Followers

Tuesday, June 29, 2010

Nuffnangers pls vote for my nephew Azim Haiqal

Hari ni gambar my nephew,Azim Haiqal dah muncul dalam peraduan gaya adik di web Majalah Pa & Ma.To all nuffnangers ,pls vote for him Azim Haiqal bin Rohaizad




Monday, June 28, 2010

Hati aku lega

Lega itu saja yang dapat aku katakan bila tengok kucing kesayangan aku dah beransur sihat.Tq pada Dr.Ee dari Klinik Haiwan Ee,Seremban.Soal harga atau berapa tidak penting yang penting Danny kini sihat.Masa pergi ambik Danny kat Seremban hari Jumaat Lepas,aku cuba panggil untuk melihat reaksi Danny,alhamdulillah,panggilan ku telah disahut dengan mengiau dan Danny memalingkan mukanya untuk melihat aku.Anak buah aku Azim tak berhenti-henti panggil nama Danny,sampai Danny dah malas nak menyahut hehehe.Balik dari ambik Danny,aku terus balik rumah.Selesai menguruskan Danny iaitu mandikan serta bagi makan,aku ,mak,adik ipar aku Zana serta anak buah aku yang sorang tu ke Pejabat KWSP di Kajang.Aku dah lama nak pergi update penama untuk wang KWSP ni jadi kebetulan aku dah cuti hari Jumaat lepas maka peluang yang ada tak aku sia-siakan begitu saja.Adik ipar aku lak tak da apa hal ari tu ,dia bawa aku gi Pejabat KWSP di Kajang.Pada yang belum update penama tu baiklah pergi update,kita tak tahu apa akan terjadi pada kita,jangan nanti duit kita tu tak dapat diambik oleh waris yang tinggal.Untuk pengetahuan segala data penama dulu telah hilang dari sistem KWSP sejak KWSP menggunakan sistem baru pada November 2008 atau 2009 aku pun dah lupa ler.Kalo korang  belum gi update baiklah gi update.Kadang-kadang kita terlupa hal-hal macam ni sebab rasa nantilah banyak masa tapi sekiranya terjadi apa-apa bukan senang waris kita nak menuntut wang KWSP kita tu kalo tak der penama.Bila selesai urusan,apalagi jalan-jalan sekitar Kajang.Aku tak pasti shopping mall tu nama apa tapi ada Gulati's kat dalam tu.Mak aih rambang mata aku tengok kain kat dalam tu cantik-cantik belaka dari yang murah hinggalah yang mahal.Sempat jugak membelek lace yang dipamerkan kat situ.Ni baru cawangan kecik kalo cawangan yang besar mahu juling mata aku tengok kain.Ni belum lagi pergi Jakel lagi.Hari Sabtu aku ikut adik aku Izad,pergi Bandar Botanic Klang pastu singgah Jusco Bukit Tinggi makan kemudian pergi I-City Shah Alam.Pagi Sabtu aku dah merayau dgn mak dan Shila ke Nilai Square dan Nilai 3,lutut aku dah mula rasa sakit sikit tapi aku bertahan.Masa kat Jusco,sakit lutut aku makin kuat tapi aku sapu Counter Pain untuk bertahan.Ubat penahan sakit aku dah lama abis.Dah lama lutut aku tak sakit,mungkin sebab badan pun dah makin besar skrg ni so sakit tu datang balik.Masa berjalan tak ingat dunia,bila dalam kereta baru rasa betapa sakitnya hingga meleleh airmata.Bila tengok alamak dah bengkak.Masa dalam perjalanan ke balik selepas gi I-City yang bergemerlapan dengan cahaya tu,aku nampak Jakel cawangan Shah Alam yang bebetul besar,kitaorang tak singgah pun sebab penat sangat.Masa di I-city aku baru jer nak snap beberapa gambar bateri kamera abis,adooiii menci betul.Yang mana aku sempat amik tu nantilah aku upload.Satu hari yang memenatkan kaki aku dan lutut aku yang sakit macam nak tercabut.Masa Mr.BF call aku punyalah mengadu,dia ketawakan aku lagi adalah siap cakap kenapa tak pusing abis Jusco dan bandar Shah Alam tu ,datang awal sikit baru berbaloi kalo sakit lutut tu.Amboi sesedap rasa jerk Mr.BF yer,siaplah lenkali lutut aku dah tak sakit,Jakel Shah Alam,Jusco Bukit Tinggi tu aku nak gi,masa tulah aku tunjuk sumer yang aku nak mahu pengsan Mr.BF nak bayar,perli aku sangatkan.Walaupun penat atapi seronok sebab hari cuti aku terisi tak derlah asyik lepak kat rumah tengok tv jerk.Apa-apa pun hati aku lega urusan penama KWSP dah selesai,urusan Danny dah selesai tapi ada lagi yang belum selesai yang tu coming soon cewah cam promo new movie lak kan.

Thursday, June 24, 2010

Santai di Pullman Lakeside Putrajaya



Sabtu lepas ,adik aku Zalie ajak gi Putrajaya,dia kata ada tempat santai yang cantik.Maklumlah aku belum abis pusing lagi area Putrajaya tu.Sampai jerk tempat tu rupanya baru jerk selesai acara Pertandingan Perahu Naga.Tempat yang adik aku maksudkan tu Pullman Lakeside Putrajaya.Pertama kali aku sampai kat sini terus jatuh hati dengan tempat ni.Masa aku,adik aku Zalie,Mak,Abah dan anak sedara aku Azim tengah jenjalan menikmati keindahan sekitar ada pasangan pengantin tengah amik gambar outdoor.Wah berangan lah kejap aku pun nak ambik outdoor kat sini cewah dah kuar statement gediks tuh,ntah bila tahun ler aku ni akan kahwin.Sebelah resort ni jugak ada swimming pool .Kalo sesapa yang ada kamera canggih manggih  cam photographer tu, DLSR kot kalo tak silap aku dah tentu gambar lagi cantik dari camera digital aku aku ada ni kan.



Pullman Lakeside Resort



Restoran Terapung Pullman Lakeside


Sunset yang memukau pemandangan,aku suka gambar ni leh wat poskad



Aksi model cilik kapal layar,suka asyik sebut naik kapal,naik kapal



Jeti Kapal Layar



Azim ni kalo tak pegang dia sikit punya susah nak snap gambar


Model pokok kelapa wakakaka.....pose mengiring nak bagi nampak kurus ler konon



Ish-ish dagu sapa lah yang berlapis tu,siap nampak lubang idung
ni gara-gara adik aku punyalah nak snap gambar resort tu
terserlah betapa kembangnya aku sekarang.



Mak Long terpaksa pose camni sebab Azim tak tahu dok diam




Nasib baik lah dia tak terjun kat tasik tu,
abah aku dah jerit dari belakang bila tengok Azim asyik nak lari jerk


Model kembang semangkuk tengah berposing.


Bersama mak tersayang,hmm cun lagi tak mak aku.
Dah 56 tahun tetap awet muda




Abah & Mak tersayang



Adik aku merangkap tukang amik gambar aku



Asyik menikmati keindahan sekitar resort

Tuesday, June 22, 2010

Web Ustaz Sharhan-Rawatan Islam Zamdurrani

Semalam ada beberapa orang yang YM aku bertanyakan tentang link Ustaz Sharhan.Wah tak sangka lak ramai gak yang berminat untuk mendapat info tentang ustaz nih,jenuh juga lah aku nak reply sumer email dan ym tu.Hm post aku dalam blog yang paling mendapat sambutan tentu sekali adalah tentang sihir ni.Info yang aku nak kongsi dengan semua orang yelah kadang-kadang ada yang tak sempat nak tengok tv atau terlepas rancangan tersebut kan.Jadi untuk memudahkan sesiapa saja yang berhajat untuk mendapatkan link Rawatan Islam Zamdurrani,link tu aku dah add kat blog aku ni kat Eida Favourite tu.Ha klik jer kat situ,nak alamat ker ,no tepon ker sumer ada kat web tu yer.Mungkin post aku tentang sihir tu dapat membantu pada yang memerlukan bantuan,alhamdulillah.

Wednesday, June 16, 2010

Kucing pun boleh kena batu karang..

Petang semalam aku balik lewat sikit dari biasa walaupun tak perlu ambik adik kat komuter Nilai.Stress sikit pasal keje hingga aku tetiba rasa nak muntah dan pening.Masa drive pun mcm khayal ,terkejut bila tetiba ada kereta hon dari belakang rupanya aku dah ke tengah line putih jalan,nasib baik dah dekat area rumah aku bukan jalan raya besar so kereta tak banyak.Ntah kenapa macam tak sedap hati jerk rasa.

Sampai jerk aku kat rumah,mak beritahu kucing aku Danny macam tak sihat,tetiba tak aktif,dia tak boleh kencing dan bila mak angkat Danny kuar dari sangkar dia dan terpegang perut Danny mengiau kuat seperti sakit.Aku bergegas tengok Danny kat sangkar,ternyata Danny semakin lemah seperti menahan sakit.Aku terus berlari ke dalam ambik sangkar khas untuk bawa Danny ke klinik.Aku cuba call klinik Dr Bryan tapi tak berjawab,hm dah tutup agaknya.Aku ajak abah temankan aku ke satu lagi klinik.

Sampai di klinik haiwan tu,aku diminta kuarkan Danny dari sangkar dia dan Danny diperiksa.Aku beritahu Danny tak boleh kencing dan dia yang sebelum ni aktif tetiba jadi lemah.Perut dan bahagian pundi kencing Danny diperiksa.Danny disahkan ada batu karang.Buat pertama kalinya aku tahu kucing pun boleh kena batu karang macam manusia dan tak boleh kencing dan akan rasa sakit.Danny perlu dibius separuh sedar,masa Danny dicucuk tu aku ok lagi.Aku dan abah memegang dan membelai Danny untuk menenangkannya.Menurut Mr.Mano yang merawat Danny batu tu tersekat di hujung salur kencing Danny.Sejenis tiub kecil dimasukkan pada salur kencing Danny kemudian melalui salur tiub tu dimasukkan pulak sejenis cecair.Cecair dalam botol plastik tu sama macam kita kalo masuk hospital kena masuk air tu.Mr.Mano meminta abah ke tepi sebab bila nanti kencing Danny akan keluar memancut sekali dengan batu karang tu.

Pada mula tu aku masih bertahan tengok Danny dan membelainya kemudian bila salur tiub tu dimasukkan sekali lagi ke salur kencing Danny dan bila tiub halus tu digerakkan aku nampak adakala Danny mengiau lemah itu yang buat aku tak mampu melihat proses seterusnya.Aku beritahu abah,biar Kak Long tunggu kat luar,airmata aku yang dah bergenang menitis sebaik saja aku keluar dari bilik rawatan.Nasib baik tak da orang lain masa tu.Dari luar sekali sekala aku pandang juga ke arah bilik rawatan tu dan aku lihat,Mr.Mano sedang memegang bekas menahan air kencing Danny yang keluar memancut dengan banyak,aku bingkas bangun terus ke bilik rawatan tu semula,aku lihat sendiri air kencing bercampur sedikit darah dan batu-batu kecil yang keluar .Kesiannya Danny.Melihat air kencingnya yang begitu banyak Mr.Mano kata,dah lebih dari 2 hari Danny tak boleh kencing.

Hati aku lega bila semuanya selesai dan selamat dan dalam tempoh seminggu Danny mesti minum banyak air dan makanan sekarang aku tukar pada makanan yang diberi Mr.Mano.
Danny diberi tablet sebesar panadol untuk seminggu,sehari kena makan satu tablet dan aku diminta pantau samada Danny boleh kencing atau tak.Danny masih lemah kerana dibius separuh sedar.Kata Mr.Mano selepas satu jam ubat bius akan mula hilang dan Danny masa tu masih dalam keadaan pening sedikit sebelum aktif kembali.Pada permulaan ni Danny masih kelihatan lemah sebab seperti manusia juga,memang sakit kalo kena batu karang nih.

Selepas sejam,Danny terhoyong-hayang juga cuba bangun.Kesian dia.Pagi tadi sebelum aku pergi kerja aku tengok Danny dah bangun tapi masih baring,lega tengok dia dah boleh kencing tapi masih ada bercampur sedikit darah.Mak beritahu dah beri Danny makan ubat.Hmm bila aku panggil Danny pandang dan cuba untuk bangun,sebak pulak bila tengok Danny camtu.Aku pesan pada mak kalo ada apa-apa cepat bawa gi klinik Dr.Bryan.

Sekurang-kurang hati aku lega sikit hari ni.Makanan Danny yang sebelum ni aku minta mak beri pada kucing-kucing yang tak bertuan dan selalu datang kat belakang rumah aku minta makanan,kesian kat dorang,ada tu yang ada anak siap bawa anak.Memang selalu aku dan mak bagi dorang makan,tak sampai hati tengok kucing-kucing tu mengiau kelaparan.

Satu yang buat aku asyik bila melihat ibu kucing memanggil anak-anaknya seolah beritahu kat sini ada makanan.Kasih betul pada anaknya macam mana aku kasihkan Danny tapi aku bukan ibu kucing,aku manusia yang sayangkan kucing.

Tuesday, June 15, 2010

Untuk Abah tersayang

Minggu ni kita akan menyambut Hari Bapa.Aku cukup rasa bertuah kerana abah masih ada disisi biarpun baru-baru kami sekeluarga mengharungi saat-saat mencemaskan bila abah admit ke unit CCU(Cardio Care Unit) kerana serangan jantung.Alhamdullilah,Allah masih memberi peluang abah bersama dengan kami sekeluarga.

36 tahun dulu semasa mak melahirkan aku,abah yang bertugas sebagai anggota tentera nyaris terkorban bila peluru komunis hampir terkena kepala abah.Selepas peristiwa itu,abah dimaklumkan tentang kelahiran aku.Pastinya kelahiran anak sulung mengembirakan abah dan abah tak sabar untuk pulang melihat aku.

Abah mendidik aku penuh dengan disiplin maklumlah aku dulu tinggal di kem tentera dan kenakalan zaman kanak-kanak bila diingat,kelakar pun ada.Abah memang susah nak marah tapi bila kemarahan meletus,memang aku takut sangat.Demi untuk menyara kami sekeluarga abah cari pendapatan sampingan seperti berniaga apam balik,goreng pisang dan menjual pinggan mangkuk dari Thailand yang memang popular masa tu.Berapalah sangat gaji seorang anggota tentera ketika itu.

Sampai hari ni aku masih ingat semasa darjah 2 ,aku pernah dipukul dengan tali pinggang askar warna hijau sehingga aku demam seminggu.Aku dipukul kerana abah telah menyediakan kelengkapan alat tulis untuk aku ke sekolah termasuk pemadam,aku yang ketika itu mengikut kata rakan sekelas aku ikat getah biasa kat hujung pensil dan gunakan sebagai pemadam.Kesan padam guna getah tu jadi hitam dan selalu terkoyak,Kerana takut abah marah aku koyak helaian buku yang dah ada kesan hitam tu dan tentu aku kena koyak helaian yang bersambung dengan helaian yang aku koyak memula tu.

Hasilnya kesan koyak dan hitam tu tak nampak tapi aku lupa buku tulis aku makin menipis.Seminggu sekali abah akan periksa buku-buku aku dan adik-adik dan ketika itu abah bertanya kenapa buku aku makin nipis.Aku yang dah takut ketika itu dengan nada terketar-ketar beritahu aku koyak buku.Apalagi singgah lah tali pinggang ke badan aku.Mak tak mampu nak tolong aku sebab aku yang salah.Berbelang-belang jugalah badan aku kena pukul.Kekesalan ada pada abah kerana tidak dapat mengawal kemarahan ketika itu,kekesalan kerana memukul aku sehingga aku demam pada keesokan harinya.Abah bawa aku ke RSAT(Rumah Sakit Angkatan Tentera) yang memang ada dlm kem.Semasa aku demam,abah ada kata abah pukul bukan kerana abah tak sayang tapi kerana anak abah buat sesuatu yang buat abah marah dan abah hanya nak mengajar aku.Aku yang ketika tu masih budak hanya mengalir airmata sebab sakit di badan masih ada.
Sejak dari peristiwa tu abah tak pernah pukul aku lagi.

Abah bukan seorang yang garang sebenarnya cuma jangan cuba buat abah hilang sabar.Setelah usia aku makin dewasa,aku sedar kenapa abah marah,kenapa abah pukul dan kenapa abah tegas.Abah mengajar aku erti tanggungjawab dan hasil didikan abah dalam usia 18 tahun aku mula mencari rezeki untuk membantu keluarga yang susah,aku ketepikan hasrat untuk sambung belajar hingga abah memujuk aku supaya mengikut bapa saudara yang tinggal di PD.Aku pernah tinggal beberapa bulan di rumah Pak Teh sambil menjaga 3 orang anak Pak Teh.Ketika itu usiaku 19 tahun aku sudah boleh memikul tanggungjawab menjaga 3 orang sepupu aku yang berumur 6 tahun,5 tahun dan yang bongsu tu 2 tahun ketika itu.Pak Teh hantar aku ke kelas komputer atas permintaan abah.

Terlalu banyak kenangan untuk diingat,suka duka yang aku lalui bersama abah mendewasakan aku.Adakalanya ada juga aku terkasar dengan abah dan buat abah bersedih.Aku hanya bertegas pada perkara yang aku tak nak abah susah.Aku tak nak abah aku sakit hati dengan perilaku orang yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan abah.Sebelum aku ada kereta setiap pagi abah akan hantar aku ke tempat kerja dan akan jemput aku bila habis waktu kerja.Aku tak berani suarakan depan abah kalau aku teringin nak makan apa-apa sebab abah akan berusaha cari apa yang aku inginkan.Kasih sayang yang tak berbelah bagi untuk anaknya ini.

Untuk abah tersayang,terima kasih kerana menjadikan aku manusia dalam ertikata sebenar.Tak terbalas jasa abah membesarkan Kak Long dan adik-adik.Percayalah abah apa pun terjadi,Kak Long tetap ada disisi abah.Tak perlulah abah risau lagi jika tak dapat memberikan kami apa-apa.Kami adik-beradik sudah dewasa dan sudah masanya kami pula yang memberi untuk abah dan mak.Abah telah lama berikan kaklong dan adik-adik hadiah yang tak ternilai harganya iaitu pergorbanan dan kasih sayang.Selamat Hari Bapa untuk abah tersayang.




Monday, June 14, 2010

Klip Episod 1,ILMU ALAM GHAIB

Pada yang tak berpeluang tengok episod pertama Ilmu Alam Ghaib yang menampilkan Ustaz Sharhan merawat pasangan suami isteri di Kinabatangan Sabah leh tengok kat link ni.

Kalo tak leh log in tu senang jerk korang jadi lah member web TV3 pastu akan gerenti leh tengok klip episod satu ni

Friday, June 11, 2010

Semanis Kurma,sihir pembenci

Setelah frust minggu lepas sebab topik dalam Semanis Kurma tentang Sihir Pemisah atau sihir pembenci tak muncul,akhirnya malam semalam topik ni kuar semalam.Nasib baik akak tunggu.Aku ni memang suka tengok Semanis Kurma ni banyak ilmu yang kita dapat samada untuk memperbaiki diri,alam rumahtangga serta banyak tips untuk kita mengatasi gejala-gejala sihir seperti Sihir pembenci ni semalam.Pada permulaan rancangan ditunjukkan Ustaz tengah merawat seorang wanita yang dalam tubuhnya ada jin yang berusia 1000 tahun dan dengan jelas bila ditanya jin yang berada dalam tubuh wanita tersebut yang dia ditugaskan untuk bagi pasangan suami isteri tu bercerai.Bila ustaz tu tanya kenapa nak bagi pasangan tersebut bercerai jawapannya kerana pasangan tu bahagia.Masyallah,ada jugak orang yang sanggup memisahkan suami isteri yang bahagia hanya kerana cemburu melihat kebahagiaan pasangan tersebut.Artis jemputan malam semalam Fizza Elite.Dalam topik ni Fizza tak banyak berbicara kerana tumpuan lebih kepada Ustaz Sharhan untuk menjelas apa yang dimaksudkan sihir pemisah.

Bila Ustaz menyebut tanda-tanda kena sihir pemisah ni,Ustzah Bahyah perasan yang Fizza ada tersentak sedikit.Bila ditanya kata Fizza,dia tak tahulah samada dia atau suami kena sihir tapi tanda-tanda tu ada contohnya kalau berjauhan dengan suami memang rindu tapi bila depan mata ada rasa macam benci.Kata Ustaz nak tahu kita terkena sihir atau tidak Ustaz boleh check hanya dalam masa 5 saat.Dan yang lebih menyedihkan bila ada pesakit yang datang mendapatkan Ustaz sudah berkahwin lebih 30 tahun tapi isterinya masih anak dara disebabkan sihir ni.Kata suami wanita tersebut setiap kali hendak bersama kaki isterinya bagai terikat dan suami wanita terbabit berkata hanya jodoh yang memanjangkan hubungan mereka suami isteri dan ada satu kes pulak setiap kali waktu tidur wanita terbabit nampak suaminya seperti orang utan dan muka suaminya hodoh.

Sepatutnya bila kita tengok pasangan suami isteri tu bahagia kita ambik tips macam mana nak bahagia seperti pasangan terbabit bukannya pergi jumpa bomoh sihirkan orang sampai bercerai -berai.Ada juga kes yang si lelaki mahu pun perempuan tak dapat berkahwin dgn orang yang orang yang dia nak,sengaja sihirkan supaya rumahtangga orang yang tidak dapat dia kahwini tu porak-peranda.Lagi satu jangan bermegah-megah dengan orang lain rumahtangga tu bahagia ker kadang-kadang orang meluat kita tak perasan bahkan mungkin yang hantar sihir tu jiran sebelah jerk,kawan atau sedara mara.Orang yang nak antar sihir ni dia cuma fikir hati dia puas,dia dah tak fikir soal dosa.Sebab tu kita kena jaga tuturkata kita,perbuatan kita.Sedangkan dalam kita menjaga keperibadian kita pun ada yang kena sihir ,inikan pulak kalau tuturkata atau perbuatan kita tu menyinggung atau buat orang berdendam,nauzubillah jauhkan lah diri aku dari hasad dengki manusia sedemikian.

Nak tahu tanda-tanda sihir atau apa itu sihir pemisah,leh tengok entry aku yang lepas.

Thursday, June 10, 2010

Apa hal minah ni,sengal betul

Reaksi aku masa memula tengok gambar ni,ketawa besar gak lah.Minah ni bukan setakat sengal tapi tak faham apa sebenarnya konsep bertudung atau menutup aurat ni.Boleh dikatakan ramai sekarang bertudung sebab fesyen tudung yang pelbagai,pernah dengar tak istilah bertudung tapi telanjang ha.Istilah ni masa aku sekolah dulu menurut kata ustaz kita bertudung tapi memakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh.Masa aku sekolah dulu sebelum bertudung memang kena fikir bebetul samada kita dah bersedia untuk bertudung.Sebab kalo nak menutup aurat ni bukan kerana suka-suka biarlah dengan rela hati dan bila kita bertudung biarlah dalam erti kata yang sebenarnya.Dah tentu aurat wanita yang boleh diperlihatkan hanya muka dan kedua tapak tangan tapi minah dalam gambar ni,kepala bukan main litup tup-tup pakai seluar pendek yang kelakar tu siap pakai seluat fit tapi tetap pendek gak.Tentu sekali menyakitkan mata yang memandang dan bila soal hukum agama diambik mudah macam ni lah jadinya.Yang aku pelik tu tangan bukan main cover siap pakai inner.Hm ntahla macam-macam sekarang ni,kalo camni gaya baiklah ko jgn bertudung dah tentu tak der sapa nak pertikaikan.



Wednesday, June 9, 2010

Salah Hari,Salah Rumah

Sabtu lepas,dalam pukul 7.00 pagi semasa aku sedang menyediakan sarapan pagi,adik aku Zalie ajak pergi ke Bandar Botanic,Klang ambik dokumen.Memandangkan tak da wat apa aku pun apalagi cepat-cepat siapkan sarapan dan bergegas tukar pakaian.Mak pun ikut sekali.Abah tak nak ikut katanya dah berjanji dengan kawannya Pakcik Mat Noor nak pergi majlis perkahwinan dalam pukul 11.00 pagi ari tu di Labu,Negeri Sembilan.Memula tu abah cari juga mana pergi kad jemputan kawan abah bagi ari tu nak confirmkan tarikh tu samada 5hb atau 6 hb June sebab abah kata dia rasa 6hb June tapi Pak cik Mat Noor bertegas kata 5hb June.Menurut kata abah pakcik Mat Noor ajak pergi awal sikit sebab petang pakcik Mat Noor nak ke Indonesia.Sebelum aku,mak dan Zalie bertolak ke Klang,aku tanya lagi sekali pada abah tapi abah memang tak nak ikut kami.

Sampai jer kat Bandar Botanic tu,adik aku terus ker perumahan elit tempat nak amik dokumen tu.Terpegun aku melihat rumah-rumah yang memang cantik.Maklumlah kawasan orang-orang berada ni.Bila lah aku boleh merasa dok rumah camtu (berangan kejap).Selepas tu kami singgah ke Jusco Bukit Tinggi ,Klang.Ini pertama kali aku ke sini,mak aih besarnya naik lenguh kaki aku berjalan tu pun tak pusing abis lagik.Kebetulan tengah Jusco Sales apalagi aku pun amik kesempatan lah,hmm rabaklah duit aku bulan nih.Yang jadi pilihan tentulah yang offer 50% dan 70%.

Adik aku Zalie,kalo tak der hal memang tak kisah tunggu kitaorang shopping.Tu pun Zalie beritahu nak balik awal sikit sebab ada regular customer dah booking teksi adik aku nih.Aku beli blouse Scarlet Plus Jusco 50% offer.Kalo ikutkan hati memang tak nak balik lagi.Sebelum duit aku habis baik cecepat kuar dari Jusco nih kalo tak puasalah aku lepas nih.

Bila dah sampai rumah,aku tengok abah tak der ,dalam hati ingat oh abah pergi kenduri nih.Dalam 5 minit kemudian abah balik ada ta pau Laksa pastu terus cakap abah lapar lah,tolong hidangkan laksa nih.Mak terus cakap eh bukan ker pergi kenduri kahwin.Abah kata memang pergi tapi yang ada khemah,kerusi,meja,majlis kenduri esok bermakna hari Ahad 6 hb June tapi abah dgn pakcik Mat Noor gi hari Sabtu,apalagi aku,mak dan adik aku ketawa tak boleh tahan.Abah kata kalau abah tahu baik ikut korang pergi Klang boleh jalan-jalan.Abah kata abah dah cakap dah mmg 6hb June kenduri tu tapi pakcik Mat Noor kata 5hb hari Ahad.Aku mencelah,abah pergi awal sehari nasib baik khemah dah dipasang kalo tak abah tolong pasang khemah terus gamaknya hehehehehe.

Tetiba Zalie lak cakap,alamak rugi betul.Aku tanya kenapa,Zalie kata baru dapat sms customer dia cancel booking.Aku tanya lagi apa yang rugi.Dia kata rugilah kalo tak boleh jenjalan lagi shopping kat Jusco pastu gi makan seafood kat Klang.Tak pa lenkali leh gi lagi bukannya jauh sangat Klang dgn Nilai.

Kira kes abah tu ok ler lagi salah hari jer.Aku dulu dengan kenkawan pernah salah rumah kenduri sebab terlupa bawa kad masa pergi,lepas tu nama pengantin tu lak sama.Masa tu yang aku tahu nama kawan aku jer,nama perantin lelaki tak ingat.Sampai jer aku dgn kenkawan,makan dulu ingat kejap lagi jumpa sebab perantin pompuan kat dalam rumah.Masa tengah makan perantin laki sampai dan masa perantin pompuan kuar,hampir tersedak aku dan kenkawan lain bila tengok alamak orang lain.Terus berhenti makan dan pergi salam tuan rumah ucap terima kasih,alamak malu betul,nasib baik orang lain tak tahu.Masa dalam kereta apalagi kitaorang ketawa tak leh berhenti sampai kuar airmata.Rupa-rupanya memang kawasan perumahan tu dah betul cuma lorong jerk lain.

Sejak dari kes tu sampai sekarang kalo ada majlis kawan kahwin aku akan ingat nama perantin lelaki tu sekali takut salah rumah lagik

Tuesday, June 8, 2010

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Aku dapat info ni dari sorang kawan,kebetulan aku memang suka makan ikan keli.Masa aku kecik dulu kalo balik kampung memang selalu makan ikan keli sawah rasanya lebih sedap dari yang diternak di kolam.Kalo kat kampung dulu arwah tok nek aku selalu masak Gulai Ikan Keli dengan ubi kemili.Ubi Kemili ni ubi yang kecik-kecik sekarang susah dapat.Kalo di Kedah masak kari yang bersantan tu dipanggil Gulai.Kalo kat nogori lak masak lemak cili padi disebut gulai.Ikan keli goreng pun sodap,sebab garing tapi isinya lembut atau masak goreng berlada,asam pedas dan masak lemak cili padi lah.Arwah tok nek aku dulu kalau wat gulai rempah tu giling sendiri,masa tu lak mana ada dapur gas lagi yang ado,dapur kayu dan dapur minyak.Selalu tok nek aku masak dengan dapur kayu bila tok nek tumis rempah tu bau rempah tu wangi masa tu dah rasa lapar,memang aku tunggu jerk bila lah nak makan.Ikan keli ni setengah orang tak suka makan sebab hanyir tapi kalau pandai cara bersihkan dan cara masak bau hanya hanyir tu memang tak der.Selalunya lendir pada ikan keli tu mesti dikikis dengan pisau kemudian dibasuh dengan air asam jawa dan garam.Rendam kejap dalam air asam tu sebelum basuh dengan air bersih.Kalo masak asam pedas ikan keli cuba tumbuk lada hitam sikit campur dalam kuah dan letak sayur jeruk samada kobis jeruk atau sawi jeruk,pergh terangkat ko rasa asam pedas tu pada yang dah kahwin mak mertua lalu pun dah tak nampak agaknya,kalo yang belum kahwin tu sesapa lalu pun dah tak kisah.So ni antara info untuk membezakan ikan keli

Haram
(Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)



·  Kepala berbentuk 'V'
·  Bentuk badan mirip torpedo
·  Badan berwarna hitam berkilat
·  Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
·  Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
·  Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal
(diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)


·  Kepala berbentuk 'U'
·  Bentuk badan tirus
·  Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
·  Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
·  Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
·  Digoreng tidak meletup

Monday, June 7, 2010

Aku,Innit dan Nuffnang

Setelah beberapa hari akak cuba sedaya mungkin cari sebab naperlah tak leh post kat innit dan asyik kuar error akhirnya penantian akak berakhir bila pagi ni sebab musabab nyer telah dijumpai dan dah boleh add post kat Innit.Akak ni tak berapa pandai sangat bab code-code html so apalagi google ler cari.Sib baik lah sekarang senang jerk nak cari info hanya dengan klik jer.Alhamdulillah info tu membantu.Gembira tak terkata.Akak selalu gak kat Innit review blog-blog.Walaupun masih baru dgn Innit dan dan Nuffnang nih tapi dah jadi addict lak aih.Banyak citer,tips dan info yang akak dapat.Kira berbaloilah join Innit dan Nuffnang nih.Cuma sebagai orang baru mungkin banyak yang kena akak belajar dari Nuffnangers yang dah expert kan.Dulu blog akak kosong jerk tak der followers tapi sejak join Innit dah ada follower walau pun belum seramai orang lain tapi akak tetap gembira dan thanks pada yang sudi jadi follower blog akak.

Senyum sampai ke telinga hari nih..gumbira...

Kekejaman yang buat aku menitis airmata

Sekarang nih di dada akhbar semuanya bercerita tentang kekejaman Israel yang menawan kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.Malam Sabtu masa tengok berita pengebumian mangsa yang terkorban yang kebanyakan sukarelawan Turki,tak semena-mena kesayuan melanda bila mendengar cerita dan melihat kaum keluarga mangsa yang terkorban.Menurut salah sorang sukarelawan Malaysia yang terselamat mangsa yan terkorban ditembak dari jarak dekat dan ada diantaranya di tembak tepat di dahi hingga otaknya berkecai,laknat betul Israel.Mereka bukan penganas kenapa mesti diperlakukan demikian.Sukarelawan Malaysia juga terkena tembakan peluru getah di kepalanya.Mereka diikat dan tidak diberi makanan.Kononnya kapal-kapal ditawan bimbang membawa masuk senjata ke Gaza.Man pergi suara negara-negara Islam yang besar dan kaya.Yang disekat,yang terseksa dibumi mereka sendiri rakyat Palestin juga berugama Islam.PBB hanya jadi boneka semata-mata tiada apa yang diperlakukan.Seingat aku dari aku kecik sampai sekarang rakyat Palestin tidak pernah merasa kebebasan di bumi sendiri.Nama Rachel Corrie salah sorang sukarelawan rakyat Amerika yang terkorban di gilis kereta perisai Israel diabadikan pada kapal bantuan kemanusiaan kedua.Israel kuat kerana Amerika di belakangnya dan negara-negara Islam pula masih rapuh kekuatan dan bergelut sesama sendiri dan hanya memandang tiada keuntungan pada mereka.Itu yang buat aku menitis airmata.

Friday, June 4, 2010

Azim di Zoo




2 minggu lepas,adik aku Izad bawa isteri & anak gi jenjalan kat Zoo Klang.Azim nih memang sukakan binatang.Channel favourite Azim pun Animal Planet.Kalo Azim tengah mengamuk buka jerk Animal Planet,macam ada suis otomatik tengah menangis kuat pun dia boleh berenti nangis.
Izad kata Azim memang gembira betul bila sampai kat Zoo.Bila datang rumah mak,apalagi menceceh mulut dia bercerita kat atuk dengan Wan.Bila nampak aku jerk Azim terus cakap "Adong (nada pelat panggilan Maklong) ada Badak pastu dia ketawa suka,alamak cam perli aku jerk nih.



Berkerut kening tengok Seladang


Seladang


takut...takut ,Azim takut unta tu cium dia



Apalagi snap ler gambo cepat,dah penat senyum nih


Selamba jer si Azim dgn ular


Nak Bird kata Azim,nasib baik tak leh langkah kalo tak ada gak Flamingo yang arwah hehehe.


Berani betul anak buah aku nih,
Izad pun tak rasa geli ker eee



Ternganga mulut tengok Bird


Alamak Kuda ni usha lollypop aku ler


Nak rasa ker.....


Haus betul .......

aku suka gambar ni,Pak belang tengah santai tu

ko pun nak lollypop jugak ker

Azim kata Adong ,nih badak alamak dia cam perli aku jerk


Apalah yang ko tenung muka badak tu Azim

Thursday, June 3, 2010

Tak leh add post

Dah beberapa hari ni aku tak leh add post kat Innit Nuffnang,selalu tak der masalah,dah berkali-kali cuba tetap gagal ntah kenapa ntah,aku pun tak tahu apa sebabnya tetiba jerk. Yang pelik tu aku leh log in kat Innit cuma bila nak add post tak leh.Huh bila nak settle masalah ni pun tak tahulah.Ke PC aku yang masalah.Sekarang ni aku log in kat Innit just untuk baca new post sedangkan post aku sendiri tak leh add,huhuhuhu keciwa ler jugak.

Wednesday, June 2, 2010

Kelakar ada ,kesian pun ada

Nasib-nasib kesian betul kat makcik dalam video nih.Punyalah mengharap orang tolong dia lain pulak yang jadinya.Nak tahu apa terjadi tengok clip nih ok...
So kalo lah korang jumpa makcik-makcik perlu pertolongan tu janganlah korang wat cam tu,tak baik tau.

video

Tuesday, June 1, 2010

Marah atau Baran

Semalam mak ada tegur aku kenapa sejak akhir-akhir ni macam cepat marah atau cepat naik angin.Ha yer ker ish aku tak perasan lak tapi memang yer kot.Nak kata aku ni jenis panas baran tak juga cuma ari tu termelenting ler sikit sebab ada orang cakap mende yang menyakitkan hati aku macam sesaja cari pasal gitu.Elok-elok kita tak angin cakap yang bukan-bukan ha itu memang cari pasal ler namanya.Kadang-kadang tu aku ni suka diam jer bila sesapa pun cakap yang menyakitkan hati tapi kalo dah sampai tahap tak leh tahan apalagi meletus cam gunung berapi ler jawabnya.Mak selalu pesan bila rasa nak marah cepat -cepat istighfar. Setakat marah kejap-kejap ni ok lagik berbanding dengan orang yang baran.Orang panas baran ni sekali dia baran mak aih bukan takat pedih telinga jerk,mau makan hati dengan cakap-cakap dorang.Baran pun ada kategori tau.Baran jenis cakap banyak dan baran yang jenis cakap banyak plus perbuatan.Baran yang plus pukul tu lah yang paling takut.Kalo takat baran jenis cakap banyak tu dia penat berhenti ler kan,kira cuma takat pedih telinga jerk tapi baran yang jenis pukul ni yang kadang-kadang anak atau isteri jadi mangsa.Biasanya orang lelaki yang kebanyakannya panas baran ni,perempuan tu mungkin ada cuma jarang-jarang lah kita dengar. Kalo panas baran jenis cakap banyak tak yah korang susah payah nak bertekak dengan dorang buang masa sebab dorang jenis takan mengalah ok.Yang aku banyak jumpa yang jenis cakap pedih sampai ke tulang hitam nih.Lagi satu orang yang panas baran jenis cakap pedih ni boleh bertukar jadi baran perbuatan bila kita lawan bertekak dengan dorang contohnya kena penampar ke,kena baling dgn mende ker atau bahasa ganas sikit ada yang kena terajang.Itu yang kena tengok banyak kes dera isteri,anak. Biasanya berdepan dengan orang jenis ni baik berdiam diri dan jawab apa yang dia cakap dengan tidak meninggikan suara.Orang dulu-dulu kan selalu pesan Api jangan disimbah minyak,api lawannya air.Lagi satu kadang-kadang orang yang panas baran ni bila dia dah reda,dia dah lupa apa yang dia cakap tapi yang mendengar tu makan hati berulam jantung.Kena banyak bersabar. Tapi ada pulak jenis bukan panas baran tapi suka cari pasal bagi orang marah.Orang macam ni dia akan buat sampai kita naik angin.Agaknya dah tak keje lain gamaknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...