Alhamdulillah,aku bangun pagi ni dengan rasa yang cukup indah.Alhamdulillah Allah masih memberi aku peluang bernafas untuk meneruskan hidup hingga tiba saat aku pergi meninggalkan dunia.Mati itu pasti cuma bila tidak diketahui.Alhamdulillah aku masih lagi berpeluang memperbaiki diri,meneruskan ibadahku sebagai persiapan untuk bekalanku nanti.
Alhamdulillah kini aku berpeluang mendalami isi Al-Quran,setiap malamku terisi membaca tafsiran surah.Ketika membaca Al-Quran tetiba ingatanku kembali pada zaman persekolahan dulu di Asrama Sekolah Menengah Ibrahim.Ketika itu aku dalam Tingkatan Satu.Setiap pelajar Puteri asrama kena pergi mengaji belajar Tajwid pada waktu pagi ,kebetulan sessi persekolahan adalah di waktu petang.Dan pada waktu malam,pelajar Puteri dan Putera yang terpilih akan belajar Taranum Quran atau lebih senang disebut membaca Quran secara berlagu seperti Qari dan Qariah kat Tilawah dan salah sorang pelajar tu adalah aku.
Ustaz yang mengajar tu sampai sekarang aku ingat namanya Ustaz Salleh.Tahu kenapa aku ingat.Ha ada cerita disebaliknya.Memandangkan sessi pembelajaran Taranum Quran ni cuma melibatkan tak sampai 10 orang pelajar Puteri dan Putera maka sessi pembelajaran digabungkan.Memasing masih baru terutama aku dan kenkawan yang tingkatan Satu ni lah.Aku ingat lagi surah Ali Imran yang Ustaz ajar.Pada permulaan tu kira ok lah takder lah Ustaz komen banyak sebab baru.Bukan mudah nak belajar Taranum ni.
Dah masuk minggu kedua Ustaz Salleh suruh sorang-sorang baca,dia nak dengar sendiri Tajwid dan alunan lagu tu betul atau tak.Gementar jangan cakaplah.Tiba giliran aku baca,Ustaz kata dalam loghat Kedahnya "Ha,Rohaida hang mai dok dekat sikit kalo dok jauh sangat sat gi Ustaz tak dengaq ".Aku pun angkat rehal dan Quran aku pi depan Ustaz.Semua mata dah memandang aku nak memulakan bacaan.Sejuk tangan aku Allah yang tahu.Aku kena baca surah Ali-Imraan ayat 102 dan akan berhenti bila Ustaz kat berhenti.Masa baca "Aazu Billah e Minashaitanir Rajeem, Bismillah Hir-rahman Nir-raheem" tu ok lagi Ustaz kata bagus teruskan.
Hilanglah sikit rasa gemuruh tu sambung pada ayat pertama 'Yaa Aiyuhal lazi naamanu taqullah hahaq qhotu qho tih,wala tamu tun na inllah wa antum muslimun".Rasa selamat lagi bila Ustaz tak kata apa-apa maka aku pun sambung ayat kedua "Waq tasimu bihab lillah hi jamiaan tak sempat aku nak abiskan ayat tu Ustaz yang tengah tunduk mukanya berpaling ke arah lain tapi telinganya mendengar suara aku tu menepuk lantai yang berlapik karpet dalam surau tu dengan kuat menyebabkan aku terkejut yang amat sangat lalu tak semena-mena aku mengigil depan Ustaz.Dalam loghat Kedah mengigil tu disebut Ketaq .Ustaz Salleh tanya "Awat yang hang ketaq sangat ni",aku jawab "Ustaz kot saya baca salah pun tegurlah elok-elok,ni Ustaz pi tepuk lantai kuat-kuat mestilah saya terkejut nasib baik tak melambung rehal dengan Quran ni".
Dengan selamba Ustaz jawab "Allah hang ni lemah semangat sungguh,Ustaz bukan bomoh nak menurun,mengubat orang,Ustaz tepuk lantai bagi signal kat hang suruh berhenti ja".
Aku tersenyum sambil rakan-rakan lain ada yang ketawa,ada yang tersengih.Entah dimana Ustaz Salleh sekarang,ntah kan masih ada atau sudah kembali ke Rahmatullah tidak aku ketahui.Jika Ustaz dah tiada lagi,Al Fatihah dan doa aku buat guru yang banyak mengajar aku seni lagu Al Quran,Zikir dan banyak lagi.Jika Ustaz tahu selepas meninggalkan alam persekolahan aku jarang sekali mempraktikkan apa yang dipelajari pasti Ustaz bersedih.Terima Kasih Ustaz yang tak putus asa mengajar aku dan rakan-rakan.Tidak terbalas jasa Ustaz pada aku dan rakan-rakan.Ilmu dan kenangan yang masih lekat dihati aku.
Biarpun taranumku tidak sebaik dulu,alhamdulillah kini aku kembali mempraktikkan dan setakat mana yang aku tahu aku cuba ajar pada anak buah aku yang baru berumur 5 tahun tu.Bila aku mendengar bacaan Qariah Sharifah Khasif hatiku berkata kalau aku berterusan dengan apa yang aku pelajari dulu,mungkinkah bacaan ku juga boleh menjadi sebaik bacaan Sharifah Khasif.
Ada yang pernah berkata padaku mereka tidak pandai membaca Al-Quran berlagu seperti itu.Lantas aku berikan jawapan,jika kita boleh menghafal rentak lagu yang menjadi siulan dengan lenggok patah lirik dan nadanya begitu juga bila kita membaca Al-quran,biarpun tak semerdu suara para Qari,Qariah dan para Hafiz.Bila kita mengalun lagu dalam surah terutama ketika menunaikan solat percaya kita akan lebih menghayati dan hingga meitis airmata bila mengetahui tafsiran ayat itu.
Sungguh melihat al-Quran sahaja sudah berpahala, apatah lagi mendengar alunan ayatNYA, lagikan membacanya, malah amat besarlah manfaatnya orang yang membaca, memahami tafsirnya serta mengamalkannya.
Peringatan buat semua dan buat diriku juga.
Renungkan hadis dibawah ini
Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”
August 16 Update
8 years ago
0 comments:
Post a Comment