Followers

Friday, April 2, 2010

Cita-cita yang belum tercapai

Hari ni pepagi aku dah kuar dari rumah.Sambil aku melenggang kangkung jalan dari car park ke opis dalam aku melayan fikiran yang tengah berserabut giler nih.Aku fikirkan kenapa pengorbanan aku sebagai seorang kakak selama ni yang banyak beralah demi adik-adik tak dihargai.Aku berkorban tidak melanjutkan pelajaran dan bekerja selepas SPM kerana adik-adik kerana keluarga aku susah.
Aku ingat lagi dengan gaji aku yang tak seberapa ketika itu aku dah mampu belikan perkakas sekolah adik-adik,aku pernah menjaga salah sorang adik di hospital.Aku ketepikan keperluan sendiri demi adik-adik.Aku dah puas menitiskan air mata kerana kata-kata sinis dan pedih dari adik-adik,pada aku biarlah dia masih mentah tapi keadaan sekarang berbeza mereka sudah boleh berfikir dengan matang.Aku tak pernah minta apa-apa cuma kenangkan saja pergorbanan aku sebagai seorang kakak.Opss tetiba mata aku berair lak,cepat-cepat aku lap dgn tisu kang tak pasal satu kantin kecoh lak nampak aku pepagi apa hal ler nangis nih.
Masa sarapan pagi kat opis memang seronok hati terhibur dapat berborak dengan kenkawan,pastu Pua sampai dengan beg besar ingatkan bawa bekal untuk lunch tapi Pua bawa alat solek wah rupa-rupanya ada juga yang minat nya sama dengan aku. Dah lama aku minat makeup orang ni.Masa aku mula bekerja kat salah satu shopping mall kat Sungai Petani lepas SPM aku dah mula minat makeup.Aku ingat lagi Supervisor aku masa tu Ms.Chua orgnya cantik,selalu jadi perhatian.Dari Ms.Chua aku mula belajar basic makeup.Dia lak tak kedekut ilmu.
Setelah aku bertukar kerja ke sebuah kilang di Bakar Arang Sungai Petani,hanya aku sorang jer kerani dalam opis tu yang pergi kerja dengan makeup,maka aku jadi perhatian.Glamer ler kejap cam artis lah pulak.Masa tu pulak aku belum bertudung.Kebetulan lak aku dealer Avon,satu kilang order kat aku alat solek siap minta ajar lagi cara nak pakai maskara,blusher dan lenlain tu.Dari situ datang lagi satu sumber rezeki yang aku tak jangka iaitu Mak Andam tapi bukan tahap professional ler sebab belum ada sijil kan.
Bila ada orang majlis perkahwinan,pertunangan atau dinner maka ada job untuk aku.Merata ceruk kampung aku gi.Kat kilang aku dulu ada makcik-makcik yang anaknya nak bertunang atau kahwin siap booking aku awal-awal untuk makeup dan aku juga wat gubahan hantaran.Bila dah berpindah ke Nilai,aku dah tak wat job andam ni lagik just make up diri sendiri or kenkawan jer.
Ini cita-cita yang belum tercapai,insyallah aku harap impian aku yang satu ni akan terlaksana.Untuk sampai tahap itu aku sekarang ni tengah mengumpul duit untuk gi kursus solekan dari basic hingga ke make up pengantin.Kos untuk belajar pun bukan murah sekarang ni tapi berbaloi kalo amik course dengan make up artis.Sekurang-kurangnya ada sijil untuk bergelar professional .Ada beberapa make up artis yang aku admire macam Saidatul Nisa,Nurul Shukor,Readzul dan beberapa orang lagi. Bab produk yang berjenama yang aku suka tentu sekali M.A.C,Bobbi Brown,Shu Uemura,Kryolan.Kalo produk yang biasa-biasa ni Cosway,Avon,Maybelline,Secret dan berbagai lagi lah.

2 comments:

Noni@Anne said...

kak eida, dulu saya pun byk korban wang dan tenaga untuk family especially adik saya Sha. Tapi korban untuk adik dah stop sejak saya kawen. Akak pun jgn terlalu lebihkan adik, sebab diorang dah besar, akak kena lebihkan diri sendiri dan mak&ayah.Jgn abaikan keperluan sendiri skang ni. Cita2 akak tu bagus dan memang berbakat, jadi usahakan sampai berjaya...insyaallah.

Eida said...

Thanks Noni,sib baik lah ada kenkawan selalu bagi support.Yup tengah gigih berusaha.Mana tau satu hari jadi Freelance make up artis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...