Aku dapat info ni dari sorang kawan,kebetulan aku memang suka makan ikan keli.Masa aku kecik dulu kalo balik kampung memang selalu makan ikan keli sawah rasanya lebih sedap dari yang diternak di kolam.Kalo kat kampung dulu arwah tok nek aku selalu masak Gulai Ikan Keli dengan ubi kemili.Ubi Kemili ni ubi yang kecik-kecik sekarang susah dapat.Kalo di Kedah masak kari yang bersantan tu dipanggil Gulai.Kalo kat nogori lak masak lemak cili padi disebut gulai.Ikan keli goreng pun sodap,sebab garing tapi isinya lembut atau masak goreng berlada,asam pedas dan masak lemak cili padi lah.Arwah tok nek aku dulu kalau wat gulai rempah tu giling sendiri,masa tu lak mana ada dapur gas lagi yang ado,dapur kayu dan dapur minyak.Selalu tok nek aku masak dengan dapur kayu bila tok nek tumis rempah tu bau rempah tu wangi masa tu dah rasa lapar,memang aku tunggu jerk bila lah nak makan.Ikan keli ni setengah orang tak suka makan sebab hanyir tapi kalau pandai cara bersihkan dan cara masak bau hanya hanyir tu memang tak der.Selalunya lendir pada ikan keli tu mesti dikikis dengan pisau kemudian dibasuh dengan air asam jawa dan garam.Rendam kejap dalam air asam tu sebelum basuh dengan air bersih.Kalo masak asam pedas ikan keli cuba tumbuk lada hitam sikit campur dalam kuah dan letak sayur jeruk samada kobis jeruk atau sawi jeruk,pergh terangkat ko rasa asam pedas tu pada yang dah kahwin mak mertua lalu pun dah tak nampak agaknya,kalo yang belum kahwin tu sesapa lalu pun dah tak kisah.So ni antara info untuk membezakan ikan keli
Haram
(Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak
Halal
(diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup
August 16 Update
8 years ago
1 comments:
wah ada posting ttg ikan keli...apa kata lawat ke blog khas ikan keli...sila o sila...
Post a Comment