Followers

Friday, December 26, 2008

Bosannyer

25hb Dec,hmm company lain cuti tapi aku keje mcm biasa sebab company mmg tak declare Krismas sbg cuti umum.Pepagi masa mula keje tu tak terasa sangat sebab sibuk dengan keje.Dalam pukul 11 pagi,keje yg urgent tu dah siap mula ler terasa bosannya.Ish nyesal lak tak ambik cuti,baru jer semalam Ms.Yap tanya.Kak Sal cuti,Devi pun cuti,Huda lak gi Alps Jengka alamak sampai pukul berapa aku boleh bertahan nih.Lepas lunch Kak Kiah beritahu dorang nak balik pukul 3,huh takan nak tinggal aku sorang dgn boss alamak,fikir punya fikir aku pun balik awal gak sbb nak gi Alamanda Putrajaya.Pening lak kepala tengok ramainyer manusia kat Alamanda nih,sampaikan Azim mulalah nak bebal.Macam biasa selalunyer aku ler yg tolak stroller Azim,alamak jatuh saham nih hehehehe.Takder lah shopping mende sangat pastu gi Mc D,apalagi Spicy Chicken McDeluxe ler jadi pilihan,Shila lak tak leh tinggal Big Mac dier tu.Mak mcm biasa tak gemar mkn burger sangat cuma nak French fries jer.Abah tak nak order rupanya dah kenyang makan nasi beriani kata mak. Aku nih mmg suka bab-bab shopping nih tapi memandangkan sibuk dgn si Azim tak dapat ler nak singgah kat butik yg ada kat Alamanda tu.Ada beberapa mende aku nak survey ni.

Tuesday, December 16, 2008

Balik Kedah

Pepagi lagi aku dah bangun kejut semua orang supaya bersiap nak balik Kedah.Boy tido kat rumah dia so terpaksa ler aku jadi alarm takut terlambat,plan asal nak bertolak pukul 4.30 pagi tapi hampir pukul 5.00 pagi baru bergerak dari Nilai. Masa dalam perjalanan pergi takda pulak aku rasa mengantuk atau tertido.Berhenti sarapan di R&R Sungai Perak.Sampai Kulim lebih kurang pukul 10.30 pagi terus ke rumah mertua adik.Cuaca memang tengah panas terik,rasa cam nak terbakar kulit.Kalo kat Nilai tak der panas mcm ni.Selepas bersiap kami bertolak ke rumah makcik Chom.

Berseri-seri Kak Liza jadi pengantin,anggun dalam kurung moden ungu lembut.Hiasan bilik puncantik dan terpesona le kejap tengok hasil kreatif makcik aku ler,bingkai gambar bunga sabun.Hantaran dari pihak lelaki pun cantik.Lepas bergambar kitaorang bergegas ke majlis perkahwinan anak sedara Zana,Safwan.13hb majlis di sebelah pihak perempuan kitaorang dijemput mengantar perantin hehehe apalagi gi jer.

Majlis kat rumah pihak perempuan hidangannya mmg sedap dah lama aku tak rasa Nasi Daging dengan air asam.Lupa kejap pantang-larang tak boleh makan daging. Malam aku,mak,abah & Zalie tido kat Northern Lodge hotel biasa setelah Seri Malaysia hampeh ada ka dah booking bilik sebulan awal pun boleh bilik tak siap.Angin juga aku dibuatnya. Malam gi jengok rumah Taman Ria,jumpa bebudak yang menyewa kat situ.Rumah bersih hmm lelain urusan abah serahkan pada pakcik khir.

14hb majlis rumah Safwan pulak.Lepas makan kitaorang gi Penang cuma Zana yang tak ikut.Azim bukan main suka lagi dapat berjalan kat Padang Kota dan main jongkang-jungkit sebelum mengamuk.Lapar rupanya,terus gi QueenBays Jusco beli bubur McD dan suap dia makan.Masa tengah dukung nak keluar gi kat kereta Azim dah tertido. Malam ambik Zana kat rumah mak dia pastu dalam pukul 10 kitaorang bertolak balik ke Nilai. Berhenti kat R&R Simpang Pulai kot kalau tak silap aku ler.Pastu terus tak berenti sampai Nilai.huh lega dah sampai rumah.Lepas mandi apalagi tido mmg penat giler.Nasib baik 15hb aku cuti.

Thursday, December 4, 2008

Insurans,Rezeki dan Kehidupan

Lama juga aku tak update blog aku nih,baru-baru aku ambik insuran dengan adik ipar aku Zana.Kebetulan lak Zana baru jadi ejen insuran Etiqa Takaful nih.Aku dah fikir abis kalo aku tak ambik pun duit abis macam tu jer.Hm 12hb ni aku cuti dan 13hb lak majlis perkahwinan sepupu aku,Kak Liza.Akhirnya Kak Liza bertemu jodoh.Sebelum ni Kak Liza bertungkus lumus jadi wedding planner untuk adik dia sekarang dah sampai masa Kak Liza uruskan majlis sendiri pulak.Insyallah aku akan upload gambar majlis tu nanti.14hb pulak majlis perkahwinan anak sedara Zana.Biasalah bila time kenduri mulalah fikir nak pakai baju apa,itulah inilah wah mengalahkan mak datin lak aku nih.Izad lak dah dapat kete barunyer hampir sebulan lebih.Alhamdullilah rezeki bertambah cuma buat masa ni sebelum kete lama dia terjual rasa perit ler sikit nak bayar bulanan tu.Insyallah rezeki Allah ada dimana-mana kita kena rajin jer.Jangan melebihi kemampuan diri udahler.Aku ni bila tahun dapat beli kete sendiri pun tak tahulah susah gak kalo tak der kenderaan ni.Aku ni lak bukan jenis boleh duduk rumah boring giler. Aidil Adha tahun ni kat Nilai dan hujan turun dari pukul 5 pagi sampai petang.Izad & family datang tengahari sikit,juadah Aidil Adha kali ni Bihun Sup Daging.Satu famili puji sedap wah kembang sekejap,nilah hasil kombinasi masakan aku dan mak.Ada kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tapi yang paling suspen tu nama tempat tu Taman Bukit Mewah,huh berdebar gak sebab mak sedara kitaorang ada kat Taman Bukit Mewah Kajang dan memang kat tepi bukit lak tu. Hmm tak lama lagi dah nak masuk tahun baru Islam & juga tahun baru 2009.Insyallah jika diizinkan Allah ada banyak perancangan untuk tahun depan.Apa tu biarlah rahsia dulu bila sampai masa semua akan tahu.Mudah-mudahan kali ni dipermudahkan.

Wednesday, November 12, 2008

Make over ler konon

Sejak lepas raya ari dah lama aku tak update blog nih.Aku baru potong rambut,pastu Shila tolong luruskan.Minggu lepas aku,Zana & Shila gi Mid Valley sebab ada career fair.Kitaorang gi naik komuter kat Batang Benar.Lepas selesai urusan kat career fair kitaorang makan kat food court Mid Valley tu. Zana order makanan Jepun ntah apa nama,aku semestinya Asam Laksa & Shila order Nasi Ayam.Air kitaorang sumer sama Ice lemon Tea. Selesai makan terus gi Jusco Aeon Wellness nak cari pewarna rambut jeng...jeng nak make over nih.Buat pertama kali aku nak warnakan rambut.Shila pun sama.Apalagi mula kitaorang belek pelbagai jenama dan warna yang ada,aku dah dapat pewarna Ellips ,Shila lak ambik Loreal lepas bayar kitaorang terus ke komuter nak balik ler apalagi.Orang punya ler ramai masa nak naik komuter tu Shila & aku tak dapat naik sebab dah padat macam tin sardin,yang Zana pulak kena tolak nasib baik tak jatuh.Ish teruk betul dorang tak da kesedaran sivik langsung.15 minit lepas tu,giliran aku & Shila pulak naik komuter nasib baik cepat tak der lah Zana terpaksa tunggu lama. Malam tu apalagi bermulalah sessi make over ni.Masa aku cuci rambut terkezut gak tengok ish jadi warna macam bulu Oren(kucing aku)alamak.Lepas kering nasib baik ok tak ketara sangat.Nasib baik abah tak marah,lega.Zalie kata rambut aku macam Indon yang kat rumah kongsi,hampeh betul.

Monday, October 20, 2008

Aidil Fitri 2008

Aidil Fitri tahun ni meriah gak walaupun aku dan famili cuma beraya di Nilai,kebetulan lak jiran tak balik kampung so lepas sembahyang raya dah ada tetamu datang nasib baik sumer dah siap. Juadah istimewa sudah semestinya Kuah Lodeh,Rendang Ayam,Sambil Kacang & Nasi Impit.Izad adik aku balik beraya ke rumah mertua di Kulim.Masa bermaafan dengan mak dan abah macam biasa pasti sayu.Petang raya Mak,abah dan Zalie bergegas balik ke Kluang,Johor sebab menziarahi Busu Esah yang tetiba kena stroke dan lumpuh sebelah badan.Busu Esah cuma adik angkat Mak Ngah tapi dah macam keluarga kami sendiri. Aku dan Shila ada kat rumah,asyik tengok tv dan makan maka bertambah ler berat badan aku hehehe.Lutut aku dah sakit tahap gila.Masa Mak Ngah dan sepupu aku datang raya ke 3,comelnyer si Khaira pipi makin gebu,lutut aku makin sakit aku bertahan dengan Panadol Extend kalo tak mau aku meraung.Raya ke 4,sepupu aku dari Damansara,Kak Ros datang dengan ipar duainya wah penuh rumah meriah betul,Izad dan famili pun dah balik dari Kulim.Seronok tengok telatah Khaira & Azim.. Lepas raya aku mengadap doktor Ravi sebab dah tak sanggup menahan sakit lutut maka doktor mengesahkan tulang rawan aku bergesel disebabkan berat badan so skrg ni aku dlm proses diet maka harapan aku kali berjaya sebab setiap minggu kena pergi klinik timbang kalo tak turun lutut aku takan baik.Kena injection pastu kaki kena balut.Doktor beri mc 2 hari. 13hb hari aku mula diet huh malam tak boleh tidur sbb lapar tapi aku tahan jek memula jer gini lelama ok ler.Skrg aku dah boleh tahan tak makan nasi just ambil buah-buahan,sayur,ikan atau ayam yg dikukus atau masak sup. Mudah-mudahan usaha kali ini berhasil.

Thursday, September 18, 2008

Selamat Hari Jadi Azim

Cepat sungguh masa berlalu,semalam 17hb Sept genap setahun umur anak buah aku Azim Haiqal.Memandangkan bulan puasa so kitaorang potong kek lepas berbuka.Azim belum pandai nak tiup lilin jadi ibu dia yang tolong tiupkan.Azim seronok bila ibu dia pegang tangan dia suruh potong kek.Agaknya dalam hati Azim,apalah yang dorang suruh aku buat ni.Aku belum sempat beli hadiah nanti kot.Mak masak Nasi Dagang dengan Gulai Ikan Tongkol,sedapnyer dah lama tak makan.Lupa lak nak ambik gambar nasi dagang tu semalam.Selamat Hari Jadi Azim,moga menjadi anak yang baik dan cerdik.

Monday, September 15, 2008

Penat giler

Cuti minggu ni aku sibuk sangat.Hari Jumaat lepas berbuka,aku dan Shila gi Giant beli barang nak buat kuih.Semangat nak buat kuih raya tengah berkobar-kobar ni.Esok paginya bila aku bangun mak dah siap kemas dapur dan bentangkan tikar untuk kitaorang duduk buat kuih termasuk ler barang-barang untuk buat kuih raya ni mcm timbang,mangkuk adunan,mixer dan oven.Ish mana assistant aku ni,la belum bangun tido,Shila kepenatan so aku tunggu adik ipar datang sebab nak gi beli badam & paper cup kat Grand Union Supermarket.Zana,adik ipar aku buat pertama kalinya nak belajar buat Tumpi Kacang Hijau dgn mak.Tumpi mak memang sedap tapi dah lama mak tak buat. Hari ni aku mulakan dengan Biskut Cornflakes Crunchy Madu.Biskut ni antara biskut kegemaran adik aku Shila.Dari pukul 11.00 pagi aku mula buat kuih ni sampai pukul 10.00 malam,penat giler.Shila lak berbuka dengan kenkawan dia kat Nilai Spring Golf Club tinggal ler aku menghabiskan keje membakar biskut sampai selesai.Hari Ahad buat biskut Mazola.Biskut ni kejap jer sebab kitaorang cuma buat satu adunan.Hmm selesai dah ada 2 biskut raya,Sabtu ni projek bersambung nak buat Biskut Makmur. Abah kata biskut yang aku buat sedap cewah kembang aku bila dipuji.Aku pun dah lama tak buat biskut ni asyik beli jer tiap-tiap tahun tapi memandangkan tahun ni harga biskut sumer naik so aku dan Shila plan, baik buat yang mana kitaorang tahu bukan apa takut membazir tepung lak.
Hasil penat lelah aku & Shila
Biskut Honey Cornflakes Crunchy
Photobucket
Biskut Mazola
Photobucket

Monday, September 8, 2008

Ramadhan datang lagi

Hari ni dah 8 hari umat Islam berpuasa,cepat sungguh masa berlalu.Tahun ni semua biskut raya naik harga so aku dah berpakat dengan Shila nak buat biskut sendiri terutamanya yang kitaorang tahu buat ler.Bukan apa takut nanti membazir tepung hehehe.Biskut Makmur,Mazola & Cornflakes Crunch Madu ada dlm senarai.Maklumlah sumer biskut ni senang dan gerenti jadik.Shila memang suka bab-bab buat biskut ngan kek,aku lak lebih suka masak lauk-pauk.Ingat hari Sabtu ni nak mula buat sebab dah masuk 2 minggu berpuasa.Nak kena list out brg apa yg nak beli ni. Lagu satu aku nak cuba ler buat Biskut Dahlia atau orang Kedah kata samperit.Bahan-bahannya pun tak susah.Kalau biskut ni menjadi boleh wat bisnes kot lain kali hmm jadik tokeh biskut ler pulak.Bila sesibuk buat biskut raya ni barulah rasa sikit suasana raya kalo tak biasa jer.Ish mana aku nak cari munger api ni maklumlah tahun ni anak buah aku Azim ada tapi yang nak main tu Maklong & Chu yang lebih :)

Photobucket Image Hosting

Tuesday, August 26, 2008

Salah Urat

Dua tiga hari ni aku geram betul sebab lutut aku ni ntah masa bila tersalah urat aku pun tak perasan tetiba bengkak lak.Aku yg sememangnya tak gemarkan bau minyak angin terpaksa ler menahan disebabkan nak cepat baik.Bila turun naik tangga huh meleleh airmata dibuatnya dek kerana menahan kesakitan.Harap-harap tu cepat baik ler lutut aku ni.Nasib baik ler ada adik aku Shila sudi mengurut siap mintak pengeras lagik.Kalo tukang urut selalunya pengerasnya garam atau duit tapi Shila lain sikit dia minta KFC.KFC pun KFC lah janji sakit lutut aku ni baik.

Friday, August 22, 2008

Bercuti ke Sungai Petani

16hb ari tu aku balik SP.Si kecik Azim Haiqal tu kena ler bawa sebab mak yang mengasuh dia.Skrg ni Azim dah makin lasak penat juga melayan karenah dia.Aku bercuti untuk menenangkan fikiran dan berehat atas nasihat doktor.Kebetulan 17hb tu ada kenduri kahwin anak kawan Abah masa sekolah dulu. Lepas pergi kenduri tu terus gi Pekan Rabu,Alor Setar.Masa kat Pekan Rabu aku tak ikut mak & Shila gi beli barang just tunggu dalam kete jaga Azim tu.Nak jumpa Ija pun tak sempat sebab nak bergegas balik ke SP semula tambahan pulak malam tu nak tgk final Olimpik Badminton antara Malaysia & China.Hari Isnin berpeluang makan tengahari dengan kawan baik aku,Kak Ah.Hujan lebat sangat masa tu.Pastu sempat jenguk tempat keje Kak Ah dan jumpa Abg At dan Abg Zali.Abg Zali terus tegur ish makin bulat ko skrg,aku senyum jer.Kemudian Kak Ah antar balik kat hotel.Kata Kak Ah insyallah lepas raya dia akan bertunang.Aku tumpang seronok dengar berita gembira tu.Kalau ikutkan hati nak juga balik masa Kak Ah bertunang,ntah tgklah keadaan. Hari Selasa 19hb,aku balik ke Nilai,semasa dlm perjalanan berhenti di R& R Tapah sebab nak salin diaper Azim dan bancuh susu Azim.Mak & Shila apalagi gi borong buah Jambu.Perjalanan diteruskan dan kami berhenti sekali lagi di R& R Ulu Bernam sebab nak makan Mee Rebus Pak Tam yang mmg sedap.Selain Mee Rebus ada makanan lain juga mcm Bihun Sup,Soto dan banyak lagilah. Mee Rebus ni makanan kegemaran abah.Sampai Nilai dalam pukul 5 petang.Hmm nasib baik 20hb aku masih cuti boleh gak aku rehat.Lutut aku ni wat hal pulak tetiba jer sakit ntah masa bila salah urat aku pun tak perasan.

Dugaan Hidup

Agak lama juga aku tak update blog ni.Keadaan kesihatan tak mengizinkan.Result medical dah pun aku tahu.Masa memula tgk sel darah dah normal aku gembira sangat tapi kegembiraan aku hanya sementara bila doktor beritahu hati aku ada sedikit masalah.Kata doktor,Rohaida semua ni masih boleh dikawal dan jangan terlalu risau.Bila keluar dari bilik doktor,mak terus tanya mcm mana,ok tak.Mula aku tak nak beritahu tapi kerana tak sampai hati aku terus beritahu Mak tetiba mak nangis ler pulak.Aku terus beritahu mak jgn risau,doktor kata masih boleh dirawat dan insyallah aku akan sihat semula.Esoknya ditempat kerja ntah kenapa tetiba lak aku sedih bila teringat penyakit aku sekarang ni.Selepas balik kerja semasa menonton tv sekali lagi airmataku mengalir dan mak terus cakap,kuatkan semangat jgn putus asa,usaha untuk pulih semula.Adikku yg bongsu Shila pun kata Kak Long patut bersyukur dapat tahu di peringkat awal dan masih boleh dirawat. Aku kuatkan hati untuk menempuhi dugaan yang datang ini.Ada insan yang lain yang lebih berat dugaannya dariku.

Thursday, July 31, 2008

Sakit teruk.

Hari Selasa aku balik awal sebab demam dan bergegas pergi jumpa Dr.Ravi,doktor peribadiku.Seperti yang dijangka,tekanan darah aku melambung 180/110 kata doktor patut dah masuk wad.Sambil tersenyum Dr Ravi,kata Rohaida i tahu u tak control pemakanan u.Alamak pecah rahsia sebab tu badan naik berkilo-kilo.Hari Sabtu ni kena buat medical check-up semula.Memang flat abis aku sampai ari ni masih belum sihat sangat tapi kugagahi jua datang kerja maklumlah ari ni month end closing. Masa kat rumah nak makan pun tak lalu sgt rasa lapar tapi bila makan aku asyik muntah jer mengalahkan orang pregnant lak.Patutlah Dr Ravi bagi ubat angin sebesar piring kata mak.Hari ni kat opis batuk teruk lak sampai kenkawan dengar pun takut,nak kena pergi ambik ubat batuk ni kalo tak mau berbulan nak baik.

Monday, July 28, 2008

Lesu

Cuti hujung minggu ni tak tahu kenapa badan aku rasa lesu dan tak bermaya langsung.Malam jer suhu badan panas,aku minum air Alfalfa Leno untuk menyejukkan badan baru boleh tidur.Hari Sabtu pepagi dah bangun tolong mak kemas rumah walaupun rasa tak cukup tidur aku habiskan jugak lap almari dan kerusi,baru aku bersarapan.Ptg aku tidur lagi,aku rasa penat sangat mcm baru buat kerja berat.Adakah simptom penyakit ku dulu kembali.Sepatutnya aku ni berpantang makan tapi manalah boleh tahan kalo org lain makan sesedap depan aku,takan aku nak tengok jer.Hari ni aku puasa ganti walaupun rasa tak berapa sihat tapi aku gagahkan juga diri. Aku dah berjanji nak kemas pakaian lama ku dengan mak tapi memandangkan badan aku lemah sesangat mcm dah abis tenaga maka aku tangguhkan dulu. Malam pesan dengan Abah belikan Nasi Goreng USA dan air sirap sebab aku nak bersahur.Kali ni Abah beli di restoran lain rasanya tapi lebih sedap dari tempat selalu tu. Aku siap pesan dengan abah kalau kaklong order abah beli kat restoran tu lagi.Zalie baru balik malam semalam,gi Pangkor katanya wah untung ler dia sambil antar orang boleh jenjalan sekali.Hari ni boss balik dari bercuti,ntah kenapa aku malas sgt ari ni dengan badan yang tak berapa sihat ni rasa cam nak balik jer.

Friday, July 25, 2008

Asam Garam Kehidupan

Tahun ni umur aku 34 tahun tapi aku dah lalui bermacam dugaan sepanjang tempoh itu tapi aku bersyukur apa yg aku lalui buat aku semakin matang mengharungi hidup.Semua tu asam garam kehidupan.Dah 11 tahun lebih aku bekerja kat TDK ni dan beruntung ada kenkawan yang best terutamanya Kak Sal & Devi.Kawan baik aku di Sungai Petani & Alor Star.Muzakarah & Iza,dua org kawan yg takan aku lupakan sampai bila-bila.Selain dari kawan baik,keluarga aku makin meriah dengan kehadiran adik ipar Zana & satu-satunya anak sedara aku Azim Haiqal.

Thursday, July 24, 2008

Aku & Blog

Akhirnya aku ada blog sendiri.Boleh ler aku coretkan apa saja yg berlaku dlm kehidupan.Memandangkan aku masih baru so blog aku ni banyak lagi mende yang perlu diperbaiki.Aku ni mmg gemar sikit bab-bab edit termasuk ler edit gambar,berjam-jam depan PC pun aku tak kisah.Janji aku tak kacau org dan aku puas dengan apa yang aku hasilkan.Ada gak kenkawan yang suruh aku edit gambar kahwin dorang,hmm atas dasar kawan aku tolong ler,mungkin nanti boleh jadi pendapatan sampingan.Ni salah satu hasil keje aku
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...