Followers

Thursday, April 29, 2010

Nak kurus pun mahal

Hari ni aku memang bz tapi sempat gak curi masa update blog aku nih.Bangun pepagi hari ni demam dah kurang,cuma selsema masih ada sesikit.Pepagi dapat sms dari kawan baik aku Cik Sham tanya keadaan aku yang demam semalam tu.Berbalas sms ler pulak pepagi nih.

Semalam abah beli kan aku Yong Tau Fu sebab aku dah hilang selera makan.Aku makan sikit jerk mmg betul tak selera,abah kata kena sebulan camni harus Kaklong slim hehehe.

Sebut pasal kurus nih ada member kat opis suggest satu produk dari Nu Skin iaitu TRA.Memang berkesan sebab dia dah kurus tapi yang tak sanggup tu harganya RM 4,800.00 bukan RM 400 okeh.Oh tidak tak mampu ler aku nak beli dengan harga yang macam tu.Biarlah aku cuba cara lain.

Mak aku kata dah boleh bayar downpayment kete baru tu hehehe.Aku nih kan kerani cabuk jerk mana ler mampu nak beli yang memahal ni.Bukan takat fikir sekali,beratus kali fikir jugak.

Hmm nak kurus pun mahal.....

Wednesday, April 28, 2010

Happy Birthday to ME

Pada tarikh ini 28/4, 36 tahun yang lalu aku dilahirkan di kampung Singkir,Kedah.Keperitan mak melahirkan aku anak sulung di rumah kampung,36 tahun dulu amat aku hargai.Tak terbalas jasa mak dan abah membesarkan aku.Dari kecik aku ni mcm-mcm penyakit,keluar masuk hospital.Dah 36 tahun aku di muka bumi ni,lagi 4 tahun cecah 40an,ngeri pun ada hehehe.Tapi nak wat camna usia bukan makin muda,usia tetap akan berganjak.Masih ada impian yang belum tercapai dan ntah bila akan tercapai.Sejak dah makin muda nih hehehe(tak ngaku udah tuo) malu lak bila orang bagi wish,dah tak beli lagi birthday kek sebab takut tgk jumlah lilin atas kek tu.Syukur atas kurniaan yang Allah berikan padaku,biarpun aku lalui dengan kepayahan.Hari ni demam ler pulak siap kena selsema dan sakit kepala.Aku tak leh drive hari ni minta abah tolong hantarkan,kena gi keje gak memandangkan keje aku banyak.Semalam dalam pukul 12.15 tengah malam aku terima sms dari Huda wish Happy Birthday dan itu sms pertama,tq Huda.Masa baru mula nak wat keje Tung lak wish Happy Birthday,tq juga pada Tung.

Ada someone yang aku tunggu wish dari dia,tentu sekali aku nyer BF,kalo dia tak hingat maka tsunami ler nampaknya kejap lagi (ugut nih).Biasalah org lelaki kdg-kdg bukan ingat sangat bab tarikh ni.Nasib baik masa 14/2 ari tu ulangtahun ke 6 perkenalan,Mr.BF ingat.Macam tetahu jerk aku tengah tunggu tup-tup Mr.BF call wish Happy Birthday apalagi dengan selamba aku ni,wish jer ker hehehehe.Mr.BF kata nanti,dia wish dulu.Hilang ler sikit rasa sakit bila dengar wish Mr.BF (statement gediks hehehe)

Hari ni lak leh call memana free dari maxis ke maxis maka akan panaslah telinga kenkawan aku dengan panggilan telephone dari aku hari ni hahahaha.Hmm Happy Birthday to ME....

Monday, April 26, 2010

Karenah Azim

Hari Ahad ,aku dah plan pepagi nak nak bawa anak buah aku yang sorang tu gi Alamanda,Putrajaya.Dah lama tak bawa Azim jenjalan so pagi aku gi rumah Izad dgn abah ambik Azim pastu balik rumah.Rumah Izad dgn rumah aku lebih kurang 10 minit jer.Shila kata nak pergi tengahari sikit dia nak iron baju keje dulu,kalo tak dah balik nanti penat dah tentu malas.Dalam pukul 12.00 tengahari aku,Shila,mak dan abah serta anak buah kesayangan aku si Azim Haiqal kuar dari rumah untuk ke Alamanda.Azim dah excited,padahal dia bukan tahu pun Alamanda tu apa yang dia tahu bila Maksu dan Maklong beritahu nanti pergi playground dan Toycity.Dengar bahasa pelatnya dia kata nak tengok kapal,alamak....
Ari tu adik aku bawa Azim gi pelabuhan Klang ada ler kapal kalo kat Putrajaya ni mana aku nak cari kapal.
Sampai Alamanda,pergh ramai betul macam ada pesta.Lunch dah tiba ,abah kata masuk Carrefour dulu nanti baru gi makan.Hm ok,ikut arahan abah.Masa dalam Carrefour aku dan Shila mcm biasa melayan si kecik ,mak dan abah lak dating ler berdua bukan selalu ma...
Dalam Carrefour aku tolak Azim yang berdiri dlm troley shopping tu pastu jari dia asyik tunjuk mainan "Nak car,nak car" jerit Azim.Maksu dia pujuk,kan baru beli car last week so dia diam jap.Aku tak banyak shopping hehehe budget shopping bulan ni kena cut sebab repair kete huh tahan jerk hati tu.Lepas kuar dari Carrefour terus masuk Toycity,Azim ketawa gembira hahaha mmglah ko gembira sebab kejap lagi duit Maklong dgn Maksu yag habis hehehe.Maksu lak saja jerk dengki tanya Azim ada duit ker nak beli mainan,tahu apa dia jwb Chu ada hah amik ko tanya lagi hehehe.Yang letih tu mainan yg dia tunjuk sumer RM 100++ mak aih taste tinggi betul ko nih.So tak jumpa mainan yang bersesuaian ,kitaorang terus gi food court untuk makan.On the way nak gi foodcourt tu singgah Baskin Robbin beli aiskrim tu Azim.Mula suap jer,Azim pejam mata sambil cakap ermm sedapnya,yolah mahu tak sodap aiskrim mahal kan.Sampai kat foodcourt tu dok fikir nak makan apa nih,pastu aku pilih untuk makan Claypot Chicken Porridge sebab boleh suap Azim sekali.Shila pilih Claypot Buttered Chicken Rice,abah dan mak makan asam laksa.Azim wat perangai,nih tentu dia dah penat dan nak tido nih,mmg yer pun nak suap makan tak nak,bagi susu pastu tetiba dia diam jerk dah tido rupanya,alamak x leh ler gi main kat playground Alamanda nih.Selesai makan,kitaorg bergerak ke MPH Bookstore beli apa aku nak panggil yerk ala gambar cam kadbod besar untuk kanak2 belajar tu.Kitaorang pilih pengenalan huruf Jawi,My Body dan A,B,C.
Azim tahu jugak beberapa perkataan bahasa Inggeris jadi dalam umur 2 tahun 7 bulan ni sesuai untuk dia mula belajar asas sesikit.Lepas kuar dari MPH ,kitaorg decide nak balik terus lagipun Azim tido.Dari baru lahir aku da gak tolong mak jaga Azim.Kalo Azim menangis nak ikut mmg hati aku tak tahan so susah mcm mana pun bawa juga cuma kalo tempat aku nak gi tu panas sgt cam Nilai 3 mmg ler aku tak bawa.Azim ni tgh lasak,kata abah baru sorang jer cucu mcm nak terbalik rumah.Petang tu masa kat rumah,aku dan Shila sekali lagi melayan karenah Azim yang tak mo mandi pulak,adooi naik mengah aku kejar dia.Puas pujuk,at last baru dia nak.Nasib baik masa pakai pampers dan pakai baju tak wat  perangai.Sementara tunggu adik aku amik anak dia nih,maka Maklong dan Maksu pun jadi cikgu tadika nyanyi lagu ABC,siap goyang-goyang badan ler mcm Azim.Sib baik Azim ikut rentak kitaorang.Kira mood dah ok ler tu.Kalo mood x baik nyanyi puluh kali pun dia wat derk jer.Yang penting aku happy dapat layan anak buah aku gi jenjalan,kesian gak kat dia,asyik dok rumah jerk dah lah tak der kawan.Azim Haiqal,maklong sayang banget sama kamu...

Thursday, April 22, 2010

Skin79 BB Cream

Sejak ada Pua yang sememangnya pernah belajar makeup,maka opis aku telah dilanda sessi grooming.Pua tak lokek berkongsi tips untuk makeup.Ada satu mende yang pertama kali Pua demo kat kitaorang betapa magiknyer satu cream ni yg dipanggil BB Cream.Oleh kerana aku sudah terbekenan dgn hasilnya maka aku dah beli satu.Yang aku pakai ni BB Cream GOLD sesuai untuk kulit yang kering atau kombinasi dan yang 30an keatas kan.Puas ati betul.





BB Cream ni ada org panggil ‘krim ajaib’ sbb die mampu memperbaiki kulit dan membuat make up menjadi lebih mudah. beza antara BB Cream dan produk kosmetik lainnya, BB Cream adalah kosmetik sekaligus perawatan kulit. Produk foundation lain kebanyakkannya hanya krim asas semata-mata tp tidak merawat kulit, tp BB Cream melakukan keajaiban dengan memperbaiki kulit.


Keajaiban pertama adalah sebagai essensial krim, menutrisi kulit, tegangkan dan menghaluskan kulit sehingga tampak selembut sutera...


Kedua sebagai sunblock, dengan SPF-25 yang melindungi kulit dari sinar UV yang dapat menyebabkan bintik hitam di wajah





Ketiga sebagai alas bedak, membantu memperbaiki masalah kulit dan melindungi wajah dari bahan bahan kimia berbahaya produk make up lain.



Dan keajaiban terakhir adalah sebagai foundation yang membuat make up tampak sempurna dan wajah tidak

berminyak sepanjang hari.Sesuai untuk semua jenis

kulit, tidak menyumbat pori pori dan sgt best di gunakan setiap hari.


Jadi BB cream bukan hanya alas make up tapi skin care
make up.
Disebabkan keajaiban BB Cream ni,kat opis aku sekarang sumer dah mula pakai BB Cream.Masa dinner ari tu mmg aku x der pakai foundation cuma pakai BB Cream dan touchup dengan compact,hasilnya memang menakjubkan,dah tak nampak parut aku kat muka.Sekarang hari-hari aku gunakan BB Cream masa gi keje.Thanks pada Pua yang rekomen kan BB Cream ni.
 

Ni hasil pakai BB Cream

Monday, April 19, 2010

Colorful Nite-Annual Dinner 2010

Tahun ni Annual Dinner masih lagi di Pan Pacific KLIA dengan tema Colorful Nite.Maka berkaler-kaler ler baju dorang.Malam dinner ni lah kalo nak tengok sumer org melaram sakan especially indonesian workers mak aih dorang dah mcm artis.





Pembukaan malam tu persembahan paper doll tarian Latin dari Ika Fancy group.Bukan takat seksi tapi seksa amat,aku lak sampai lupa nak snap pic dorang.Ni pun gambar dari camera Ms.Yap,ada sorang lagi gambar cam leader dorang untuk tarian ni Ms.Yap pun tak sanggup snap agaknya hehehe.



Gambar stage malam dinner yang aku snap dari jauh




MC malam tu Shamsul Ghau-ghau,tabik spring betul memang best,meriah betul dinner mlm tu.


Yang sama kaler oren dgn aku tu Kak Sal dan yang lagi sorang tu dari Production Plant 1,Along Norizan.Masa ni senyum sakan lagik maklumlah baru sampai jerk


Ni pinggan aku,sikit jerk aku makan.Gambo sebelum makan aku lupa snap dek kelaparan tapi baru jerk makan sikit dah berhenti,org nogori kata tak sodap.Yang sodap pun Salad,sup lobak merah tu dan dessert.


Muka aku yang tak berapa nak senyum sebab makanan malam tu kureng sikit.Cuba tengok pinggan aku yang masih tak clear tuh...



Shamrin Fotograf tengah perform,nasib aku control kalo tak mau aku jerit satu ballroom tu hehehe.Suara perghh mantap beb tak berubah.




Yang ni dengan geng dept dulu.Dulu aku kan kat Accounts Dept sebelum transfer ker Sales.Aku nyer ex Supervisor Ms.Kaw dan Kak Noor yang mmg close dgn aku dari aku mula keje kat TDK.Tahniah Kak Noor dpt Samsung Washing Machine auto tu....aku malam tu tak bertuah cuma dapat makan jerk


Hmm yang ni lak dgn kenkawan dept lain,yag baju coklat tu receptionist company Queen,congrats dapat 2nd prize for karaoke malam tu,suara Queen mmg best maklumlah org Sabah bah.Sebelah Queen tu Kak Yus kawan rapat jugak dari HR Dept,yg tengah tu aku tak kenal sgt maybe dari production ,yang sebelah aku tudung hitam tu,Kak Bed dari QA dept




Hmm jejaka yang tinggi lampai dah hensem bergaya tu  local manager utk dept aku ler,Mr Lee.
Yang lagi 2 org tu pun satu dept,Kak Sal & CS leader Ms.Yap


Dengan frenz satu dept Devi,Kak Sal & Ms.Yap





Posing lagik sebelum balik dengan kenkawan aku
Devi,Kak Sal,secretary Mrs.Yam


First time aku dapat bergambo dengan artis nih,Shamrin Fotograf,tengok real hmm hensem ko,yang best tentang Shamrin tak sombong dan suara masih mantap.Ni kalo Mr.BF tengok harus makan hati hehehehe.

Tag dari Mimy -Apa ada dlm handbag

Oleh kerana aku salah sorang followers blog Mimy maka aku pun teruja nak wat tag apa dlm handbag ni.Kalo tak silap dlm rancangan Fuhh... ada dorang selongkar beg artis kan.




Ni handbag aku untuk keje jenama Polo.Aku dari dulu,kalo beli bag untuk keje jerk mesti warna hitam naper ntah lepas ni nak kena try kaler lain lak aih.




Ni purse aku jenama Leno maklumlah aku kan dealer,dah lama aku pakai purse ni dah nak masuk 5 tahun tapi still nampak baru dan ok (promote sikit).Isi dalam tu biasalah aku nyer segala kad yang ado cam Medical Card,Tesco Card,ATM,Anakku,Dental Card,Bonuslink,kad kredit aku x der,lesen memandu,IC & of course duit aku ler.




Mende yang paling penting,kira cam nyawa gak lah tentu sekali Handphone aku,walaupun bukan secanggih Blackberry or IPhone pastu charger yg memang aku bawa gi memana pun dan pendrive aku.





Lagi mende yang ada dlm handbag aku tisu ,ID card keje,kira cam aku nyer punch card ler ni.Pastu kupon makan kat kantin,untung gak company bagi kupon ni walaupun sebulan hanya RM 44.00 tapi boleh save duit aku gak pepandai lah bajet kan.Kunci yang ada keychain kartun tu kunci drawer dan kunci locker aku.



Ni jerk makeup yg selalu aku bawa gi memana selalunya lipstick tu mmg bertukar tapi that day aku bawa Avon Lipstick color Naked Truth,Avon Simple Clear Mascara utk mata sentiasa nampak segar dan bulu mata nampak lentik semulajadi,Compact  utk touch up Garnier Visible Compact



Tulah serba sedikit apa yang ada dlm handbag aku.

Tuesday, April 13, 2010

Tag dari Mimy

Tag dari Mimy,

Tag dari Noni belum sempat berbalas lagik,ari dapat tag dari Mimy tentang lesen memandu,kena jawab nih,lesen den bukan lesen terbang.

Adakah anda mempunyai lesen memandu?
Ada lesen D,nak amik kelas B dah sah aku tak reti bawa motor

Bilakah anda mengambil lesen memandu ?
Ketika umur muda remaja 19 tahun gitu,pastu lesen aku peram sbb x der kete,renew jerk setiap tahun ,tahun
lepas aku baru drive semula

Berapa lamakah pengalaman memandu anda ?
Aku pengalaman peram lesen lagi lama dari pengalaman memandu,drive baru setahun tu pun skrg drive auto.

Pengalaman pahit ketika memandu ?
Nak kata pahit pun x berapa pahit ler jugak,owner kete yang langgar belakang kete aku,siap marah aku minta ganti rugi,dgn berani aku melawan last2 dia blah hehehe.

Pengalaman Manis ketika bawa keta ?
Yang manis tentu sekali masa memula drive semula setelah lesen aku diperam begitu lama.Senang nak kemana-mana.

3 tabiat ketika memandu
1. Sama cam Mimy aku tak reti drive pakai kasut padahal aku drive auto.
2.Setiap kali selisih dgn lori atau trailer aku jadi seram sejuk,meremang bulu roma,cam fobia tu...
3.Selalu lupa on lampu keta bila dah malam terutama kalo jalan yang aku lalu tu lampu jalan memang terang benderang.

3 pantang time aku memandu
1.Aku pantang orang drive kat lorong laju tapi drive slow cam gi makan angin tepi pantai
2.Bila lampu merah baru jerk tukar hijau,org belakang dah hon,ingat aku drive Ferrari ker
3.Org potong belah kiri dgn lajunya,sebab buatkan aku terkejut

So dah abis bab aku menjawab tag Mimy,aku tak dapat nak tag kenkawan yang memandu sebab dorang tak der blog,yang ado pun Noni jer,so Noni apalagi bila free wat ler.

Monday, April 12, 2010

Citer lama tapi tetap dlm ingatan



Gambar ni dah lama sebenarnya tapi masa tu aku nih belum ada blog so aku upload gak kali nih.Annuar Dinner tahun 2004 dgn tema 70an.Ada lah pertandingan antara dept,ntah macam mana  aku join kenkawan lain wat persembahan menari dah menyanyi lagu 70an.Lagu Jay-jay tajuk aku dah lupa tapi beat mmg rancak  ler.
Nama group kitaorg Dancing Queen.
Siap gi sewa baju dgn rambut palsu kat Ika Fancy Group tu hehehe.Adik aku cakap dah mcm David Arumugam Alleycat.
Mula tu 4 org tapi last minit Noraida tak dapat join group sebab disahkan pregnant so tak leh ler menari rancak.

Yang paling lucu time nyanyi tu microphone tak bunyi,elok dah abis menari dorang bagi peluang wat lagi sekali ,aku dah cungap tak leh nafas penat menari,nyanyi pun sore dah tak kuar hehehehe.Walaupun tak menang dapat gak wang tunai saguhati yang kitaorang abiskan gi makan seafood kat Bagan Lalang.Macam-macam kitaorang order nak abiskan duit yang dapat tu.Penuh meja kitaorang time tu.Bayangkan lah Aku,Noni dan Atie kena abiskan sumer tu.



Dari kiri AT,aku dan Noni
Kononnyer aku ni lead singer nasib baik rambut tak tanggal.
Harun Salim Bachik tengah interview


Ha Noni betulkan rambut palsu yang nak tanggal hehehe.AT dah nyorok belakang Harun Salim Bachik


Tulah tahun pertama dan terakhir group general office wat masuk persembahan.Pastu x der lagik.Sampai ada yang tak kenal kitaorg malam tu hehehhehe.

Thursday, April 8, 2010

Refleksologi

Petang semalam aku balik awal sebab adik aku Shila dah call bagitahu dia balik lambat.Sampai jerk rumah,sorang lagik adik aku ajak gi makan kat luar memandangkan kat rumah pun x der mende nak dimakan,maka aku ok jer.Kalo bab makan memang tak tolaknyer lah hehehehe.Lebih kurang 8.15 malam,aku,Zalie dan mak kuar gi Restoran Malee kat Desa Cempaka.Abah tak ikut sebab dah kuar jumpa kawan kat Nilai.

Dalam perjalanan lagik aku dengan Zalie dah plan nak order apa sambil tu tanya pada mak juga.

Menu pilihan kitaorang semalam Ikan Siakap Kukus,Kailan Ikan Masin,Udang Goreng Tepung,Kerabu Mangga dan Tom Yam Campur.Memang sedap gilos......nasib baik ramai orang kat restoran maka aku makan dengan penuh sopan santun cuma tak der lah cam makan adap perantin lak .


Abis makan,kitaorang bergerak ke Retouch Beauty & Spa kat sebelah Allson Klana Bandar Baru Nilai.Tujuan ke situ bawa mak wat urutan refleksologi sebab dah hampir 2 minggu mak lenguh-lenguh badan dan kaki.Hari tu mak dengan abah gi urut badan kat tempat lain,tukang urutnyer orang Thailand,aku tengok ada kesan lebam akibat urut tu.Mak ada cakap sakit betul org Thailand tu urut.
Kalo kat Retouch ni lak tukang urutnya orang Cina yang memang terkenal dengan refleksologi ni.Adik aku tanya " Kaklong ko tak nak try ker ".Aku cakap nantilah dulu,aku ni jenis geli sikit maka aku takut gak kang ada yang terkena reflek balik iaitu tendangan Bruce Lee hehehehe.Takpa lenkali aku akan cuba setelah memantapkan diri menahan geli.




Masa urutan tu tempat-tempat yang ada masalah akan terasa sakit so mak ada masalah pada pundi kencing,tulang belakang,kepala.Mak kata memang betul pun memang tu tempat yang mak rasa sakit dan mak kata kenkadang mak ada masalah kencing tak lawas.Wah bagus betul lah dorang dah siap hafal point kat area tapak kaki tu.Aku ni tak pernah try agaknya kalo first time kena urut satu tapak kaki sumer sakit.Dalam sejam gak ler untuk kedua belah tapak kaki,betis,paha dan juga belakang mak yang memang ada masalah sikit.Akibat gi kat tempat urut Thailand tu,urat di paha mak lari sikit,patutlah mak rasa makin sakit.Mak kata dia serik nak gi kat Thailand Massage tu lagik.


Wednesday, April 7, 2010

Geramnya aku.....

Hari ni dalam pukul 10.30 pagi salah sorang adik aku sms marah-marah kononnyer aku salah isi borang nak claim duit peralatan jantung abah pada Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera.Dengan kadar segera lebih cepat dari masak maggi aku terus reply sms adik aku.Yang sebenornya info yang aku dapat masa call bahagian pencen tentera ni ,staff sana suh aku download dari web ATM borang yang adik aku kata salah tu.Inilah masalahnya kalo berurusan dengan gomen.Bukan sengaja nak perleceh tapi ni bukan kali pertama berlaku sebelum ni pun pernah tapi kes lain.Terang-terang aku bagitau nak claim peralatan untuk jantung yang hospital tak dapat sediakan masa abah nak wat operation tu,borang yang staff tu suh aku download untuk claim peralatan seperti kerusi roda atau tongkat.Dah lah kena antar borang tu kat KL,mau idaknyer adik aku mengamuk.Yang pasti bukan salah aku .Nasib baik adik aku cepat sejuk lepas aku bagitau hal sebenornyer.Dalam 1.10 tengahari abah call beritahu,dah ambik borang yang betul.Pastu si kecik Azim sibuk nak cakap dengan Maklong.Dengan pelatnya Azim tanya "Adong wat per tu".Memang susah Azim nak sebut Maklong,Adong pun adong lah jangan panggil dugong udah ler.Hati yang tengah panas dan geram jadi sejuk bila dengar suara anak buah kesayangan aku nih.

Friday, April 2, 2010

Cita-cita yang belum tercapai

Hari ni pepagi aku dah kuar dari rumah.Sambil aku melenggang kangkung jalan dari car park ke opis dalam aku melayan fikiran yang tengah berserabut giler nih.Aku fikirkan kenapa pengorbanan aku sebagai seorang kakak selama ni yang banyak beralah demi adik-adik tak dihargai.Aku berkorban tidak melanjutkan pelajaran dan bekerja selepas SPM kerana adik-adik kerana keluarga aku susah.
Aku ingat lagi dengan gaji aku yang tak seberapa ketika itu aku dah mampu belikan perkakas sekolah adik-adik,aku pernah menjaga salah sorang adik di hospital.Aku ketepikan keperluan sendiri demi adik-adik.Aku dah puas menitiskan air mata kerana kata-kata sinis dan pedih dari adik-adik,pada aku biarlah dia masih mentah tapi keadaan sekarang berbeza mereka sudah boleh berfikir dengan matang.Aku tak pernah minta apa-apa cuma kenangkan saja pergorbanan aku sebagai seorang kakak.Opss tetiba mata aku berair lak,cepat-cepat aku lap dgn tisu kang tak pasal satu kantin kecoh lak nampak aku pepagi apa hal ler nangis nih.
Masa sarapan pagi kat opis memang seronok hati terhibur dapat berborak dengan kenkawan,pastu Pua sampai dengan beg besar ingatkan bawa bekal untuk lunch tapi Pua bawa alat solek wah rupa-rupanya ada juga yang minat nya sama dengan aku. Dah lama aku minat makeup orang ni.Masa aku mula bekerja kat salah satu shopping mall kat Sungai Petani lepas SPM aku dah mula minat makeup.Aku ingat lagi Supervisor aku masa tu Ms.Chua orgnya cantik,selalu jadi perhatian.Dari Ms.Chua aku mula belajar basic makeup.Dia lak tak kedekut ilmu.
Setelah aku bertukar kerja ke sebuah kilang di Bakar Arang Sungai Petani,hanya aku sorang jer kerani dalam opis tu yang pergi kerja dengan makeup,maka aku jadi perhatian.Glamer ler kejap cam artis lah pulak.Masa tu pulak aku belum bertudung.Kebetulan lak aku dealer Avon,satu kilang order kat aku alat solek siap minta ajar lagi cara nak pakai maskara,blusher dan lenlain tu.Dari situ datang lagi satu sumber rezeki yang aku tak jangka iaitu Mak Andam tapi bukan tahap professional ler sebab belum ada sijil kan.
Bila ada orang majlis perkahwinan,pertunangan atau dinner maka ada job untuk aku.Merata ceruk kampung aku gi.Kat kilang aku dulu ada makcik-makcik yang anaknya nak bertunang atau kahwin siap booking aku awal-awal untuk makeup dan aku juga wat gubahan hantaran.Bila dah berpindah ke Nilai,aku dah tak wat job andam ni lagik just make up diri sendiri or kenkawan jer.
Ini cita-cita yang belum tercapai,insyallah aku harap impian aku yang satu ni akan terlaksana.Untuk sampai tahap itu aku sekarang ni tengah mengumpul duit untuk gi kursus solekan dari basic hingga ke make up pengantin.Kos untuk belajar pun bukan murah sekarang ni tapi berbaloi kalo amik course dengan make up artis.Sekurang-kurangnya ada sijil untuk bergelar professional .Ada beberapa make up artis yang aku admire macam Saidatul Nisa,Nurul Shukor,Readzul dan beberapa orang lagi. Bab produk yang berjenama yang aku suka tentu sekali M.A.C,Bobbi Brown,Shu Uemura,Kryolan.Kalo produk yang biasa-biasa ni Cosway,Avon,Maybelline,Secret dan berbagai lagi lah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...