Followers

Thursday, May 13, 2010

Tahniah Skuad Piala Thomas

Syukur,aksi Hafiz selepas berjaya membawa Malaysia ke Separuh akhir




Semalam memang perlawanan yang cukup mendebarkan bila pasukan Malaysia mesti menang untuk ke Separuh akhir.Setelah menang 2 game,hati aku berdebar bila melihat gandingan baru diturunkan untuk menentang beregu Denmark yg menduduki ranking ke 6 dunia.Tahniah buat Zakry Latif dan How yang berjuang habis-habisan biarpun kalah namun semangat mereka berdua patut dipuji.Bangga melihat mereka.Kerisauan mula menapak di hati takut Hafiz mengulangi prestasi ketika menentang Jepun.Sebaik perlawanan bermula dan mata demi mata diperolehi,semangat aku bangkit juga dan dalam hati cakap ya ini Hafiz Hashim yang aku nak lihat.Aku dan adik aku Shila gembira bila team Malaysia menang dan melangkah ke separuh akhir biarpun akan melalui laluan sukar bila akan bertemu China.Tiada apa yang mustahil janji berjuang habis-habisan.Doa dan sokongan rakyat Malaysia sentiasa bersama skuad negara.

3 comments:

Oktant said...

Memang lega Hafiz dapat menemui semula sentuhannya semalam. Harap ianya berterusan pada saingan separuh akhir bertemu China nanti. :)

kenwooi said...

malaysia boleh! =D

Eida said...

yeah mesti semangat utk Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...