Followers

Monday, February 21, 2011

Lega...aku dah semakin sihat



Hari Sabtu pepagi  aku dah bangun dan bersiap untuk ke salah satu klinik panel di Bangi.Memandangkan ini satu-satunya klinik panel yang ada pakar dan rasanya yang terbaik dari yg ado kat Nilai,jauh sikit pun takpa lah,tak tertahan aku menanggung kesakitan batuk yang hampir 4 minggu.Dalam kepala ni dah berlegar memacam takut paru-paru ada masalah.Abah terpaksa ler bawa aku ke Bangi maklumlah aku tak pernah drive luar dari Nilai takut kang nak ke Bangi ke lain pulak perginya,lepas ni nak kena berani kan diri drive jauh sikit.Klinik yg aku nak pergi adalah Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah.Aku sampai dalam pukul 10.20 pagi terus register dan dapat nombor giliran,belum sampai no giliran aku,nama aku dah dipanggil,wah ini sudah bagus.Dr.Hirman adalah doktor yang bertugas ketika itu,lega hati aku bila doktor beritahu paru-paru ok cuma kat tekak kemerahan akibat batuk yang kuat dan memandangkan aku dah batuk lebih kurang 4 minggu,beliau akan beri aku antibiotik dan aku diminta menghabiskan antibiotik tersebut.Selesai pemeriksaan aku kembali duduk tempat menunggu kemudian nurse yang bertugas memberitahu agar aku ke bahagian Farmasi untuk mengambil ubat,yelah aku kali pertama ke sini,manalah tahu kan.Sekejap jerk tunggu dah dapat ubat.Aku puas hati dengan layanan dari kaunter pendaftaran,doktor,nurse serta bahagian farmasi.Lenkali kalo sakit memang aku akan ke sini.

Aku ajak abah pergi makan,kitaorang cari JM Beriani House tapi tak jumpa tapi jumpa satu restoran nasi beriani yang lain kalo tak silap aku Sri Ghazal ker namanya..ingat-ingat lupa lak.Abah puas hati dapat makan nasi beriani yang boleh tahan gak sedapnya.Aku siap tapau untuk adik-adik aku kat rumah tu.Kekenyangan ya amat nampak nasi macam sikit tapi cepat kenyang.Aku pernah dengar ada satu lagi tempat makan nasi beriani yang popular kat Bangi ni tapi tak tahu tempat.Selesai makan terus balik rumah kononnyer petang nak pergi ke Pesta Sukan Air Putrajaya.Kat rumah aku baru lak tgk ubat yang aku dapat ,mak aih besarnya pil antibiotik,sekali tgk oh patutlah 1000mg.Selepas makan ubat termasuk ubat selsema apalagi mata dah tak boleh buka terus terlelap,nak pergi tengok Pesta Sukan Air tu pakai dalam mimpi jer lah jawabnya.

Sebelum Asar dah terjaga dan aku terasa nikmatnya boleh tidur dengan nyenyak setelah berapa minggu ni asyik terjaga akibat batuk.Selepas Asar aku terus bersiap mak dan adik aku Shila ajak gi Giant.Masa kat Giant,sedang aku asyik pilih barang kat salah sebuah kedai aku dengar suara yang memang aku kenal,bila aku toleh oh Kak Sal dengan anak-anaknya.Kak Sal ni opis mate aku.Geram tengok anak Kak Sal yang bongsu tu Imran...bukan saja comel tapi badannya semangat.Kali ni tak lama sangat kat Giant,adik aku Shila kakinya bengkak ntah kenapa so balik cepat,kalo kakinya tak bengkak harus berjam-jam lagi sesilap sampai Giant tutup.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...