Sejak lepas raya ari dah lama aku tak update blog nih.Aku baru potong rambut,pastu Shila tolong luruskan.Minggu lepas aku,Zana & Shila gi Mid Valley sebab ada career fair.Kitaorang gi naik komuter kat Batang Benar.Lepas selesai urusan kat career fair kitaorang makan kat food court Mid Valley tu.
Zana order makanan Jepun ntah apa nama,aku semestinya Asam Laksa & Shila order Nasi Ayam.Air kitaorang sumer sama Ice lemon Tea.
Selesai makan terus gi Jusco Aeon Wellness nak cari pewarna rambut jeng...jeng nak make over nih.Buat pertama kali aku nak warnakan rambut.Shila pun sama.Apalagi mula kitaorang belek pelbagai jenama dan warna yang ada,aku dah dapat pewarna Ellips ,Shila lak ambik Loreal lepas bayar kitaorang terus ke komuter nak balik ler apalagi.Orang punya ler ramai masa nak naik komuter tu Shila & aku tak dapat naik sebab dah padat macam tin sardin,yang Zana pulak kena tolak nasib baik tak jatuh.Ish teruk betul dorang tak da kesedaran sivik langsung.15 minit lepas tu,giliran aku & Shila pulak naik komuter nasib baik cepat tak der lah Zana terpaksa tunggu lama.
Malam tu apalagi bermulalah sessi make over ni.Masa aku cuci rambut terkezut gak tengok ish jadi warna macam bulu Oren(kucing aku)alamak.Lepas kering nasib baik ok tak ketara sangat.Nasib baik abah tak marah,lega.Zalie kata rambut aku macam Indon yang kat rumah kongsi,hampeh betul.