Cuti minggu ni aku sibuk sangat.Hari Jumaat lepas berbuka,aku dan Shila gi Giant beli barang nak buat kuih.Semangat nak buat kuih raya tengah berkobar-kobar ni.Esok paginya bila aku bangun mak dah siap kemas dapur dan bentangkan tikar untuk kitaorang duduk buat kuih termasuk ler barang-barang untuk buat kuih raya ni mcm timbang,mangkuk adunan,mixer dan oven.Ish mana assistant aku ni,la belum bangun tido,Shila kepenatan so aku tunggu adik ipar datang sebab nak gi beli badam & paper cup kat Grand Union Supermarket.Zana,adik ipar aku buat pertama kalinya nak belajar buat Tumpi Kacang Hijau dgn mak.Tumpi mak memang sedap tapi dah lama mak tak buat.
Hari ni aku mulakan dengan Biskut Cornflakes Crunchy Madu.Biskut ni antara biskut kegemaran adik aku Shila.Dari pukul 11.00 pagi aku mula buat kuih ni sampai pukul 10.00 malam,penat giler.Shila lak berbuka dengan kenkawan dia kat Nilai Spring Golf Club tinggal ler aku menghabiskan keje membakar biskut sampai selesai.Hari Ahad buat biskut Mazola.Biskut ni kejap jer sebab kitaorang cuma buat satu adunan.Hmm selesai dah ada 2 biskut raya,Sabtu ni projek bersambung nak buat Biskut Makmur.
Abah kata biskut yang aku buat sedap cewah kembang aku bila dipuji.Aku pun dah lama tak buat biskut ni asyik beli jer tiap-tiap tahun tapi memandangkan tahun ni harga biskut sumer naik so aku dan Shila plan, baik buat yang mana kitaorang tahu bukan apa takut membazir tepung lak.
Hasil penat lelah aku & Shila
Biskut Honey Cornflakes Crunchy
Biskut Mazola
0 comments:
Post a Comment