sorang baca,dia nak dengar sendiri Tajwid dan alunan lagu tu betul atau tak.Gementar jangan cakaplah.Tiba giliran aku baca,Ustaz kata dalam loghat Kedahnya "Ha,Rohaida hang mai dok dekat sikit kalo dok jauh sangat sat gi Ustaz tak dengaq ".Aku pun angkat rehal dan Quran aku pi depan Ustaz.Semua mata dah memandang aku nak memulakan bacaan.Sejuk tangan aku Allah yang tahu.Aku kena baca surah Ali-Imraan ayat 102 dan akan berhenti bila Ustaz kat berhenti.Masa baca "Aazu Billah e Minashaitanir Rajeem, Bismillah Hir-rahman Nir-raheem" tu ok lagi Ustaz kata bagus teruskan.

Hilanglah sikit rasa gemuruh tu sambung pada ayat pertama 'Yaa Aiyuhal lazi naamanu taqullah hahaq qhotu qho tih,wala tamu tun na inllah wa antum muslimun".Rasa selamat lagi bila Ustaz tak kata apa-apa maka aku pun sambung ayat kedua "Waq tasimu bihab lillah hi jamiaan tak sempat aku nak abiskan ayat tu Ustaz yang tengah tunduk mukanya berpaling ke arah lain tapi telinganya mendengar suara aku tu menepuk lantai yang berlapik karpet dalam surau tu dengan kuat menyebabkan aku terkejut yang amat sangat lalu tak semena-mena aku mengigil depan Ustaz.Dalam loghat Kedah mengigil tu disebut Ketaq .Ustaz Salleh tanya "Awat yang hang ketaq sangat ni",aku jawab "Ustaz kot saya baca salah pun tegurlah elok-elok,ni Ustaz pi tepuk lantai kuat-kuat mestilah saya terkejut nasib baik tak melambung rehal dengan Quran ni".

Dengan selamba Ustaz jawab "Allah hang ni lemah semangat sungguh,Ustaz bukan bomoh nak menurun,mengubat orang,Ustaz tepuk lantai bagi signal kat hang suruh berhenti ja".

Aku tersenyum sambil rakan-rakan lain ada yang ketawa,ada yang tersengih.Entah dimana Ustaz Salleh sekarang,ntah kan masih ada atau sudah kembali ke Rahmatullah tidak aku ketahui.Jika Ustaz dah tiada lagi,Al Fatihah dan doa aku buat guru yang banyak mengajar aku seni lagu Al Quran,Zikir dan banyak lagi.Jika Ustaz tahu selepas meninggalkan alam persekolahan aku jarang sekali mempraktikkan apa yang dipelajari pasti Ustaz bersedih.Terima Kasih Ustaz yang tak putus asa mengajar aku dan rakan-rakan.Tidak terbalas jasa Ustaz pada aku dan rakan-rakan.Ilmu dan kenangan yang masih lekat dihati aku.

Biarpun taranumku tidak sebaik dulu,alhamdulillah kini aku kembali mempraktikkan dan setakat mana yang aku tahu aku cuba ajar pada anak buah aku yang baru berumur 5 tahun tu.Bila aku mendengar bacaan Qariah Sharifah Khasif hatiku berkata kalau aku berterusan dengan apa yang aku pelajari dulu,mungkinkah bacaan ku juga boleh menjadi sebaik bacaan Sharifah Khasif.

Ada yang pernah berkata padaku mereka tidak pandai membaca Al-Quran berlagu seperti itu.Lantas aku berikan jawapan,jika kita boleh menghafal rentak lagu yang menjadi siulan dengan lenggok patah lirik dan nadanya begitu juga bila kita membaca Al-quran,biarpun tak semerdu suara para Qari,Qariah dan para Hafiz.Bila kita mengalun lagu dalam surah terutama ketika menunaikan solat percaya kita akan lebih menghayati dan hingga meitis airmata bila mengetahui tafsiran ayat itu.

Sungguh melihat al-Quran sahaja sudah berpahala, apatah lagi mendengar alunan ayatNYA, lagikan membacanya, malah amat besarlah manfaatnya orang yang membaca, memahami tafsirnya serta mengamalkannya.

Peringatan buat semua dan buat diriku juga.

Renungkan hadis dibawah ini

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”




Monday, April 16, 2012

Wonderpets la sangat...

Minggu ni merupakan minggu segala meeting kat Sales Dept.Bak kata colleague aku dari meeting mop lantai sampai meeting sepak hahaha.Yang sebenarnya MOPS meeting Sales,MOPS meeting Exec level dan ke atas dan Nilai opis nya Kick Off Meeting.Apalagi semua sedang bertungkus-lumus menyiapkan slide memasing termasuk aku.Group CS siap ada rehearsal,group aku CP yang sememangnya paling canggih haha tak pernah rehearsal,bila time meeting tu esok,dengan sendirinya kitaorang cakaplah apa yang patut.CP atau Corporate Planning team ada 3 orang,aku ,Noni dan Tung.Kitaorang ni dah macam kartun Wonderpets tu,kerjasama biarpun memasing berlainan tugas tapi saling menyokong satu sama lain.Itu kekuatan group kitaorang ni.Tapi bukan tu aja kerja kami bertiga,kitaorang dah macam multi purpose ahahaha sebab selalu setelkan masalah yang terjadi sampai memasing naik penin.Nasib baik stok Acti-Fast tu banyak.

Lagi satu sesapa yang bertanya jangan silap masa ler datang bertanya,kang ada yang kena panah.Mau idaknyer kalo time aku bz giler nak month end closing dok datang tanya bukan satu soalan tapi bermacam soalan pastu nak suruh aku check,sebelum dorang tanya aku dah jawab maaf kaunter pertanyaan ditutup ari ni hahahha.

Mahu idaknya aku sorang ok yang incharge AR dan adakala dibantu Noni,tengah mengejar masa nak siapkan segalanya.Bukan itu aja,aku ni juga merupakan penyelesai masalah system akaun secara tak rasmi mengalahkan programmer,biarpun aku tak pernah belajar tentang programming.Bila dorang asyik tanya tolong check,tolong itu ,tolong ini maka aku membisu depan pc sambil tenung segala angka yang ada dalam report sampai naik kelabu mata aku ni.Alhamdulillah segalanya ok jerk dan bila ada cabaran dalam kerja baru best,sama ja tak best.

Dan bila kita belajar sesuatu kerja dari bawah yakni dari A hingga Z,insyallah kita pasti dapat menangani segalanya dengan baik.Sebab tu kita kena bersyukur dengan kelebihan yang kita ada.Dari satu sudut lain,setiap orang Allah bagi kelebihan dan kekurangan jadi bagaimana kita menggunakan kelebihan dan mengatasi kekurangan pada diri kita tu yang kita kena fikir dan Allah beri kita akal fikiran.Tidak mungkin sesuatu tu datang tanpa usaha.Jangan memandang rendah pada orang lain kerana tidak mustahil orang yang anda pandang rendah itu dianugerahkan sesuatu yang melebihi anda.

Hmm renung-renungkan...

Thursday, April 12, 2012

Aku ingin jadi lebih baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera para followers dan yang bukan followers tapi sudi singgah baca blog Aku dan Duniaku.Hmm saya ada dapat maklum balas tentang entri Bila Lidah berbicara dan beberapa entri sebelum ni yang saya dah delete.Ok camni lah senang jer citer.Blog ini umpama tempat luahan rasa hati.Jadi entri sebelum ni adalah lahir dari apa yg tersirat dan tersurat.

Bukan semua saya luahkan di kat sini,ada yang masih saya simpan kerana saya tak nak mengaibkan orang.Berdosa kan.Secara terus-terang entri Bila lidah berbicara adalah secara umum dan juga melibatkan betapa pedihnya hati saya sebagai seorang wanita Islam bila diperkatakan membuat sesuatu yang berlanggar dengan hukum Allah sedangkan mereka juga ada ahli keluarga bergelar wanita.

Saya tidak pernah mendabik dada saya ni baik atau bagus sangat.Saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan di uji.Saya juga hamba Allah akan dihitung setiap perkataan dan perbuatan saya di dunia.Apa yang saya dapat,apa yang saya perkatakan di blog ini untuk dikongsi bersama,agar kita sama-sama mendapat redha dari Allah.

Tidak mengapa orang menghina saya kerana Allah lebih mengetahui kebenarannya.Apa yang saya ceritakan semuanya benar bukan sengaja mereka cerita.Tahukah betapa indahnya Allah bagi peluang merasai cintanya pada kita.Menjaga kita agar tidak terus alpa.Tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata.

Bila ada Khilaf pada diri ini TEGURLAH,supaya diri ini tidak selamanya TERSESAT.
Andai ada jiwa yang terguris kerana keterlanjuran bicara dari diri ni PERBETULKANLAH,agar diri ini SEDAR dari KESILAPAN sendiri.Dan janganlah terus DIAM dalam menuntun diri ini,kerana diri ini masih perlukan BIMBINGAN dalam mencapai JANNAH Ilahi..Insyallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...