Petang semalam lepas aku balik kerja,kami sekeluarga dikejutkan dgn berita Pak Long Mat Noor,sudah 3 hari koma akibat stroke di Hospital Sultan Abdul Halim,Sungai Petani.Pak Long ni abg tiri abah.Semasa arwah tok wan aku berkahwin dgn atok aku dulu,atok aku dah ada sorang anak lelaki,iaitu Pak Long aku ni lah .Abah bertanya juga kenapa setelah 3 hari baru kami dimaklumkan perkara ini.Adik aku Izad cuba call satu-satunya anak Pak Long ,Abg Lan tapi usaha kami gagal.Ini perkara serius,aku dan Izad ambil keputusan kita kena pergi cari abg Lan kat Sungai Besi.Dalam hati aku terfikir gak mudah ker nak mencari rumah abg Lan.Ya Allah permudahkan usaha kami.
Lepas Maghrib,aku,Izad,abah dan mak bergegas ke Sungai Besi area kampung Malaysia Tambahan dulu untuk cari Flat tempat abg Lan tinggal.Sampai kat sana alamak da banyak flat kat sini.Yang bermain di fikiran aku,abg Lan pernah beritahu rumah baru dia tu,ada parking lot dan abah ingat abg Lan pernah beritahu ada 3 tingkat parking lot.
Mula tu kami salah terjah ke Flat PPRT dan bila bertanya orang disitu tiada siapa mengenali abg Lan.Izad berpusing semula ke Flat yang mula kita orang jumpa tadi yang sememangnya da parking lot 3 tingkat.Setiap orang yang kami nampak,kami bertanya,malangnya tiada yang mengenali abg Lan.Semasa dalam Lif untuk mencari Abg Lan ,abah ada bertanya pada bebudak remaja perempuan yang ada dlm lif tu,dorang pun tak kenal dan bebudak remaja tu cadangkan kitaorg pergi ke tingkat 3,ada satu Surau untuk penduduk di situ.
Tak susah mencari surau yang terletak dekat dengan parking lot tu,abah dan Izad bertanya orang disitu dan sekali lagi tiada yang mengenali.Atas usaha imam surau tu,satu pengumuman melalui speaker surau dibuat meminta abg Lan datang ke surau.Nasib baik aku ingat nama penuh abg Lan iaitu Latta Affendi bin Mat Noor.
20 minit lepas pengumuman itu dibuat,aku perasan kelibat anak abg Lan ,Nabil datang ke surau lalu aku panggil.Memang betul tu Nabil,syukur padamu ya Allah kerana permudahkan usaha kami.Selepas berterima kasih dah bersalaman dgn org-org di surau ,kami sekeluarga ke rumah abg Lan di tingkat 5.
Sampai kat rumah aku tengok hanya Abg Lan dan anaknya Nabil jer yang tinggal lalu aku tanya mana isterinya.Kata abg Lan,Kak Sue balik berpantang di kampung kerana keguguran akibat terjatuh kat bilik air.Dah 4 bulan usia kandungan.Menurut abg Lan handphone beliau tertinggal di site kerja di Temerloh.Setelah berita disampaikan ternyata abg Lan kata patutlah dia tak sedap hati dan sememangnya beliau berniat untuk ke balik ke kampung hujung minggu ni.Abg Lan kata takpa esok pagi dia akan pulang ke kampung.Hati kami sekeluarga lega sedikit sebab dah jumpa abg Lan dan dah sampaikan berita pada beliau.Abah dah call pada sedara di Kedah beritahu dah dapat cari Abg Lan.Aku rasa mcm cerita drama lak tapi ini realiti.
Tepat jam 12.45 malam,semasa aku tengah tidur,tetiba dengar suara adik aku yang sorang lagi Zali maklumkan pada abah,ada panggilan dari Kedah beritahu Pak Long Mat Noor telah meninggal dunia,inna lil lah wa inna lil lah hi rajiun.Setelah berbincang,hanya abah,Zali dan Izad yang akan pulang ke kampung memandangkan adik aku kena ke rumah abg Lan untuk membawa beliau dan anaknya terus ke kampung.
Moda Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan beliau ditempatkan dengan orang-orang yang beriman .Amin...
August 16 Update
8 years ago
0 comments:
Post a Comment