skip to main |
skip to sidebar
Tak lama lagi cuti sekolah,kalo dah cuti sekolah dah tentu banyak kenduri kahwin.Kat rumah dah ada beberapa kad jemputan,itu belum kira sedara mara yang call dari Kedah menjemput ke majlis perkahwinan.Masa abah bawa balik kad jemputan,mak terus cakap hmm asyik pergi kenduri orang jerlah,kenduri rumah kita ni ntah bila ler pulak.Adooi ni yang malas ni,cepat-cepat aku gi wat keje lain.
Kadang-kadang tu bila sedara mara wat kenduri kahwin aku yang malas nak balik tu bukannya apa,setiap kali balik mesti soalan cepu emas keluar" Eida ko bila lagi ??????".Bukan setakat tak sanggup dan tak kuasa aku nak jawab.Bak kata Pak Teh aku,soalan bila nak kahwin nih bukan boleh tanya pada orang perempuan sebab bukan perempuan yang meminang lelaki.Wah cayalah Pak Teh,sib baik Pak Teh aku support so tak der penat aku menjawab hehehe.Kalo aku jawab tak der sesapa,ada lak yang nak jodohkan aku dgn org itu ,dgn org inilah hmm bahaya jugak.Ada sekali siap kena perli aku ni nak tunggu anak raja mana lagi,amboi laser betul mulut tapi aku tak marah,senyum jerk dlm hati berdentum-dentam gak.
Aku pun macam orang lain jugak ingin ada keluarga sendiri tapi kita tak boleh menolak ketentuan Allah.Sejauh mana kita berusaha pun takdir tetap bukan ditangan kita kan.Kadang-kadang kita bercinta bagai nak rak ngalahkan filem Hindi pun kalo jodoh kita bukan dgn orang tu tak jadi juga.Ha salah sapa tu.Nak kata memilih ish memang ler kena pilih takan sesuka hati jer nak terima orang kan.Bukan nak idup sehari dua dgn orang tu sepanjang hayat.
Mulut orang biasalah takan dapat kita tutup,biarlah penat nanti dorang diamlah.Janji aku hepi dengan hidup aku yang dikelilingi oleh kenkawan yang very the understanding hehehe,family aku.Cik Sham kawan baik aku selalu tanya Cik Da ni tak jumpa lagi ker calon-calon yang sesuai.Amboi soalan, jawapan aku memang selalu jumpa yang tak sesuai tu lah masalah nyer hehehe.Bila ada yang sesuai lak selalu nyer tak der jodoh ada jerk halangan ha nak wat camner kan.
Aku tak malu mengaku umur aku dah 36 tahun.4 tahun lagi dah nak masuk 40an.Dalam hati tu dok berhasrat gak nak amik anak angkat tapi bukan mudah.Dari baby tu dibuang merata baik ler dorang beri pada aku kan.Baby tu tak berdosa,umpama kain putih,kitalah yang mencorak kehidupan dia.
0 comments:
Post a Comment