Followers

Tuesday, March 8, 2011

Teringinnyer...

Beberapa hari lagi tiba musim cuti sekolah.Ini bermakna bermulanya musim kenduri kahwin.Biasanya kalo di sebelah kawasan Kuala Lumpur,Negeri Sembilan dan selatan,mesti ada Nasi Beriani atau Nasi Minyak dengan lauk pauknya tapi di sebelah utara ada yang menghidangkan hidangan ala-ala kampung dan memang sedap contohnya Nasi Daging,Gulai Ikan Talang dgn Nenas,Besamah Daging,Kerabu Tauge dgn kerang,Kerabu Umbut Kelapa dan yang paling terkenal Gulai Daging dgn umbut pisang yang hanya boleh didapati di utara terutama kawasan pedalaman sekitar Baling.Biasanya umbut pisang ni dimasak bersama daging atau tulang rusuk lembu.Umbut pisang ni lembut dan jangan salah faham ada yang ingat gulai batang pisang hehehe.Mau berterabur gigi kalu batang pisang wat gulai ,keras tu.
Umbut ni diambil dari  batang pisang hutan yang muda(belum berbuah) yang dibelah dan diambil isi yang paling dalam,itu yang disebut umbut.Umbut ni lembut,biasanya dimasak dengan tulang rusuk daging atau daging.Ada yang buat kerabu umbut pisang.Terpulang pada selera memasing.

Batang Pisang Hutan yang muda
Isi dalam batang pisang yang paling dalam yang disebut umbut
Gulai Daging Umbut Pisang yg popular di utara

Wah memang aku teringin sangat nak rasa gulai ni yang sememangnya tak dapat kat Nilai ni.Nak masak sendiri tu boleh tapi kat mana ler aku nak cari umbut pisang ni.Lagi satu masakan yang aku rindu sangat Gulai Rebung yang pernah aku makan kat rumah kawan baik aku Ija  semasa aku balik untuk majlis pernikahan Ija beberapa tahun dulu. Sedapnya aku ingat sampai hari ni.Lagi sorang kawan baik aku yang sememangnya pandai masak Kak Ah.Hmm bila lah nak balik jumpa dorang dan merasa masakan dorang kan.Sejak berjauhan ni banyak mende lah aku rindu sesangat.Rindukan saat kami bertiga berborak,bergurau senda dan menghadapi apa juga bersama.Aku pun tak tahu lah kenapa sejak akhir-akhir ni keadaan kesihatan aku jadi tak menentu.Kejap ok kejap tidak.Dah tu dok teringin memacam ngalahkan orang mengidam lak aih.Bila lah boleh balik kampung nih...

1 comments:

Jery Mszi said...

sedapnya kalau kena pada caranya ......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...