Followers

Monday, May 31, 2010

Jenuh ler akak tunggu dik non

Akak baca kat web Ustaz Sharhan kat mlm ni dlm rancangan Semanis Kurma pkl 9 malam.Akak tunggu punya tunggu yang ado citer Sayang Cendana,pastu Suri Bakawali ish takan akak salah tengok kot.Lagi sekali akak gi check laman web tu ha betul lah mmg akak tak salah tgk pun. terang-terang kat situ mention 31/05/2010 (Isnin) pkl 9 mlm Semanis kurma bersama ustaz Sharhan Shafie perbincangan mengenai sihir pemisah .Makna akak tak salah date.Hmm lepas tu akak terfikir lak ntah-ntah tarikh Ustaz wat rakaman kot. Punyalah akak standby hampeh tak der pun.Adik akak cakap Semanis Kurma hari Khamis mlm jumaat ler Kak Long,ha loh kenapa info kat web Zamdurrani kata mlm ni.Punyalah akak menahan mata yang makin layu kerana mengantuk.Jenuhlah akak tunggu,bukan nya semanis kurma,sepahit kopi pun dah tak der.Bila ler nak kuar rancangan tu pun tak tahulah. Ish akak ni tetiba jadi peminat lak aih.Bukan apa kadang-kadang ada ayat-ayat Quran yang perlu kita tahu untuk situasi tertentu .Kan ker tu juga ilmu.Pada yang baca blog akak dan tunggu siri Semanis kurma keluar malam ni,sesama kempunan ler kita.Akan ku tunggu pulak hari Khamis mlm jumaat nih hehehehe kempunan kejap jerk.

Sihir Pemisah

Wah aku ni dah mcm ahli rawatan perubatan Islam lak kan.Apa pun info aku nak kongsi dengan semua.Ni pertama kali aku dengar tentang sihir pemisah.Semuanya bermula bila aku singgah kat laman web Ustaz Sharhan dan kebetulan ada info Ustaz Sharhan akan muncul di TV9 malam ni dalam rancangan Semanis Kurma pukul 9.00 malam.so jangan lupa tengok tau.So ni serba sedikit info yang aku dapat ler.

1. SIHIR PEMISAH

Takrif dan pengertiannya:

  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.

Tanda-tanda sihir pemisah:

  • Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
  • Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
  • Enggan memohon maaf.
  • Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
  • Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
  • Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan

Thursday, May 27, 2010

Bilalah boleh jumpa ni..rindunya

Ija & Kak Ah
Kalau tengok tajuk macam rindu kat kekasih hati jerk.Sebenarnya aku rindu yang teramat sangat pada 2 orang kawan baik aku yang kini berada nun jauh di Kedah huhuhu.Kali terakhir kitaorang jumpa tahun lepas.Ija atau nama penuh Iza Mastura tu kawan baik aku dari kecik,kitaorang dibesarkan di kem tentera yang sama,tinggal kat kuarters tentera yang sama,gi mengaji Quran sesama,kira melalui zaman kenakalan kanak-kanak bersama.Biarpun kami sekolah yang berlainan tapi hubungan tak putus.Ija sampai sekarang boleh ingat kenangan masa zaman kitaorang kecik dulu,yang mana ada gak yang aku dah lupa.Antara kenangan yang Ija tak boleh lupa bila aku paksa Ija dan beberapa kawan yang lain dengar aku menyanyi hahahaha,nasiblah korang time tu.Minat aku pada nyanyian dari kecik dan aku pernah menyanyi di majlis perkahwinan sepupu aku .Nak tahu apa terjadi,aku punyalah jerit kat microphone sampai bingit telinga orang kampung hehehehe.Aku masa tu mana ler tahu kan baru 8 atau 9 tahun jerk time tu.Pepagi nak gi sekolah aku akan panggil Ija dari bawah ajak jalan sama-sama gi tunggu trak tentera yang dok antar anak-anak tentera sekolah.Kuarters tu 4 tingkat,Ija dok tingkat 1 aku lak tingkat 2.Bila mengaji Quran waktu malam kitaorang gi mengaji kat umah Cik Mah di tingkat 4.Oleh kerana lampu kat tangga kuarters tu kejap nyala kejap tidak maka memang aku dan Ija yang penakut ya amat,akan berlari turun tangga macam kena kejar hinggakan sekali langkah 2 atau 3 mata tangga pun dah tak perasan.Bila aku habis belajar komputer dan masa tu belum bekerja,Ija call dan ajak kerja sekali kebetulan kat opis ada vacancy untuk kerani.Macam tak boleh berpisah kan hmm dah keje sekali tahu aja lah.Semasa kerja di situ lah aku kenal dengan Kak Ah atau nama penuhnya Muzakarah.Selain memang terer masak,Kak Ah seorang kawan yang sentiasa ada disisi ketika susah dan senang.Kak Ah ni orang Kuala Sala kat Alot Star jadi masa kerja kat Sungai Petani dorang dok rumah yang company sewa wat hostel.Yang dok hostel lak tak ramai,masa aku belum ikut mak dan abah pindah ke Nilai,mmg hostel tu ler tempat aku melepak sebab aku tinggal sorang jer kat rumah sendiri.Yang aku suka sangat bila aku hari aku nak gi hostel tu Kak Ah mesti masak apa yang aku suka hehehe untungnya ada kawan camni kan.Ada pernah sekali aku demam teruk dan kebetulan aku kat hostel,Kak Ah dan Ija yang jaga aku.Sesuatu yang takan aku lupakan,tatkala aku jauh dari keluarga aku beruntung ada kawan seperti Ija dan Kak Ah.Sekarang ni hanya telefon jadi penghubung kami.Kalo dengan Kak Ah atau Ija aku tak suka guna email sebab aku nak dengar suara mereka berdua.Keakraban kami sehingga pernah beli kain pasang yang corak sama cuma kaler jer lain punyalah nak sedondon.
Insyallah ada masa terluang nanti aku nak balik Kedah jumpa 2 sahabat aku nih rindu tahap gaban kat dorang.Kalo dah berjumpa alamat kecohlah rumah Ija.Suami Ija pun dah cukup faham bila kami bertiga,dia kena beralah ler sikit bagi laluan pada 3 sahabat nih.yang pasti kitaorang pasti akan bermalam di rumah Ija,masak dan makan bersama.Oleh kerana hanya aku dan Kak Ah yang masih single kan,adakala Ija tu teringin nak ikut bila aku dgn Kak Ah pergi berjalan kadang-kadang siap suruh kitaorang yang beritahu hubby dia hehehe.Aku dgn Kak Ah kadang-kadang tu saja jerk menyakat,Eh mana boleh dah kahwin kena ikut hubby hehehehe.Ija pernah datang Nilai tapi Kak Ah yang bz ngalah manager dia ntah bila ler nak sampai.Aku tak kira kali aku nak paksa gak Kak Ah datang Nilai.Nak paksa Ija tu susah ler sikit kan.Baby Ija yang baru pun aku belum tengok,aku dah suruh Ija email gambar baby tapi Ija kata dia tak mo email,dia suruh aku balik Kedah.Hmm camtu yer,takpa kalo dah confirm bila aku leh balik,siap ler.Aku nak list out pada Kak Ah apa yang aku nak makan hehehe.Kat Ija lak kena cari rebung sungai yang belum jeruk tu wat kari dgn daging heehehehe.Dorang selalu cakap nak apa pun beritahu awal-awal kan.Sayang korang berdua.......rindu nyer bilalah boleh terubat.

Alam Ghaib

Semasa tengah tengok siri Bersamamu TV3 semalam,tetiba adik aku call beritahu suruh tengok siri baru kat TV3,Misteri Alam Ghaib pukul 10.00 malam.Adik aku kata Ustaz Sharhan dalam siri tu.Dalam siri tu Ustaz Sharhan dijemput ke Kinabatangan,Sabah untuk memberi tunjuk ajar cara perubatan Islam.Dan kebetulan semasa seminar yang diadakan Ustaz telah memanggil beberapa orang peserta secara sukarela untuk tampil duduk di kerusi yang disediakan.Ustaz Sharhan berkata tujuan nya hanya untuk mengimbas tu dgn bacaan ayat-ayat Quran dan sekiranya dalam tubuh peserta tu ada jin atau makhlus halus maka orang tu akan memberi tindak balas.Wah berdebar gak nih.Makin excited lak aku dibuatnya.Tak sampai 5 minit beberapa ayat dibacakan oleh Ustaz,dua orang peserta yang kebetulan suami isteri memberi tindak balas bila dengan sendirinya tubuh bergegar dan mengeluarkan suara yang garau dan isterinya pula adakalanya menjerit.Bila ustaz bertanya,dgn suara yang garau peserta lelaki tu menjawab beberapa soalan yang ustaz tanya.Ustaz menyuruh pembantunya mengazankan peserta lelaki tu dan seperti kesakitan beliau menjerit minta supaya berhenti tapi azan tetap diteruskan.Kemudian Ustaz memberhentikan bacaan ayat-ayat dan seterusnya berkata pada semua peserta bahawa beliau akan mengubati 2 orang peserta ini kemudian.Menurut Ustaz apa yang ada dalam tubuh peserta itu merupakan saka yang cuba diturunkan dari nenek moyang pasangan terbabit.Setelah sedar,peserta terbabit yang juga pasangan suami isteri memberitahu memang ada terjadi perkara yang pelik pada mereka sehari sebelum mengikuti seminar ustaz tu.Semasa sessi Ustaz Sharhan mengubati dan memaksa jin yang berada dalam tubuh pasangan terbabit,aku terpaku seketika bila melihat kekuatan luarbiasa isteri peserta lelaki tu,hingga pembantu ustaz hampir terjatuh ketika isteri lelaki tersebut meronta ketika azan dilaungkan ke telinga beliau.Itu si isteri tapi jin yang berada dalam tubuh si suami lak berdegil tidak mahu meninggalkan tubuh lelaki terbabit hingga Ustaz menyapu kan air yang telah dibaca ayat suci Al-Quran.Umpama tubuh disimbah air panas begitulah reaksi si suami tu tadi.Masa aku kecik dulu aku pernah tengok orang yang dirasuk dan ketika aku bekerja di Sungai Petani sebagai penyelia di bahagian pengeluaran,beberapa orang operator aku dirasuk kerana salah sorang operator aku rupa-rupanya tidak mahu menerima saka yang hendak diturunkan padanya.Aku tak pernah tahu sehingga terjadinya histeria kat line aku.Masa tu aku gelabah gak,nasib baik adik angkat aku yang merupakan bekas pelajar sekolah agama tahu ayat-ayat untuk menyembuhkan dorang.Dorang beritahu nampak satu lembaga besar hitam disebalik kotak-kotak yang susah siap disusun untuk dihantar ke store.Semasa dorang dirasuk tu,M tersenyum gembira dan ketawa.Rupa-rupanya tubuh M telah dirasuki saka keturunannya.Merasa ler aku kekuatan luarbiasa ketika dorang dirasuk,pergelangan tangan aku sakit amat akibat dicengkam kuat dan adik angkat aku sedaya upaya meminta aku jgn memandang tepat pada mata M.M pengsan setelah apa yang merasuki tubuhnya keluar.Satu pengalaman yang tidak pernah aku lupa.Aku sendiri pun tak tahu kemana M sekarang ni.Selepas peristiwa tu M berhenti kerja.Menurut rakan M,kemana pun M pergi dia tetap diganggu selagi tak menerima saka tersebut.M pernah cakap dengan aku biar dia mati sekalipun dia takan berjanji dengan syaitan.Menerima saka umpama membuat perjanjian dengan jin atau syaitan.Syirik mempercayai selain dari Allah.M yang juga adik angkat aku menghilangkan diri selepas peristiwa tu.Aku cuba cari tapi hingga hari ini aku tak tahu ke mana M pergi.Sudah 13 tahun berlalu dan apa yang aku harapkan M dapat hidup seperti orang lain,tidak lagi diganggu saka nenek moyangnya.Hmm so jangan ketinggalan tengok siri Misteri Alam Ghaib setiap Rabu jam 10 malam di TV3 .

Wednesday, May 26, 2010

Jenazah yang istimewa dan dirahmati

Aku dapat citer ni dari email sorang kawan, Mari kita hayati kisah ini sama-sama… Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar
Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia . Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau. Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama. Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama. Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah! Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan l ain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian. Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat! Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita. Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah! Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam ‘freezer’ (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu. Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini. Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi. "Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M. "Hello, ustaz M ye?"… satu suara bertanya. "Ya, ustaz M bercakap". "Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?", sang suara meminta kepastian. "Imam…imam. …yanng mana satu….ermm. .oh…ya. .ya..ingat. .ingat… ", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya. "Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas. "Ok..ok…, sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ", balas ustaz M. Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari ‘pending’. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya. Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi l ain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah ‘prosedur’ yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar. Bismillahir Rohmaanir Rohiim…… Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik ’stretcher ‘ peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. .. Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh? Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling. Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku…terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan "ALLAH"! Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan l ain yang keluar dari mulut mereka mel ain kan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku. Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan ?…. Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya. Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah sel ain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan l ain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT
Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat. Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu l ain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ram ain ya, puji beliau. Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita. Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur . Masa tu, hari Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah. Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini. Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .". Tiba-tiba imam ini terdiam…. Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya. Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya. Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib. Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan l ain yang boleh diucapkan selepas itu mel ain kan, "Innalillahi w ain na Ilaihi roojiuun…" . Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini. Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan… Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini. Sebaik k ain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?… . Ya, Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah l ain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M… Subhanallah! Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ; "Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah…Ya Allah..Ya Allah……. ……" Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga! SUBHANALLAH! SUBHANALLAH! Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam l ain , agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa! Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi. Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir. Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir. Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan l ain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut. Wallahua’lam. "Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam" yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut: [101] "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".

Alhamdulillah

Semalam merupakan hari yang aku sama sekali tak sangka akan dapat kenaikan gaji berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.Bila boss bagi slip increment pun dalam hati bertanya eh biasa dapat slip increment yg bersaiz A4 knp kali ni dapat surat biasa jerk.Bila aku dah buka hmm baru aku tahu kenapa rupanya pertukaran jawatan dari Clerk ker Sales Coordinator dan sebab tu aku dapat kenaikan yang berbeza dari sebelum ni.Syukur alhamdulillah,rezeki yang aku tak duga sama sekali.
Orang pertama yang aku beritahu tentu sekali Mak dan Abah.Mak tetiba menitis airmata sebab suka.Ini rezeki yang Allah bagi untuk Kak Long kata abah dalam nada sebak.Biarpun tak sebesar mana yang dapat aku bagi pada mak dan abah tapi kegembiraan mereka jadi keutamaan aku.Selain keluarga aku nak ucapkan terima kasih pada kenkawan opis yang best giler terutamanya Noni yg selalu cover kerja akak bila akak cuti atau mc,Huda,Devi,Kak Sal,Tung dan ramai yang tak dapat aku list kan sini.Tak lupa juga pada Kak Ja yang selalu jadi tempat Eida ngadu hal dan akak yang paling best dan selalu doakan Eida.
Dah macam ucapan dapat anugerah bintang popular lak kan hehehe,nak wat camner akak gembira gitu.Allo ucapan akak belum abis lagi ok,last sekali pada boss akak ler kan Mr.Tagaya dan Mr.Kikuchi.
Kot tak dapat pegang anugerah bintang popular dan berucap atas stage (berangan tak hingat) dapat berucap dalam blog sendiri pun jadilah.

Tuesday, May 25, 2010

Kerana cuai,nyawa melayang

Ini kisah benar yang aku nak citer.Akibat kecuaian seorang yang bergelar doktor,satu nyawa tidak dapat diselamatkan.Kisah ni berlaku minggu lepas.3 orang anggota pasukan beruniform ni kemalangan pada jam 11.00 pagi dan terus dibawa ke unit kecemasan di salah sebuah hospital kerajaan yang agak baru dan moden dari segi kemudahan.Selepas x-ray ,ketiga-tiga disuruh pulang ke rumah sedangkan salah sorang anggota tersebut kulit di bahagian perutnya luka.3 anggota ini pulang ke kuarter mereka dan semasa dirumah,mereka ada mengalami simptom sesak nafas dan sakit badan.Dalam pukul 8.oo malam,ada panggilan dari Hospital tersebut meminta ketiga-tiga mangsa kemalangan ini segera ke hospital atas arahan seorang doktor pakar yang meneliti gambar x-ray mangsa kemalangan ini.Salah sorang anggota terus dimasukkan ke unit ICU dan menurut doktor pakar tersebut mangsa mengalami pendarahan dalaman dan sepatutnya harus dibedah semasa dia mula-mula membuat pemeriksaan selepas kemalangan.Doktor pakar tu mengesahkan hati beliau pecah dan 5 pain darah dimasukkan untuk menyelamatkan beliau.Akhirnya beliau koma dan menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.00 malam tu juga.Doktor pakar tersebut menegur doktor unit kecemasan ini di depan rakan-rakan yang lain kerana kecuaian doktor unit kecemasan tu satu nyawa melayang dan mengikut prosedur setiap mangsa kemalangan mesti dimasukkan ke wad selama 24 jam untuk pemerhatian.Rakan mangsa yang meninggal dunia tu pula salah sorangnya didapati patah tulang rusuk dan sorang lagi tidak mengalami kecederaan yang parah.Mangsa yang meninggal dunia baru berusia 28tahun.Keluarga mangsa yang datang dari Johor turut berduka cita dgn keadaan yang berlaku.Aku dah banyak dengar cerita begini berlaku di hospital kerajaan.Nasib baik masa abah aku dimasukkan di hospital yang sama tak da sebarang kejadian yang tak diingini berlaku. Yang menjadi persoalan aku doktor di unit kecemasan tu doktor baru ker atau doktor pelatih ker.Ish gerun lak memikirkan nasib orang lain yang kemalangan atau apa-apa saja kecemasan.Jadi sebab tu orang takut nak pergi hospital kerajaan tapi bagi yang tak mampu terpaksa berdepan dgn risiko begini.

Tanda-tanda kena sihir

Susah nak percaya tapi memang terjadi sampai ke hari ini,ada lagi segelintir manusia yang sanggup berbuat apa saja kerana dendam,kerana marah.Ada yang disihirkan sehingga meninggal dunia.Mungkin orang tu terlepas hukuman dunia tapi kena beringat Allah maha mengetahui segalanya.Kadang-kadang kita juga lupa jangan mudah menyakiti hati orang lain.Mungkin cara kita bercakap,perbuatan menimbulkan rasa dendam pada orang.Hati manusia sukar diduga kadang-kadang orang yang tidak disangka tu berdendam.Ada yang kena santau,ada yang diganggu makhluk halus ni.So aku nak kongsi antara tanda-tanda terkena sihir

-TANDA PADA WAKTU TIDUR

  1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusahpayah.
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta,ular, singa, serigala atau tikus.
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
  9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yangmengerikan.
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  13. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

  1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya

Monday, May 24, 2010

14 kuasa hebat Teh

Anda pengemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-
1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.
2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.
3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%
4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E
5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.
6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.
7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan
8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.
9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.
10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.
11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.
12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.
13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.
14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser

Ko bila lagi ....??????

Tak lama lagi cuti sekolah,kalo dah cuti sekolah dah tentu banyak kenduri kahwin.Kat rumah dah ada beberapa kad jemputan,itu belum kira sedara mara yang call dari Kedah menjemput ke majlis perkahwinan.Masa abah bawa balik kad jemputan,mak terus cakap hmm asyik pergi kenduri orang jerlah,kenduri rumah kita ni ntah bila ler pulak.Adooi ni yang malas ni,cepat-cepat aku gi wat keje lain. Kadang-kadang tu bila sedara mara wat kenduri kahwin aku yang malas nak balik tu bukannya apa,setiap kali balik mesti soalan cepu emas keluar" Eida ko bila lagi ??????".Bukan setakat tak sanggup dan tak kuasa aku nak jawab.Bak kata Pak Teh aku,soalan bila nak kahwin nih bukan boleh tanya pada orang perempuan sebab bukan perempuan yang meminang lelaki.Wah cayalah Pak Teh,sib baik Pak Teh aku support so tak der penat aku menjawab hehehe.Kalo aku jawab tak der sesapa,ada lak yang nak jodohkan aku dgn org itu ,dgn org inilah hmm bahaya jugak.Ada sekali siap kena perli aku ni nak tunggu anak raja mana lagi,amboi laser betul mulut tapi aku tak marah,senyum jerk dlm hati berdentum-dentam gak. Aku pun macam orang lain jugak ingin ada keluarga sendiri tapi kita tak boleh menolak ketentuan Allah.Sejauh mana kita berusaha pun takdir tetap bukan ditangan kita kan.Kadang-kadang kita bercinta bagai nak rak ngalahkan filem Hindi pun kalo jodoh kita bukan dgn orang tu tak jadi juga.Ha salah sapa tu.Nak kata memilih ish memang ler kena pilih takan sesuka hati jer nak terima orang kan.Bukan nak idup sehari dua dgn orang tu sepanjang hayat. Mulut orang biasalah takan dapat kita tutup,biarlah penat nanti dorang diamlah.Janji aku hepi dengan hidup aku yang dikelilingi oleh kenkawan yang very the understanding hehehe,family aku.Cik Sham kawan baik aku selalu tanya Cik Da ni tak jumpa lagi ker calon-calon yang sesuai.Amboi soalan, jawapan aku memang selalu jumpa yang tak sesuai tu lah masalah nyer hehehe.Bila ada yang sesuai lak selalu nyer tak der jodoh ada jerk halangan ha nak wat camner kan. Aku tak malu mengaku umur aku dah 36 tahun.4 tahun lagi dah nak masuk 40an.Dalam hati tu dok berhasrat gak nak amik anak angkat tapi bukan mudah.Dari baby tu dibuang merata baik ler dorang beri pada aku kan.Baby tu tak berdosa,umpama kain putih,kitalah yang mencorak kehidupan dia.

Wednesday, May 19, 2010

Kejamnya

Masyallah apa yang terjadi bila berita memaparkan sepasang remaja mengaku salah menanam bayi yang baru dilahirkan.Sedih aku memang sedih.Jika bayi tu masih hidup ketika dilahirkan tak tergambar dalam kotak fikiran aku seksanya bayi yang tak berdosa ditanam hidup-hidup seperti zaman jahilliah. Ibu bayi itu, seorang remaja berusia 15 tahun dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru mengaku bersalah secara bersama-sama menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dan mengebumikannya di tepi sebatang sungai dekat Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini. Kedua-dua mereka yang bertubuh kecil dituduh melakukan kesalahan itu di antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 12 Mei lalu. Mereka yang tidak diwakili peguam bela didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Majistret Muhammad Faizal Ismail menetapkan 17 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman dan fakta kes sementara menunggu laporan akhlak kedua-dua tertuduh dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri. Beliau juga membenarkan pasangan remaja itu masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latif menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh. Muhammad Safiuddin memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan yang ditawarkan dengan alasan dia masih belajar dan sedia untuk berubah. ''Saya mohon diberi peluang kedua. Saya akan berubah dan ingin meneruskan pelajaran,'' katanya. Teman wanitanya yang kelihatan menggigil ketika di mahkamah memakai dua lapis baju T, stokin dan berselipar juga memberi alasan sama iaitu masih belajar. ''Ibu saya juga merupakan ibu tunggal selain adik-adik lain juga masih sekolah,'' katanya. Kedua-dua tertuduh kemudian dibebaskan selepas dijamin oleh ibu masing-masing. Muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan pasangan remaja tersebut yang bertindak menyembunyikan kelahiran anak mereka dengan cara menanamnya di tebing Sungai Melaka di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini pada Rabu lalu. Kejadian itu mula disedari oleh ibu kepada remaja perempuan terbabit yang terkejut apabila mendapati anaknya itu dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan. Sebaik sahaja disahkan anaknya baru melahirkan seorang bayi, ibu berusia 30-an itu kemudian membuat laporan polis sebelum polis berjaya menahan remaja lelaki terbabit.

Sanggul Arab. Is it HARAM

Pepagi ni aku dapat satu email dari sorang rakan berkenaan trend pakai tudung syria dgn sanggul tinggi skrg ni.Rakan aku ni dapat sumber ni dari blog Phat Diva Mama.Memang kebanyakan selebriti mahupun bukan selebriti dah mula pakai tudung syria ni.So aku nak share ler email dari rakan tentang sanggul Arab ni...
It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.
Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:Quote:: " akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat"- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda: Quote:: "dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini" –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212- I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.

Tuesday, May 18, 2010

Berwajah Baru

Apa yang berwajah baru tu hehehe bukan rupa aku.Rupa aku takan berubah,kot nak berubah dari gemuksss ke kurus ler kot (ntah bila ler tu).Yang akan berwajah baru tu kete kesayangan aku ler.Kete aku ni Saga lama dan cat kete aku ni mengelupas macam proses pengelupasan pakai produk pemutihan wajah gitu.Kalo orang perli kete aku buruk,ada aku kisah yag penting aku tetap bangga dengan kete aku yang mak aku gelar Ferrari sebab kat Nilai ni mana ada orang lain pakai kete mengelupas nih.Mengelupas-mengelupas pun aku tetap antar gi cuci kat kedai tau siap vacuum lagik cuma tak leh le suh dorang polish takut luka jari kang,ha aku lak kena tanggung kos gi klinik hehehe.Kebetulan lak ada rezeki lebih sikit maka aku akan laburkan untuk cat kete aku,siap nak tukar spring dan absorber serta menambah aksesori yang seantero dan bersesuaianlah kan.Tak sabar rasanya nak tengok wajah baru Saga aku nih.Pepagi abah dah cakap lepas cat ni gi cuci kedai bolehlah dorang polish hehehehehe.

Monday, May 17, 2010

Gayat

Video dah lama sebenarnya tapi masa tu aku ni belum pandai berblog kan.Masa ni Azim anak buah aku baru jer boleh jalan dan aku dan family bawa gi Alamanda Putrajaya.Punyalah seronok Azim berjalan tapi yang kelakar tu bila Azim rasa gayat nak tengok bawah,jauh jer sampai menyenget Azim control badan dia kononnya takut jatuh padahal ada pagar tapi yelah masa tu Azim baru 12bulan manalah dia tahu.Untungnyer zaman sekarang kan semua boleh rakam hmm gelagat bebudak ni kdg-kdg melucukan.

Lagi kes dera bayi

Semalam semasa tengok Buletin utama,aku terkejut lagi dengan berita bayi yang baru berusia 8 bulan meninggal dunia selepas sehari koma.Ya Allah kenapa masih ada manusia yang tak berhati perut ni.Apalah bayi yang seusia 8 bulan tu tahu.Tak tergambar dalam fikiran aku kesakitan yang dialami bayi tu semasa didera.Mak yang turut sama tengok berita tv terus mengalirkan airmata.Abah pulak mengelengkan kepala lalu berkata binatang pun tahu sayangkan anak.Ini bukan manusia tapi syaitan bertopengkan manusia.Apa nak jadi dengan hati manusia sekarang.Ada yang buang bayi,ada yang dera dan paling pedih bila terdengar kes-kes rogol dan liwat bayi dan kanak-kanak.Adik Sharlinie yang masih belum dijumpai sehingga hari ni entah dimana.Pembunuh kejam adik Nurin masih bebas.Rasanya tahun ni dah beberapa kes dera berlaku.Macam berjangkit pulak lepas satu kes ada lagi satu kes.Ini kesukaran yang dihadapi ibu-bapa sekarang ni.Kalau tak bekerja,pendapatan tak mencukupi,bila bekerja dan hantar anak pada orang lain untuk dijaga lain pula jadinya,anak pula didera.Nak kata pusat asuhan kanak-kanak lebih baik pun belum tentu juga,sebab anak jiran aku yang berusia 12bulan,lebam di sekitar mata bila pusat asuhan mengatakan anak jiran terjatuh tangga.Hmm macam mana tu.Pasti ada cara terbaik untuk menangani masalah ni kan.Berhati-hati memilih penjaga anak-anak.Beringat sebelum terjadi..sesuatu yang buruk.

Friday, May 14, 2010

Susuk

Minggu lepas semasa berborak dengan adik ipar,terkeluar citer tentang susuk.Kata adik ipar aku dia tengok siri Al-Kuliyyah TV3 tajuk Susuk.Tetamu jemputan adalah salah sorang Ustaz yang memang menjalankan rawatan secara Islam iaitu Ustaz Sharhan Shafie.Semasa rancangan tu ke udara ada sorang perempun yang hadir di studio dengan rela hati dan berani tampil minta ustaz Sharhan keluarkan susuk berlian dari mukanya.Menurut kata adik ipar aku,wanita tersebut tak sanggup lagi berdepan dgn keadaan sering diganggu dan mimpi ngeri setiap malam.Menurut Ustaz setiap susuk ada penunggu.Rugi betul aku tak tengok masa tu.Adik ipar aku suh aku tengok kat web TV3,maka aku pun tak lepas peluang tengok kat web TV3 .Dari info yang aku perolehi dari web tu aku pun apalagi google ler cari website ustaz ni.so nak tahu lebih lanjut tentang rawatan cara Islam boleh ler jenguk web Pusat Rawatan Sinar Zamdurrani




Danny & Oren

Oren manja tido sebelah Azim


Family aku semua suka kucing kecuali adik ipar aku yang sememangnya takut dgn kucing.Silih berganti kucing aku bela.Ada yang hilang dan ada yang mati.Pernah kami satu keluarga turut bersedih bila kucing yang kitaorang bela dari kecik mati.Aku lak masa tu boleh pergi kerja pun tetiba menangis bila teringat.Kucing kesayangan aku Oren tetiba hilang pada bulan March ari tu.Aku punyalah rindu sampai termimpikan Oren.Hari-hari aku tengok gambar Oren dalam hp aku.Mmg Oren paling rapat dengan aku,kdg-kdg Oren tido dgn aku.Setiap hari Oren akan geselkan hidung dia kat ibu jari kaki aku.Kadang bila aku tertido kat ruang tamu Oren akan datang dan baring sebelah aku kemudian tangan Oren akan pegang aku.Tetiba bergenang airmata bila teringat pada Oren.Rindu sangat....aku melayan Oren umpama ahli keluarga dan setiap kali aku balik kerja,kalau Oren sedang jenjalan kat sekitar rumah jiran dia akan berlari balik.Mak aku akan cakap ha Oren tu mak ko dah balik kerja,nak mengadu ler tu.Banyak kenangan aku dgn Oren yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.Biarpun Oren yang kini hilang dari pandangan mata dan aku tak tahu dia masih hidup atau telah tiada aku berpuas hati telah menjaga Oren dgn sebaik mungkin.



Danny

Yang tinggal sekarang hanya Danny.Danny ni asalnya kucing kawan adik aku Shila.Masa gi beraya rumah kawan Shila tu,mak kawan Shila kata nak buang Danny sebab salah sorang anak dia tak suka kucing.Pertama kali tengok Danny atau nama sebenarnya Teleng,Shila dan mak aku dah berkenan.Mana tak nya Danny ni kucing kacukan Parsi dan tempatan,gebu ko.Apalagi mak terus minta untuk bela,yelah dari buang dia kan.Masa balik naik kete,diam jerk dia,ish bagus betul.Anak buah aku dah geram tgk si Danny nih.

Bila sampai kat rumah maka nama asalnya telah ditukar dari Teleng kepada Danny.So sampai sekarang Danny masih ada kat rumah.Danny paling gemar tido atas katil maklumlah tilam empuk.Bab makan jgn cakaplah kan sambil dia duduk pun dia boleh makan.



Walaupun aku tetap akan rindu pada Oren tapi kehadiran Danny macam jadi penawar.Baik Danny atau Oren ada keistimewaan tersendiri.

Thursday, May 13, 2010

Tahniah Skuad Piala Thomas

Syukur,aksi Hafiz selepas berjaya membawa Malaysia ke Separuh akhir




Semalam memang perlawanan yang cukup mendebarkan bila pasukan Malaysia mesti menang untuk ke Separuh akhir.Setelah menang 2 game,hati aku berdebar bila melihat gandingan baru diturunkan untuk menentang beregu Denmark yg menduduki ranking ke 6 dunia.Tahniah buat Zakry Latif dan How yang berjuang habis-habisan biarpun kalah namun semangat mereka berdua patut dipuji.Bangga melihat mereka.Kerisauan mula menapak di hati takut Hafiz mengulangi prestasi ketika menentang Jepun.Sebaik perlawanan bermula dan mata demi mata diperolehi,semangat aku bangkit juga dan dalam hati cakap ya ini Hafiz Hashim yang aku nak lihat.Aku dan adik aku Shila gembira bila team Malaysia menang dan melangkah ke separuh akhir biarpun akan melalui laluan sukar bila akan bertemu China.Tiada apa yang mustahil janji berjuang habis-habisan.Doa dan sokongan rakyat Malaysia sentiasa bersama skuad negara.

Wednesday, May 12, 2010

Gemuruh Jiwa,Semangat Membara-

Ha kalo tengok tajuk sesapa yang minat Superman Malaysia mesti tahu ni lirik lagu dia kan.Aku memang minat gilos dgn si Faizal Tahir nih.Biarpun pernah ada kontroversi sikit dulu tapi itu takan merubah minat aku pada suaranya yang mantops.Okeh-okeh aku letak tajuk ni sebab semangat aku tengok perlawanan badminton Piala Thomas semalam antara Malaysia lawan Jepun.Masa Datuk Lee Chong Wei menang tu huh mmg aku suka gilos sampai adik aku cakap bawa bersabar hehehe.Penentuan Juara kumpulan kan so aku lak yang over excited nih.Shila yang baru baik demam pun bersemangat jugak bila mata demi mata diperolehi oleh beregu pertama negara,girang hati aku tetapi cewah ada tapi tu bila Wong Choon Han main nak tak nak aku mula ler nak naik hangin.Abih dah kalo pemain pro berlawan cam aku main badminton sapa tak hangin.Adoii,Shila dah tak sanggup tengok bila Wong Choon Han kalah,aku pun terus tukar channel tv tapi kerana semangat yang membara tukar balik channel tup-tup tgk dah turn Hafiz dan paling tak best kedudukan dah 2 sama.Oh tidak......gemuruh gak jiwa aku ngalah kan atlet bertanding lak aih.Seawal permainan Shila kata naper la si Hafiz ni main cam tak semangat jerk.Geram lak aku nengok,bila set kedua baru Hafiz agresif sikit tapi bila set penentuan,adooi naper lah dgn ko Hafiz Hashim,bagi point dan wat kesilapan pada pihak lawan.Frust giler bila kalah pada Jepun ,satu pasukan yang patutnya Malaysia boleh atasi.Dah macam pengulas sukan lak aku hari ni.Aku cakap dengan Shila nasib baik Kak Long tak gi stadium kalo tak mau Kak long pekik kat Hafiz tu hehehe(berani ker).
Petang ni Malaysia akan bertemu Denmark pada perlawanan suku akhir dan nak tengok pun aku takut sebab kalo dgn Jepun kalah tak tahulah nasib kalo dgn Denmark.Haraplah pemain Malaysia tingkatkan semangat dan bermain bersungguh-sungguh.

Thursday, May 6, 2010

Moga rohnya dicucuri rahmat

Petang semalam lepas aku balik kerja,kami sekeluarga dikejutkan dgn berita Pak Long Mat Noor,sudah 3 hari koma akibat stroke di Hospital Sultan Abdul Halim,Sungai Petani.Pak Long ni abg tiri abah.Semasa arwah tok wan  aku berkahwin dgn atok  aku dulu,atok aku dah ada sorang anak lelaki,iaitu Pak Long aku ni lah .Abah bertanya juga kenapa setelah 3 hari baru kami dimaklumkan perkara ini.Adik aku Izad cuba call satu-satunya anak Pak Long ,Abg Lan tapi usaha kami gagal.Ini perkara serius,aku dan Izad ambil keputusan kita kena pergi cari abg Lan kat Sungai Besi.Dalam hati aku terfikir gak mudah ker nak mencari rumah abg Lan.Ya Allah permudahkan usaha kami.



Lepas Maghrib,aku,Izad,abah dan mak bergegas ke Sungai Besi area kampung Malaysia Tambahan dulu untuk cari Flat tempat abg Lan tinggal.Sampai kat sana alamak da banyak flat kat sini.Yang bermain di fikiran aku,abg Lan pernah beritahu rumah baru dia tu,ada parking lot dan abah ingat abg Lan pernah beritahu ada 3 tingkat parking lot.



Mula tu kami salah terjah ke Flat PPRT dan bila bertanya orang disitu tiada siapa mengenali abg Lan.Izad berpusing semula ke Flat yang mula kita orang jumpa tadi yang sememangnya da parking lot 3 tingkat.Setiap orang yang kami nampak,kami bertanya,malangnya tiada yang mengenali abg Lan.Semasa dalam Lif untuk mencari Abg Lan ,abah ada bertanya pada bebudak remaja perempuan yang ada dlm lif tu,dorang pun tak kenal dan bebudak remaja tu cadangkan kitaorg pergi ke tingkat 3,ada satu Surau untuk penduduk di situ.



Tak susah mencari surau yang terletak dekat dengan parking lot tu,abah dan Izad bertanya orang disitu dan sekali lagi tiada yang mengenali.Atas usaha imam surau tu,satu pengumuman melalui speaker surau dibuat meminta abg Lan datang ke surau.Nasib baik aku ingat nama penuh abg Lan iaitu Latta Affendi bin Mat Noor.



20 minit lepas pengumuman itu dibuat,aku perasan kelibat anak abg Lan ,Nabil datang ke surau lalu aku panggil.Memang betul tu Nabil,syukur padamu ya Allah kerana permudahkan usaha kami.Selepas berterima kasih dah bersalaman dgn org-org di surau ,kami sekeluarga ke rumah abg Lan di tingkat 5.



Sampai kat rumah aku tengok hanya Abg Lan dan anaknya Nabil jer yang tinggal lalu aku tanya mana isterinya.Kata abg Lan,Kak Sue balik berpantang di kampung kerana keguguran akibat terjatuh kat bilik air.Dah 4 bulan usia kandungan.Menurut abg Lan handphone beliau tertinggal di site kerja di Temerloh.Setelah berita disampaikan ternyata abg Lan kata patutlah dia tak sedap hati dan sememangnya beliau berniat untuk ke balik ke kampung hujung minggu ni.Abg Lan kata takpa esok pagi dia  akan pulang ke kampung.Hati kami sekeluarga lega sedikit sebab dah jumpa abg Lan dan dah sampaikan berita pada beliau.Abah dah call pada sedara di Kedah beritahu dah dapat cari Abg Lan.Aku rasa mcm cerita drama lak tapi ini realiti.



Tepat jam 12.45 malam,semasa aku tengah tidur,tetiba dengar suara adik aku yang sorang lagi Zali maklumkan pada abah,ada panggilan dari Kedah beritahu Pak Long Mat Noor telah meninggal dunia,inna lil lah wa inna lil lah hi rajiun.Setelah berbincang,hanya abah,Zali dan Izad yang akan pulang ke kampung memandangkan  adik aku kena ke rumah abg Lan untuk membawa beliau dan anaknya terus ke kampung.



Moda Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan beliau ditempatkan dengan orang-orang yang beriman .Amin...

Wednesday, May 5, 2010

Bergumbira di PD

Malam Sabtu lepas aku dan family gi PD.Ada pesta satu Malaysia kat situ.Nak dijadikan citer,petang Sabtu masa tengok berita RTM baru tahu ada pesta,siap bagitau artis yg akan wat show mlm tu.Mula tu malas nak ikut sebab aku tengah demam selsema.Mak dah tepon Izad ajak gi,pastu Izad kata wokeh sebab dah lama kitaorg tak gi PD.Adik ipar aku,Zana tak ikut so mmg bebetul kitaorg adik beradik,mak dan abah serta sapa lagi kalo tak si kecik Azim Haiqal.Mak berjaya memujuk aku gi juga.Dengan pantas aku bersiap ringkas jer,siap bawa nose inhaler,maklumlah kete adik aku tu,aircond ngalahkan aircond shopping mall punyala sejuk.


Masa keluar dari rumah gi ke kete Izad,Zalie tgh pakaikan Azim baju dan seluar.Izad kata Azim tak mo pakai baju masa kat rumah,adoii dah start ler tu perangai dia.Ntah apa Zalie cakap,nak pulak dia pakai baju.Hm aku dgn Shila pun puji lah sikit hmm ensem pun,terus dia tepuk tangan suka.


Singgah kat Petronas R&R Seremban jap,kebetulan ada jual karipap panas,abah gi beli,murah jer satu 60 sen besar gak karipap tu.Mak kata sedap,aku tak makan sangat sebab tengah demam selera kurang.Perjalanan diteruskan ker PD.


Memang seronok sekali sekala jalan dgn family ni.Bergelak ketawa bagai dengan gelagat Azim,yang bergoyang sakan bila dengar lagu dangdut kat radio hahahha biar betul anak buah aku nih.


Sampai kat PD,Herman Tino tengah perform,punyalah ramai manusia,tempat lapang pun boleh rasa panas.Aku berpeluh sakan,ha bagus gak kebah ler demam aku camni.Lepas kitaorang bergelak sakan dengar lawak jenaka Ali Mamak dan Abon,adoi sampai keluar airmata dan terbatuk-batuk aku dibuatnya.Bukan senang tau nak bagi org ketawa nih.


Masa salah sorang finalist Bintang Ai Minnal nyanyi,kitaorang round tapak pesta tu.Ternampak ler juga barang yang sama mcm aku jual kat online shop aku Precious Love Collection,harga hmm rasanya aku jual lagi murah kot hehehehe.


Tetiba Azim kata nak ampu nak ampu,rupanya dia nak permainan yg bertangkai pelbagai bentuk siap ada cahaya berkelip-kelip.Maksu jadi mangsa sekali lagi kena belikan Azim mainan.Yang kelakar adik aku Shila serba salah nak tanya penjual tu sebabnya penjual tu nyah dah tu Shila terfikir ish nak panggil akak ker abg ni hehehhe.Akhirnya Shila terus tanya berapa harga.Kitaorg pilih bentuk burung tengah terbang untuk Azim,pastu mak tanya kenapa sayap macam tak kembang.Dengan suara jantannya "Buka plastik baru sayap burung tu kembang" .aku punya menahan nak ketawa.Elok dah jauh sikit dari situ tak leh tahan lagik terus gelak.Ish tak baik aku nih tapi nak buat macam mana memang realiti kelakar kan.Gambar nanti aku upload.


12.00 malam baru kitaorang bergerak balik lepas konsert dah habis kemudian singgah kat R&R makan.Sampai rumah dah dekat pukul 1.30 pagi.Ngantuk giler.Enjoy gak  jalan-jalan kali ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...