Followers

Monday, March 14, 2011

Perancangan perhimpunan keluarga.

Rumah asal  yang masih tinggal
12.3.2011 merupakan hari perkahwinan cousin aku Aifaa.Sudah tentu sedara mara dari Kedah turut hadir untuk memeriahkan majlis.Ada sesuatu yang membimbangkan bila ada generasi arwah datuk aku Ariffin  atau Tok Pin tidak mengenali sedara-mara sendiri.Bimbang jika generasi pertama dan kedua sudah tiada,generasi baru tidak lagi mengenali sesama sendiri.Maka timbul cadangan dari Abg Rosly suami cousin aku Kak Ma untuk menghimpunkan semua keturunan Tok Pin dari anak,cucu,cicit,piut dan seterusnya pada Hari Raya AidilAdha 2011 ni dan insyallah akan diadakan majlis korban dan kenduri.Wah ini perancangan besar,bukan mudah ni.Perancangan harus berjalan dari sekarang.Tempat berkumpul pastinya di tapak asal rumah di Kampung Singkir,Kedah.Tempat di mana aku dilahirkan.Banyak kenangan semasa kecil aku di rumah itu.Bila mengimbau semuanyaInsyallah jika segalanya berjalan lancar pasti perhimpunan ini akan meriah cuma nak melaksanakan bukan mudah.Harapan aku mudah-mudahan apa yang dirancang jadi kenyataan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...