Hari Ahad ,aku dah plan pepagi nak nak bawa anak buah aku yang sorang tu gi Alamanda,Putrajaya.Dah lama tak bawa Azim jenjalan so pagi aku gi rumah Izad dgn abah ambik Azim pastu balik rumah.Rumah Izad dgn rumah aku lebih kurang 10 minit jer.Shila kata nak pergi tengahari sikit dia nak iron baju keje dulu,kalo tak dah balik nanti penat dah tentu malas.Dalam pukul 12.00 tengahari aku,Shila,mak dan abah serta anak buah kesayangan aku si Azim Haiqal kuar dari rumah untuk ke Alamanda.Azim dah excited,padahal dia bukan tahu pun Alamanda tu apa yang dia tahu bila Maksu dan Maklong beritahu nanti pergi playground dan Toycity.Dengar bahasa pelatnya dia kata nak tengok kapal,alamak....
Ari tu adik aku bawa Azim gi pelabuhan Klang ada ler kapal kalo kat Putrajaya ni mana aku nak cari kapal.
Sampai Alamanda,pergh ramai betul macam ada pesta.Lunch dah tiba ,abah kata masuk Carrefour dulu nanti baru gi makan.Hm ok,ikut arahan abah.Masa dalam Carrefour aku dan Shila mcm biasa melayan si kecik ,mak dan abah lak dating ler berdua bukan selalu ma...
Dalam Carrefour aku tolak Azim yang berdiri dlm troley shopping tu pastu jari dia asyik tunjuk mainan "Nak car,nak car" jerit Azim.Maksu dia pujuk,kan baru beli car last week so dia diam jap.Aku tak banyak shopping hehehe budget shopping bulan ni kena cut sebab repair kete huh tahan jerk hati tu.Lepas kuar dari Carrefour terus masuk Toycity,Azim ketawa gembira hahaha mmglah ko gembira sebab kejap lagi duit Maklong dgn Maksu yag habis hehehe.Maksu lak saja jerk dengki tanya Azim ada duit ker nak beli mainan,tahu apa dia jwb Chu ada hah amik ko tanya lagi hehehe.Yang letih tu mainan yg dia tunjuk sumer RM 100++ mak aih taste tinggi betul ko nih.So tak jumpa mainan yang bersesuaian ,kitaorang terus gi food court untuk makan.On the way nak gi foodcourt tu singgah Baskin Robbin beli aiskrim tu Azim.Mula suap jer,Azim pejam mata sambil cakap ermm sedapnya,yolah mahu tak sodap aiskrim mahal kan.Sampai kat foodcourt tu dok fikir nak makan apa nih,pastu aku pilih untuk makan Claypot Chicken Porridge sebab boleh suap Azim sekali.Shila pilih Claypot Buttered Chicken Rice,abah dan mak makan asam laksa.Azim wat perangai,nih tentu dia dah penat dan nak tido nih,mmg yer pun nak suap makan tak nak,bagi susu pastu tetiba dia diam jerk dah tido rupanya,alamak x leh ler gi main kat playground Alamanda nih.Selesai makan,kitaorg bergerak ke MPH Bookstore beli apa aku nak panggil yerk ala gambar cam kadbod besar untuk kanak2 belajar tu.Kitaorang pilih pengenalan huruf Jawi,My Body dan A,B,C.
Azim tahu jugak beberapa perkataan bahasa Inggeris jadi dalam umur 2 tahun 7 bulan ni sesuai untuk dia mula belajar asas sesikit.Lepas kuar dari MPH ,kitaorg decide nak balik terus lagipun Azim tido.Dari baru lahir aku da gak tolong mak jaga Azim.Kalo Azim menangis nak ikut mmg hati aku tak tahan so susah mcm mana pun bawa juga cuma kalo tempat aku nak gi tu panas sgt cam Nilai 3 mmg ler aku tak bawa.Azim ni tgh lasak,kata abah baru sorang jer cucu mcm nak terbalik rumah.Petang tu masa kat rumah,aku dan Shila sekali lagi melayan karenah Azim yang tak mo mandi pulak,adooi naik mengah aku kejar dia.Puas pujuk,at last baru dia nak.Nasib baik masa pakai pampers dan pakai baju tak wat perangai.Sementara tunggu adik aku amik anak dia nih,maka Maklong dan Maksu pun jadi cikgu tadika nyanyi lagu ABC,siap goyang-goyang badan ler mcm Azim.Sib baik Azim ikut rentak kitaorang.Kira mood dah ok ler tu.Kalo mood x baik nyanyi puluh kali pun dia wat derk jer.Yang penting aku happy dapat layan anak buah aku gi jenjalan,kesian gak kat dia,asyik dok rumah jerk dah lah tak der kawan.Azim Haiqal,maklong sayang banget sama kamu...
August 16 Update
8 years ago
0 comments:
Post a Comment