Followers

Thursday, April 8, 2010

Refleksologi

Petang semalam aku balik awal sebab adik aku Shila dah call bagitahu dia balik lambat.Sampai jerk rumah,sorang lagik adik aku ajak gi makan kat luar memandangkan kat rumah pun x der mende nak dimakan,maka aku ok jer.Kalo bab makan memang tak tolaknyer lah hehehehe.Lebih kurang 8.15 malam,aku,Zalie dan mak kuar gi Restoran Malee kat Desa Cempaka.Abah tak ikut sebab dah kuar jumpa kawan kat Nilai.

Dalam perjalanan lagik aku dengan Zalie dah plan nak order apa sambil tu tanya pada mak juga.

Menu pilihan kitaorang semalam Ikan Siakap Kukus,Kailan Ikan Masin,Udang Goreng Tepung,Kerabu Mangga dan Tom Yam Campur.Memang sedap gilos......nasib baik ramai orang kat restoran maka aku makan dengan penuh sopan santun cuma tak der lah cam makan adap perantin lak .


Abis makan,kitaorang bergerak ke Retouch Beauty & Spa kat sebelah Allson Klana Bandar Baru Nilai.Tujuan ke situ bawa mak wat urutan refleksologi sebab dah hampir 2 minggu mak lenguh-lenguh badan dan kaki.Hari tu mak dengan abah gi urut badan kat tempat lain,tukang urutnyer orang Thailand,aku tengok ada kesan lebam akibat urut tu.Mak ada cakap sakit betul org Thailand tu urut.
Kalo kat Retouch ni lak tukang urutnya orang Cina yang memang terkenal dengan refleksologi ni.Adik aku tanya " Kaklong ko tak nak try ker ".Aku cakap nantilah dulu,aku ni jenis geli sikit maka aku takut gak kang ada yang terkena reflek balik iaitu tendangan Bruce Lee hehehehe.Takpa lenkali aku akan cuba setelah memantapkan diri menahan geli.




Masa urutan tu tempat-tempat yang ada masalah akan terasa sakit so mak ada masalah pada pundi kencing,tulang belakang,kepala.Mak kata memang betul pun memang tu tempat yang mak rasa sakit dan mak kata kenkadang mak ada masalah kencing tak lawas.Wah bagus betul lah dorang dah siap hafal point kat area tapak kaki tu.Aku ni tak pernah try agaknya kalo first time kena urut satu tapak kaki sumer sakit.Dalam sejam gak ler untuk kedua belah tapak kaki,betis,paha dan juga belakang mak yang memang ada masalah sikit.Akibat gi kat tempat urut Thailand tu,urat di paha mak lari sikit,patutlah mak rasa makin sakit.Mak kata dia serik nak gi kat Thailand Massage tu lagik.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...