skip to main |
skip to sidebar
Sekarang nih di dada akhbar semuanya bercerita tentang kekejaman Israel yang menawan kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.Malam Sabtu masa tengok berita pengebumian mangsa yang terkorban yang kebanyakan sukarelawan Turki,tak semena-mena kesayuan melanda bila mendengar cerita dan melihat kaum keluarga mangsa yang terkorban.Menurut salah sorang sukarelawan Malaysia yang terselamat mangsa yan terkorban ditembak dari jarak dekat dan ada diantaranya di tembak tepat di dahi hingga otaknya berkecai,laknat betul Israel.Mereka bukan penganas kenapa mesti diperlakukan demikian.Sukarelawan Malaysia juga terkena tembakan peluru getah di kepalanya.Mereka diikat dan tidak diberi makanan.Kononnya kapal-kapal ditawan bimbang membawa masuk senjata ke Gaza.Man pergi suara negara-negara Islam yang besar dan kaya.Yang disekat,yang terseksa dibumi mereka sendiri rakyat Palestin juga berugama Islam.PBB hanya jadi boneka semata-mata tiada apa yang diperlakukan.Seingat aku dari aku kecik sampai sekarang rakyat Palestin tidak pernah merasa kebebasan di bumi sendiri.Nama Rachel Corrie salah sorang sukarelawan rakyat Amerika yang terkorban di gilis kereta perisai Israel diabadikan pada kapal bantuan kemanusiaan kedua.Israel kuat kerana Amerika di belakangnya dan negara-negara Islam pula masih rapuh kekuatan dan bergelut sesama sendiri dan hanya memandang tiada keuntungan pada mereka.Itu yang buat aku menitis airmata.
0 comments:
Post a Comment