Followers

Wednesday, June 16, 2010

Kucing pun boleh kena batu karang..

Petang semalam aku balik lewat sikit dari biasa walaupun tak perlu ambik adik kat komuter Nilai.Stress sikit pasal keje hingga aku tetiba rasa nak muntah dan pening.Masa drive pun mcm khayal ,terkejut bila tetiba ada kereta hon dari belakang rupanya aku dah ke tengah line putih jalan,nasib baik dah dekat area rumah aku bukan jalan raya besar so kereta tak banyak.Ntah kenapa macam tak sedap hati jerk rasa.

Sampai jerk aku kat rumah,mak beritahu kucing aku Danny macam tak sihat,tetiba tak aktif,dia tak boleh kencing dan bila mak angkat Danny kuar dari sangkar dia dan terpegang perut Danny mengiau kuat seperti sakit.Aku bergegas tengok Danny kat sangkar,ternyata Danny semakin lemah seperti menahan sakit.Aku terus berlari ke dalam ambik sangkar khas untuk bawa Danny ke klinik.Aku cuba call klinik Dr Bryan tapi tak berjawab,hm dah tutup agaknya.Aku ajak abah temankan aku ke satu lagi klinik.

Sampai di klinik haiwan tu,aku diminta kuarkan Danny dari sangkar dia dan Danny diperiksa.Aku beritahu Danny tak boleh kencing dan dia yang sebelum ni aktif tetiba jadi lemah.Perut dan bahagian pundi kencing Danny diperiksa.Danny disahkan ada batu karang.Buat pertama kalinya aku tahu kucing pun boleh kena batu karang macam manusia dan tak boleh kencing dan akan rasa sakit.Danny perlu dibius separuh sedar,masa Danny dicucuk tu aku ok lagi.Aku dan abah memegang dan membelai Danny untuk menenangkannya.Menurut Mr.Mano yang merawat Danny batu tu tersekat di hujung salur kencing Danny.Sejenis tiub kecil dimasukkan pada salur kencing Danny kemudian melalui salur tiub tu dimasukkan pulak sejenis cecair.Cecair dalam botol plastik tu sama macam kita kalo masuk hospital kena masuk air tu.Mr.Mano meminta abah ke tepi sebab bila nanti kencing Danny akan keluar memancut sekali dengan batu karang tu.

Pada mula tu aku masih bertahan tengok Danny dan membelainya kemudian bila salur tiub tu dimasukkan sekali lagi ke salur kencing Danny dan bila tiub halus tu digerakkan aku nampak adakala Danny mengiau lemah itu yang buat aku tak mampu melihat proses seterusnya.Aku beritahu abah,biar Kak Long tunggu kat luar,airmata aku yang dah bergenang menitis sebaik saja aku keluar dari bilik rawatan.Nasib baik tak da orang lain masa tu.Dari luar sekali sekala aku pandang juga ke arah bilik rawatan tu dan aku lihat,Mr.Mano sedang memegang bekas menahan air kencing Danny yang keluar memancut dengan banyak,aku bingkas bangun terus ke bilik rawatan tu semula,aku lihat sendiri air kencing bercampur sedikit darah dan batu-batu kecil yang keluar .Kesiannya Danny.Melihat air kencingnya yang begitu banyak Mr.Mano kata,dah lebih dari 2 hari Danny tak boleh kencing.

Hati aku lega bila semuanya selesai dan selamat dan dalam tempoh seminggu Danny mesti minum banyak air dan makanan sekarang aku tukar pada makanan yang diberi Mr.Mano.
Danny diberi tablet sebesar panadol untuk seminggu,sehari kena makan satu tablet dan aku diminta pantau samada Danny boleh kencing atau tak.Danny masih lemah kerana dibius separuh sedar.Kata Mr.Mano selepas satu jam ubat bius akan mula hilang dan Danny masa tu masih dalam keadaan pening sedikit sebelum aktif kembali.Pada permulaan ni Danny masih kelihatan lemah sebab seperti manusia juga,memang sakit kalo kena batu karang nih.

Selepas sejam,Danny terhoyong-hayang juga cuba bangun.Kesian dia.Pagi tadi sebelum aku pergi kerja aku tengok Danny dah bangun tapi masih baring,lega tengok dia dah boleh kencing tapi masih ada bercampur sedikit darah.Mak beritahu dah beri Danny makan ubat.Hmm bila aku panggil Danny pandang dan cuba untuk bangun,sebak pulak bila tengok Danny camtu.Aku pesan pada mak kalo ada apa-apa cepat bawa gi klinik Dr.Bryan.

Sekurang-kurang hati aku lega sikit hari ni.Makanan Danny yang sebelum ni aku minta mak beri pada kucing-kucing yang tak bertuan dan selalu datang kat belakang rumah aku minta makanan,kesian kat dorang,ada tu yang ada anak siap bawa anak.Memang selalu aku dan mak bagi dorang makan,tak sampai hati tengok kucing-kucing tu mengiau kelaparan.

Satu yang buat aku asyik bila melihat ibu kucing memanggil anak-anaknya seolah beritahu kat sini ada makanan.Kasih betul pada anaknya macam mana aku kasihkan Danny tapi aku bukan ibu kucing,aku manusia yang sayangkan kucing.

7 comments:

Noni said...

tak sangka kan kucing pun leh kena..skang dah active x?

Unknown said...

Danny admit kat wad kucing huhu harap dia akan pulih cepat :(

dhiyafaris said...

kucing saya senasib dengan kucing awak.
3 ekor kucing saya kena batu karang.

seekor dah meninggal sebab penyakit ni..
:(


:(


:(

Unknown said...

dhiya,nasib baik akak cepat gak bawa gi klinik kalo tak tak tahulah,lega skrg kucing akak dah sihat dan aktif semula

Unknown said...

boleh tau tak klinik tu kat mana & berapa kos yang dikenakan?

Anonymous said...

aqu pun ade kcng x leh kencing..tension giler....ye tu jantan.

Qila Haji Jamil said...

salam, ieda.. kucing sy pn mngalami penyakit yg sama.. doakan kucing sy kembali aktif spt biasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...