Followers

Tuesday, March 20, 2012

Redha biarlah dari hati

Citer apa yer ari,ha ari ni aku nak citer bab hati ler pulak.Bukan hati ayam atau hati lembu tapi hati manusia ok.

Hati orang lain aku tak tau tapi aku nak citer pasal hati aku sendiri.Idak ler aku ni kata aku ni baik hati,sebab kita tak boleh menilai diri sendiri tapi orang lain.Ada yang pernah cakap aku ni baik hati,kadang-kadang muncul tanda soal ,ye ke. Sebab apa ada orang cakap aku baik hati,tu kena tanya dorang lah kan terutama kenkawan  rapat serta kenkawan yang mengenali aku.

Sebagai wanita biasa cewah ayat skema...semua orang nak jadi yang terbaik.Untuk jadi sempurna adalah mustahil tapi insyallah jika kita sentiasa berusaha memperbaiki kesilapan diri,kita akan jadi lebih baik.

Cuba perhatikan ada wanita yang Allah kurniakan rupa paras yang cantik tapi disebalik kecantikan itu bila hatinya tidak bersih maka tak bermakna kecantikan yang ada.

Kecantikan yang sebenar adalah dari hati.Bersedia memaafkan orang lain akan sentiasa menenangkan hati tapi adakala untuk memaafkan seseorang yang benar-benar buat kita sakit hati bukan mudah.

Ada perkara yang menyentuh hati seperti rasa kasih sayang,cinta,simpati,ikhlas perlu datang dari hati.Mampukah kita berbohong cakap kita ikhlas tapi hati menidakkan nya.Orang lain memang tak tahu tapi Allah maha mengetahui apa yang ada di sudut hati kita.

Dari zaman kanak-kanak,remaja dan sekarang banyak peristiwa dan ramai orang yang pernah menyakitkan hati aku nih.Adakala aku tewas dengan sifat marah tapi bila tersedar aku terus memaafkan orang tu sebab aku fikir kenapa harus aku marah kerana adakalanya ku pun tak terlepas dari menyakitkan hati orang samada disedari atau tidak.

Tapi yang paling jadi perhatian ada bila di hati ada cinta.Hati orang lain aku tak tau tapi aku memang bukan jenis yang mudah jatuh cinta.Sangat susah.Bukan mencari yang terlalu sempurna tapi soal hati ni tak boleh dipaksa dan sukar untuk dijangka.Pengalaman mengajar aku erti tabah.Bukan sedikit dugaan yang datang tapi itu semua ujian buat aku.

Sekarang aku dikelilingi kawan-kawan yang cukup memahami dan tahu siapa aku.Keluarga tentu sekali sentiasa ada tika susah dan senangku.Ada yang tanya ish takan takda kekasih hati.Susah nak aku nak jawab persoalan ini kerana ujian yang datang kali ini bebenar menguji kekuatan hati aku ni.Dan tidak pernah berhenti doaku agar semuanya kembali seperti sediakala dan permudahkan segalanya.Bermakna memang ada seseoranglah kan.Aku juga ada kawan rapat yang sentiasa menghargai aku dan sentiasa memberi sokongan pada aku,jadi jangan sesapa tanya lagi ok.Segala apa yang berlaku ujian dari Allah untuk menguji kekuatan hati kita.Dan sebagai hambanya aku hanya mampu berdoa kurniakan aku kekuatan hati untuk menempuh hari-hari mendatang.Sebab itu apa-apa pun yang terjadi aku redha kerana redha itu ikhlas yang datang dari hati.


Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih..

Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram..

Pilihlah untuk bangkit walaupun kita telah jatuh dan malu..

Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..

Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar.


Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta..

Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita..

Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka..

Belajarlah redha apa yang kita ada..

Itulah yang terbaik buat kita..

Walaupun itu bukan yang kita suka..



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...