Followers

Friday, June 11, 2010

Semanis Kurma,sihir pembenci

Setelah frust minggu lepas sebab topik dalam Semanis Kurma tentang Sihir Pemisah atau sihir pembenci tak muncul,akhirnya malam semalam topik ni kuar semalam.Nasib baik akak tunggu.Aku ni memang suka tengok Semanis Kurma ni banyak ilmu yang kita dapat samada untuk memperbaiki diri,alam rumahtangga serta banyak tips untuk kita mengatasi gejala-gejala sihir seperti Sihir pembenci ni semalam.Pada permulaan rancangan ditunjukkan Ustaz tengah merawat seorang wanita yang dalam tubuhnya ada jin yang berusia 1000 tahun dan dengan jelas bila ditanya jin yang berada dalam tubuh wanita tersebut yang dia ditugaskan untuk bagi pasangan suami isteri tu bercerai.Bila ustaz tu tanya kenapa nak bagi pasangan tersebut bercerai jawapannya kerana pasangan tu bahagia.Masyallah,ada jugak orang yang sanggup memisahkan suami isteri yang bahagia hanya kerana cemburu melihat kebahagiaan pasangan tersebut.Artis jemputan malam semalam Fizza Elite.Dalam topik ni Fizza tak banyak berbicara kerana tumpuan lebih kepada Ustaz Sharhan untuk menjelas apa yang dimaksudkan sihir pemisah.

Bila Ustaz menyebut tanda-tanda kena sihir pemisah ni,Ustzah Bahyah perasan yang Fizza ada tersentak sedikit.Bila ditanya kata Fizza,dia tak tahulah samada dia atau suami kena sihir tapi tanda-tanda tu ada contohnya kalau berjauhan dengan suami memang rindu tapi bila depan mata ada rasa macam benci.Kata Ustaz nak tahu kita terkena sihir atau tidak Ustaz boleh check hanya dalam masa 5 saat.Dan yang lebih menyedihkan bila ada pesakit yang datang mendapatkan Ustaz sudah berkahwin lebih 30 tahun tapi isterinya masih anak dara disebabkan sihir ni.Kata suami wanita tersebut setiap kali hendak bersama kaki isterinya bagai terikat dan suami wanita terbabit berkata hanya jodoh yang memanjangkan hubungan mereka suami isteri dan ada satu kes pulak setiap kali waktu tidur wanita terbabit nampak suaminya seperti orang utan dan muka suaminya hodoh.

Sepatutnya bila kita tengok pasangan suami isteri tu bahagia kita ambik tips macam mana nak bahagia seperti pasangan terbabit bukannya pergi jumpa bomoh sihirkan orang sampai bercerai -berai.Ada juga kes yang si lelaki mahu pun perempuan tak dapat berkahwin dgn orang yang orang yang dia nak,sengaja sihirkan supaya rumahtangga orang yang tidak dapat dia kahwini tu porak-peranda.Lagi satu jangan bermegah-megah dengan orang lain rumahtangga tu bahagia ker kadang-kadang orang meluat kita tak perasan bahkan mungkin yang hantar sihir tu jiran sebelah jerk,kawan atau sedara mara.Orang yang nak antar sihir ni dia cuma fikir hati dia puas,dia dah tak fikir soal dosa.Sebab tu kita kena jaga tuturkata kita,perbuatan kita.Sedangkan dalam kita menjaga keperibadian kita pun ada yang kena sihir ,inikan pulak kalau tuturkata atau perbuatan kita tu menyinggung atau buat orang berdendam,nauzubillah jauhkan lah diri aku dari hasad dengki manusia sedemikian.

Nak tahu tanda-tanda sihir atau apa itu sihir pemisah,leh tengok entry aku yang lepas.

5 comments:

Azizan said...

bahayanya sihir ni

aiDieNa said...

Salam perkenalan.. :) Wah.. ruginyer tak tengok episod nie.. memang susah kalau manusia punya PHD nie.. tak boleh tgk org lain lebih.. semua tak kena kat dia.. di dunia dia buat org.. di akhirat terimalah sendiri akibatnya..

ajai05 said...

dunia skrg....org akan lakukan apa2 aja utk kepentingan diri.....nauzubillah

Unknown said...

ada ker sampai buleh buat pembenci...

Unknown said...

Posh mmg ada,cuma org yg buat mcm ni sahabatnya adalah syaitan,org yg cemburu tgk kebahagiaan org lain,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...