Followers

Tuesday, March 8, 2011

Minggu patah kaki ermm lain macam jerk bunyinya

Minggu ni minggu patah kaki kata orang.Bukan patah kaki disebabkan kecederaan tapi disebabkan keta aku kat bengkel cat.Nak pergi ke mana-mana leceh betul kalo ajak orang tolong hantar,dah biasa pergi memana sendiri,terasa lah sangat keboringan yang melanda bila aku terpaksa shopping cepat-cepat ikut masa orang lain.Tak sempat nak meninjau segala barang yang ada kat Tesco Nilai yang baru dibuka tu,dah ditanya nak beli apa lagi ni,lambat lagi ka.

 Pastu balik kerja kena tunggu abah ambik aku kat opis,kalo abah ada hal aku jenuh mendail nombor adik-adik ku ,merayu tolong ler ambik aku kat opis ni.Paling tidak kenkadang tu tumpang Huda atau Kak Sal(colleague aku kat opis).Apalagi hujung minggu yang lepas,aku jadi chef semula kat rumah.Hmm dah lama juga aku tak masak kan asyik beli jerk,tak puas makan.Hari Jumaat lepas tu aku dah tanya adik aku,nak masak apa yer.Apalagi pantang ditanya dorang punya order macam makan restoran,ini sudah melampau.Menu hari Ahad ari tu aku masak Butter prawn,Asam Pedas Ikan,Sayur Goreng.Menu yang simple.Dah lama aku tak masak butter prawn hinggakan aku terlupa masukkan kuning telur & susu cair.Hahaha kelakar pun ada bila habis masak aku heran kenapa tak jadi bersarang macam selalu tapi abah kata sedap juga.Tak pa next time mesti completenya bahan-bahan.Itulah akibat kalo dah lama tak gunakan segala skill yg ada kat dapur kan sampai lupa segala.Sekarang ingat nak tajamkan lagi skill masak-memasak ni ,paling teruja bila tengok Junior Masterchef.Ish berbakat betul bebudak tu.Memasak ni pun kira mcm satu seni juga tapi masakan yang paling sedap adalah masakan yang dimasak dengan penuh kasih sayang untuk dihidangkan.Pastinya hasilnya kan jadi yang terbaik .



1 comments:

hudahalim said...

tumpang je..ada juga partner nak sembang2 balik sambil drive balik rumah ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...