Followers

Wednesday, June 9, 2010

Salah Hari,Salah Rumah

Sabtu lepas,dalam pukul 7.00 pagi semasa aku sedang menyediakan sarapan pagi,adik aku Zalie ajak pergi ke Bandar Botanic,Klang ambik dokumen.Memandangkan tak da wat apa aku pun apalagi cepat-cepat siapkan sarapan dan bergegas tukar pakaian.Mak pun ikut sekali.Abah tak nak ikut katanya dah berjanji dengan kawannya Pakcik Mat Noor nak pergi majlis perkahwinan dalam pukul 11.00 pagi ari tu di Labu,Negeri Sembilan.Memula tu abah cari juga mana pergi kad jemputan kawan abah bagi ari tu nak confirmkan tarikh tu samada 5hb atau 6 hb June sebab abah kata dia rasa 6hb June tapi Pak cik Mat Noor bertegas kata 5hb June.Menurut kata abah pakcik Mat Noor ajak pergi awal sikit sebab petang pakcik Mat Noor nak ke Indonesia.Sebelum aku,mak dan Zalie bertolak ke Klang,aku tanya lagi sekali pada abah tapi abah memang tak nak ikut kami.

Sampai jer kat Bandar Botanic tu,adik aku terus ker perumahan elit tempat nak amik dokumen tu.Terpegun aku melihat rumah-rumah yang memang cantik.Maklumlah kawasan orang-orang berada ni.Bila lah aku boleh merasa dok rumah camtu (berangan kejap).Selepas tu kami singgah ke Jusco Bukit Tinggi ,Klang.Ini pertama kali aku ke sini,mak aih besarnya naik lenguh kaki aku berjalan tu pun tak pusing abis lagik.Kebetulan tengah Jusco Sales apalagi aku pun amik kesempatan lah,hmm rabaklah duit aku bulan nih.Yang jadi pilihan tentulah yang offer 50% dan 70%.

Adik aku Zalie,kalo tak der hal memang tak kisah tunggu kitaorang shopping.Tu pun Zalie beritahu nak balik awal sikit sebab ada regular customer dah booking teksi adik aku nih.Aku beli blouse Scarlet Plus Jusco 50% offer.Kalo ikutkan hati memang tak nak balik lagi.Sebelum duit aku habis baik cecepat kuar dari Jusco nih kalo tak puasalah aku lepas nih.

Bila dah sampai rumah,aku tengok abah tak der ,dalam hati ingat oh abah pergi kenduri nih.Dalam 5 minit kemudian abah balik ada ta pau Laksa pastu terus cakap abah lapar lah,tolong hidangkan laksa nih.Mak terus cakap eh bukan ker pergi kenduri kahwin.Abah kata memang pergi tapi yang ada khemah,kerusi,meja,majlis kenduri esok bermakna hari Ahad 6 hb June tapi abah dgn pakcik Mat Noor gi hari Sabtu,apalagi aku,mak dan adik aku ketawa tak boleh tahan.Abah kata kalau abah tahu baik ikut korang pergi Klang boleh jalan-jalan.Abah kata abah dah cakap dah mmg 6hb June kenduri tu tapi pakcik Mat Noor kata 5hb hari Ahad.Aku mencelah,abah pergi awal sehari nasib baik khemah dah dipasang kalo tak abah tolong pasang khemah terus gamaknya hehehehehe.

Tetiba Zalie lak cakap,alamak rugi betul.Aku tanya kenapa,Zalie kata baru dapat sms customer dia cancel booking.Aku tanya lagi apa yang rugi.Dia kata rugilah kalo tak boleh jenjalan lagi shopping kat Jusco pastu gi makan seafood kat Klang.Tak pa lenkali leh gi lagi bukannya jauh sangat Klang dgn Nilai.

Kira kes abah tu ok ler lagi salah hari jer.Aku dulu dengan kenkawan pernah salah rumah kenduri sebab terlupa bawa kad masa pergi,lepas tu nama pengantin tu lak sama.Masa tu yang aku tahu nama kawan aku jer,nama perantin lelaki tak ingat.Sampai jer aku dgn kenkawan,makan dulu ingat kejap lagi jumpa sebab perantin pompuan kat dalam rumah.Masa tengah makan perantin laki sampai dan masa perantin pompuan kuar,hampir tersedak aku dan kenkawan lain bila tengok alamak orang lain.Terus berhenti makan dan pergi salam tuan rumah ucap terima kasih,alamak malu betul,nasib baik orang lain tak tahu.Masa dalam kereta apalagi kitaorang ketawa tak leh berhenti sampai kuar airmata.Rupa-rupanya memang kawasan perumahan tu dah betul cuma lorong jerk lain.

Sejak dari kes tu sampai sekarang kalo ada majlis kawan kahwin aku akan ingat nama perantin lelaki tu sekali takut salah rumah lagik

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...