Semalam dalam pukul 11 pagi,boss aku Tagaya san panggil aku ke Conference Room.Berdebar jugak masa tu ish,kenapa yer takut pun ada.Bila boss dah mula cakap,hilanglah sikit rasa takut tu,ingatkan apalah tadi.Rupa-rupanya boss tanya adakah aku boleh menerima tugasan baru kerana salah sorang colleague kat opis nak resign.Boss kata memang kerja-kerja colleague aku tu ada yang Noni dan Tung akan buat tapi yang macam berkaitan dgn ISO tu harap aku boleh bagi kerjasama untuk membantu.Bagi aku tak da masalah cuma aku perlu banyak belajar maklumlah memang zero tak tahu menda pun.Bukankah kita kerja ni kena bekerjasama dalam satu pasukan macam kartun Wonderpets tu.
Lagi satu aku teruja gak dapat belajar menda baru.Insyallah perlahan-lahan aku cuba belajar.Lepas undian untuk cari ahli jawatankuasa baru Konshinkai Meeting untuk Sales opis,nama aku tersenarai,alamak lagi satu task.Pastu kena pilih secretary,masa Chew inform boss tu,boss sebut nama aku,terus aku cakap tak nak,dan lagi sekali undian kena buat.Chew email result undian tup-tup nama aku jugak yang terpilih jadi secretary,nampaknya bertambah lagi satu tugasan.Takpalah kalo tak belajar sampai bila tak tahu,nasib baiklah Chew ada bagi tunjuk ajar,kalo tak harus terpinga-pinga aku ni tak tahu apa.Petang lak tetiba boss panggil lagi,dalam hati dah apa lagi ni,boss cuma nak beritahu nak dalam carta organisasi aku ni diletakkan bawah CS group tapi kali boss nak ubah aku bawah CP groupsebab kerja yang aku buat sekarang adalah sebahagian dari CP (Corporate Planning) nyer kerja dan bukannya kerja CS.Oh itu aje ingatkan apa lah tadi.Aku ni pekerja apa-apa keputusan boss yang tak memudaratkan aku,aku ikutkan jerk.Insyallah aku cuba belajar dan buat tugasan baru ni dengan sebaik mungkin.
August 16 Update
8 years ago
0 comments:
Post a Comment