Followers

Thursday, March 10, 2011

Terima Kasih Kawan

Bermula dari hari Selasa lepas,aku datang kerja dan balik tumpang colleague yakni Huda.Tq dear sudi tumpangkan akak yang tengah tak der kereta ni kalau tidak tak tahu macam mana nak gi kerja pakai ambik cuti ler jawabnya.Adik-adik aku tak dapat nak hantar dan ambik kerana terikat dengan komitmen dengan trip customer dorang.Batuk aku yang dah baik kembali semula,yg aku pelik tu bila kat rumah elok jerk tak der lah batuk sangat tapi bila sampai kat opis jerk,bergema batuk aku memecah kesunyian opis.Ketawa kawan opis bila aku kata mungkin alergik dengan opis kot nampak opis jer terus batuk.Lagi satu yang best Kak Noor yang juga colleague dari Accounts Dept bawa kek pandan yang ada layer salut kek tu,sedapnya,tq juga pada Kak Noor sebab ingat kat aku ni pepagi dah sampai kat dept aku bawa kek,sayang kak Noor.Noni dan Huda pun join aku makan kek ni.Hehehe maka mula aku manja-manja lak pesan kalo buat Cheese kek tu bawalah.Ari tu dah rasa kek oren.Maka makin mengembanglah badan asyik makan yang sedap-sedap jerk.Hmm kata orang rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari kan.Sementara ada selera untuk makan ni makan jerk,kalo dah hilang selera kang rugi dah dapat nak rasa.8hb ari tu lunch kitaorang makan besar kat opis,buat Steamboat,pergh sedap giler kena lak kali ni awat ala-ala Tom yam.Macam-macam ada udang yang segar,isi ikan yang segar dan lenlain bahan,hilang arah ler kejap tengok makanan sedap depan mata.Kitaorang sama-sama sediakan Steamboat ni.Meriah betul tapi sayang nya gambar hanya ada kat FB Noni dan Huda.Kebetulan lak boss tak der ok,outstation.Dan lebih meriah lagi 8 hb tu hari Wanita,maka wanita-wanita di Sales opis makan besarlah.Keseronokan ni yang menghilangkan segala tension.

2 comments:

noorss_noor said...

nanti akak buat kek yang dijanjikan sorry sebab tak ada masa lagi nak buat... kalau makan sikit tak gemuk pon ida....

Eida said...

hehehe,takper Kak Noor take ur time janji dapat rasa tak kiralah lambat ker cepat. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...