Hari ini semakin baik dari semalam,alhamdulillah.Sekarang malam-malamku terisi dengan membaca surahmu dan terjemahannya.Dalam masa yang sama,anak buah aku Azim Haiqal yang tetiba datang rumah masuk bilik aku.Ada sesuatu yang mengusik jiwa aku hingga aku menitiskan airmata.Subhanallah,anak buah aku yang berumur 4 tahun lebih ni bebenar membuat aku terkejut dengan kata-kata tidak aku sangka sama sekali.
Azim:"Maklong,Azim nak mengaji jugak"
Aku: "Meh sini duduk sebelah Maklong,cuba ngaji Maklong nak dengar."
Dengan lafaz Bismillah,anak buah aku yang sorang ni dengan lancarnya membaca surah Al-Fatihah,bersambung dengan surah Al-Ikhlas.Kemudian Azim meminta aku membaca surah untuknya.Aku membaca surah An-Naas dengan tujuan untuk mengajar Azim yang belum lancar surah An-Naas,ketika itu aku memegang Al-quran kecil,ketika selesai membaca surah An-Naas itu,Azim terus cakap Amin dan terus Azim memegang Al-Quran yang ada pada aku dan mencium Quran dan terus berkata "Maklong,lepas baca quran kena sayang Quran.Hari-hari Maklong baca Quran,hari-hari Maklong kena sayang Quran."
Aku terus peluk anak buah aku sambil airmata aku menitis.Lantas aku terus cakap "Azim,maklong bukan tak sayang Quran tapi maklong belum habis baca"
Ini jawapan Azim :"Maklong bacalah ,Azim duduk kat Maklong jer,tak kacau Maklong,Azim nak dengar Maklong baca Quran,Azim nak baca tapi belum pandai,nanti abis baca Azim dgn Maklong sayang Quran yer"
Subhanallah,terasa kecilnya diri aku berbanding anak buah aku ni.
Sesudah selesai,aku dan Azim sama-sama mencium Al-Quran,sebelum aku bangun untuk menunaikan solat Isyak,Azim peluk aku dan terus cakap Azim sayang Maklong,Allah pun sayang Maklong.
August 16 Update
8 years ago
0 comments:
Post a Comment