Lega itu saja yang dapat aku katakan bila tengok kucing kesayangan aku dah beransur sihat.Tq pada Dr.Ee dari Klinik Haiwan Ee,Seremban.Soal harga atau berapa tidak penting yang penting Danny kini sihat.Masa pergi ambik Danny kat Seremban hari Jumaat Lepas,aku cuba panggil untuk melihat reaksi Danny,alhamdulillah,panggilan ku telah disahut dengan mengiau dan Danny memalingkan mukanya untuk melihat aku.Anak buah aku Azim tak berhenti-henti panggil nama Danny,sampai Danny dah malas nak menyahut hehehe.Balik dari ambik Danny,aku terus balik rumah.Selesai menguruskan Danny iaitu mandikan serta bagi makan,aku ,mak,adik ipar aku Zana serta anak buah aku yang sorang tu ke Pejabat KWSP di Kajang.Aku dah lama nak pergi update penama untuk wang KWSP ni jadi kebetulan aku dah cuti hari Jumaat lepas maka peluang yang ada tak aku sia-siakan begitu saja.Adik ipar aku lak tak da apa hal ari tu ,dia bawa aku gi Pejabat KWSP di Kajang.Pada yang belum update penama tu baiklah pergi update,kita tak tahu apa akan terjadi pada kita,jangan nanti duit kita tu tak dapat diambik oleh waris yang tinggal.Untuk pengetahuan segala data penama dulu telah hilang dari sistem KWSP sejak KWSP menggunakan sistem baru pada November 2008 atau 2009 aku pun dah lupa ler.Kalo korang belum gi update baiklah gi update.Kadang-kadang kita terlupa hal-hal macam ni sebab rasa nantilah banyak masa tapi sekiranya terjadi apa-apa bukan senang waris kita nak menuntut wang KWSP kita tu kalo tak der penama.Bila selesai urusan,apalagi jalan-jalan sekitar Kajang.Aku tak pasti shopping mall tu nama apa tapi ada Gulati's kat dalam tu.Mak aih rambang mata aku tengok kain kat dalam tu cantik-cantik belaka dari yang murah hinggalah yang mahal.Sempat jugak membelek lace yang dipamerkan kat situ.Ni baru cawangan kecik kalo cawangan yang besar mahu juling mata aku tengok kain.Ni belum lagi pergi Jakel lagi.Hari Sabtu aku ikut adik aku Izad,pergi Bandar Botanic Klang pastu singgah Jusco Bukit Tinggi makan kemudian pergi I-City Shah Alam.Pagi Sabtu aku dah merayau dgn mak dan Shila ke Nilai Square dan Nilai 3,lutut aku dah mula rasa sakit sikit tapi aku bertahan.Masa kat Jusco,sakit lutut aku makin kuat tapi aku sapu Counter Pain untuk bertahan.Ubat penahan sakit aku dah lama abis.Dah lama lutut aku tak sakit,mungkin sebab badan pun dah makin besar skrg ni so sakit tu datang balik.Masa berjalan tak ingat dunia,bila dalam kereta baru rasa betapa sakitnya hingga meleleh airmata.Bila tengok alamak dah bengkak.Masa dalam perjalanan ke balik selepas gi I-City yang bergemerlapan dengan cahaya tu,aku nampak Jakel cawangan Shah Alam yang bebetul besar,kitaorang tak singgah pun sebab penat sangat.Masa di I-city aku baru jer nak snap beberapa gambar bateri kamera abis,adooiii menci betul.Yang mana aku sempat amik tu nantilah aku upload.Satu hari yang memenatkan kaki aku dan lutut aku yang sakit macam nak tercabut.Masa Mr.BF call aku punyalah mengadu,dia ketawakan aku lagi adalah siap cakap kenapa tak pusing abis Jusco dan bandar Shah Alam tu ,datang awal sikit baru berbaloi kalo sakit lutut tu.Amboi sesedap rasa jerk Mr.BF yer,siaplah lenkali lutut aku dah tak sakit,Jakel Shah Alam,Jusco Bukit Tinggi tu aku nak gi,masa tulah aku tunjuk sumer yang aku nak mahu pengsan Mr.BF nak bayar,perli aku sangatkan.Walaupun penat atapi seronok sebab hari cuti aku terisi tak derlah asyik lepak kat rumah tengok tv jerk.Apa-apa pun hati aku lega urusan penama KWSP dah selesai,urusan Danny dah selesai tapi ada lagi yang belum selesai yang tu coming soon cewah cam promo new movie lak kan.
August 16 Update
8 years ago
4 comments:
bosan betul bila syok2 nak amek gambar, tapi battery habis kan.. haha happened to me too when i went to i-city..
btw, jom join my blog giveaway ya.. :)
betul lah Ajjah tengah excited nak ambik gambar bateri abis,rugi betul
hehehe standby le camera 2-3 bijik..
hisss jalan x hingat dunia ni..nasib dah nampak jalan balik.
cakap kat Mr BF tu jgn perli2 ada berani datang teman shopping-sure x berani punya
yg ado pun sebijik tu jer camera.dok tunggu masa jerk ni nak pau Mr.BF abis-abisan hahaha
Post a Comment