Followers

Monday, December 28, 2009

Perancangan 2010

Tinggal beberapa hari lagi 2009 akan meninggalkan kita.Bila tahun baru akan ada azam baru camtu juga dengan aku.Azam yang belum tertunai akan aku cuba sedaya mungkin untuk mencapainya dalam tahun 2010.Terlalu banyak dugaan yang aku tempuhi sepanjang tahun 2009. Alhamdulillah,aku kini kembali sihat,bersemangat dan insyallah pada tahun 2010,apa yang aku rancangkan sebelum ini akan bermula.Semuanya perlu perancangan yang rapi sebelum ianya bermula.Tentu sekali bisnes online yang dah lama org lain pelopori.Aku biasa berniaga tapi sebelum ni hanya dengan cara biasa,masa tu belum pandai berblog.Salah seorang rakan opis Noni pun sudah memulakan online bisnes,pernah gak aku beli salah satu produk tapi terus melalui Noni ,bagus gak produk detox patch tu.Maklumlah aku jarang bersenam,jarang berpeluh maka segala toksid dalam badan sekali tampal detox patch tu hitam pekat toksid yang keluar,patutlah berat jer rasa badan sebelum ni. Sekarang ni aku dan adik aku dalam proses memilih pembekal jadi insyallah mungkin dalam bulan January,Emerald Collections akan dilancarkan. Selain bisnes ada juga sesuatu yang masih dalam perancangan,insyallah jika semuanya berjalan lancar akan aku khabarkan pada semua .Semoga apa yang aku rancangkan akan jadi kenyataan.

Friday, December 25, 2009

Baby Sitter

Azim Haiqal
Hari ni cuti Krismas ,huh tak boleh imagine hari cuti kena dok kat rumah dan hari ni kena jadi baby sitter to Azim Haiqal.Shila pepagi dah cabut dengan kete aku ler,gi rumah kawan dia kat Puchong. Memandangkan aku jadi baby sitter ari ni maka Azim sampai jer,aku terus pujuk dia suh mandi,ntah naperlah sekarang ni dia macam takut air sikit kalo tak berjam-jam dalam bilik air pun tak per. Masa mandikan Azim terpaksa aku jadi cam cikgu tadika sikit kena nyanyi masa dia gosok gigi,masa gosok badan dia dengan baby bath shower tuh kalo tak wat camtu baru kena jirus air jer dia akan cakap 'tak mau dah'.Abis bab mandi tiba bab paling tension kalo dengan anak buah aku yang sorang ni,bab pakai baju dan diaper.Sekali lagi kena guna taktik supaya senang uruskan dia.
Lepas mandi teruskan suapkan Azim makan dulu,ari ni berselera sikit Azim makan,selepas baik dari demam,badan Azim susut sikit.Lepas makan jerk terus beri dia minum vitamin C tu,tetiba Azim tarik tangan aku,ingatkan apa hal rupanya ajak keluar dia nak naik basikal dia.Huh maka lagi sekali kena jadi kaunselor pujuk dia tak leh main kat luar lagi,tengahari panas.Nasib baik Azim ok tak mengamuk.Lega sikit.
Azim ajak naik atas ke bilik mak,dalam hati aku lega sikit mungkin dia nak tidur kot.Masa bagi dia minum susu tu ingat kat dia nak tido rupanya tak mata dia segar bugar,ntah masa bila aku lak yang terlelap tapi tiba-tiba kedebuk adoooi sakitnya dahi aku.Azim ketuk dengan lori mainan dier .Amik kau sapa suruh tido hehehe.Nasib baik tak lebam.
Pejam celik pejam celik dah 2 tahun lebih umur Azim,rasa cepatnya masa berlalu.Sekarang ni pun Azim tengah belajar bercakap dan meniru perbuatan orang hmm maka segala tutur kata kena jaga sebab dia mudah mengikut.Ada masa tu tak tahu apa yang dia sebut maklumlah cakap pun pelat lagi,bila aku tak faham jerk apalagi dia mengamuk ler.Dah pandai merajuk sekarang ni,kata abah masa pergi Mc D ari tu dia nak mainan yang display tu mana ada jual lagi,abah belikan mainan lain apalagi naik kete jer dia merajuk terus meniarap kat tempat letak kaki dalam kete.Tulah penangan Azim Haiqal,the one & only grandson & nephew.

Thursday, December 24, 2009

Sungai Petani

12hb Dec,aku balik kampung dengan abah dan mak.Pak Cik Hashim kawan abah masa dalam Tentera dulu wat kenduri kahwin anak dia.Mula tu aku ingat malas nak balik sebab demam,batuk dan selsema belum baik betul tapi memandangkan mak ajak jugak maka aku pun ikut balik.Perjalanan balik ke Kedah memang best,kitaorang balik dengan kete Zalie.Itupun Zalie puas pesan macam-macam suruh jaga kete dia.
Bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi pastu sampai Sungai Petani pukul 12.30 tengahari,terus gi lunch dulu kat kedai makan berhampiran hotel penginapan kitaorang Northern Lodge.Masa dalam perjalanan pun singgah makan kat R&R Tapah,punyalah seksa nak cari tempat duduk,punyalah ramai manusia.
Wah masuk jer kedai makan tu,rambang mata betul tengok lauk pauk yang ada,sampai tak tahu mana nak pilih.Antara lauk yang jadi pilihan kitaorang hari tu Gulai Ikan Keli,Kerabu Nangka dan Asam Pedas Ikan Patin dan ada sayur kampung.Sebelum makan masa nak bayar aku tanya berapa harga sekali akak tu cakap RM 12.50,hah biar betul takan murah sangat aku tanya sekali lagi semua lauk ni akak dah kira ker,air dah kira ker.Akak Kedai makan tu cakap dah,aku terus cakap murahnya cam tak caya jer.
Lepas makan aku,mak dan abah merayau jap dalam Parkson yang bebetul depan hotel sebab bilik kitaorang belum siap.
Aku kalo bab shopping ni memang favourite hehehe.Belikan baju dan seluar khakis untuk Azim.Abah beli tali pinggang.Mak macam biasa mesti tengok handbag tapi mak kata tak der yang mak berkenan so duit mak selamat.
Lepas berehat kat hotel,aku ajak abah gi makan kat Medan Selera Jam Besar Sungai Petani.Masa dalam perjalanan ke situ dah bincang dah dengan mak dan abah nak makan apa.Menu pilihan aku dan mak tentu sekali Bihun Sup Utara,abah lak makan Capati yang memang terkenal kat situ serta menu tambahan Yong Tau Fu.
Masa makan tu aku dah tak peduli orang sekeliling sebab menikmati Bihun Sup Daging yang sememangnya sedap dan tak leh dapat di Nilai.Lepas makan gi shopping centre yang dekat medan selera tu dan aku beli T-Shirt Bum Equipment yang offer 50% kalo ikut hati mahu aku borong jer tapi kena bersabar kang balik Nilai,tak der sen lak hehehe.
Esoknya lepas check out terus ke kenduri kahwin,aku dan mak lepas makan sempat berposing dengan pengantin perempuan (anak pak cik Hashim).
Abah berpeluang jumpa kenkawan masa dalam tentera.Abah gembira sangat maklumlah dah lama tak pernah jumpa dah macam reunion lak.Ada antara kenkawan abah aku dah tak cam muka dorang.Lepas dari tu terus balik ke Nilai dan sampai Nilai dalam pukul 10.30 malam.

Wednesday, December 23, 2009

Cuti-cuti Malaysia - Melaka

Hari Raya Aidil Adha yang lepas,aku dan family beraya kat Nilai jerk.Memandangkan tak tau nak gi mana maka tetiba jer datang idea gi jenjalan ke Melaka.Apalagi lepas Zohor jerk maka berangkatlah aku,Zalie,mak dan abah.Shila dan ikut sebab gi beraya rumah kawan dia kat Puchong.Tempat pertama yang aku singgah Taman Mini Asean,punyalah excited baru jerk nak posing bateri kamera abis adooi rugi betul,nasib baiklah di zaman teknologi handphone ada kamera.Zalie siap amik gambar dengan Kuda yang ada kat taman tu.Yang kelakar memula tu jauh jer Zalie dari Kuda tu,dia kata takut kuda tu gigit hehehehe,bila tengok kuda dah ok jer Zalie makin rapat sikit (dah konfiden tak kena gigit).



Taman Mini Asean Melaka


Dari Mini Asean kitaorang gi ke Eye On Malaysia,kali ni Zali tak join sebab dia dah naik masa kat KL dulu.Mak dengan abah relax jer masa mende tu berpusing aku lak yang kecut perut,gayat hehehe.Lepas dari tu pergi ke Pahlawan mall kalo tak silap aku,apalagi cari bateri kamera lah sebelum nak naik River Cruise malam tu,orang punyalah ramai tapi memang best.Berangan ler kejap kononnyer  naik cruise kat Venice Italy.





Semasa di River Cruise Melaka

Ada lagi yang tak sempat naik iaitu Menara Taming Sari (mesti naik gak satu hari nanti),dalam perjalanan balik dah plan nak bawa anak buah kesayangan aku yang sorang tu Azim Haiqal gi Melaka jenjalan.Malam tu jugak balik ke Nilai,hmm walaupun sekejap memang terisi percutian kali ni.

Tuesday, November 10, 2009

AidilFitri 2009

Tahun ni kami semua beraya ni di Nilai dan pulang ke Sungai Petani pada hari raya ke 6 sebab ada majlis kenduri kakak ipar Izad di Kulim pada raya ke 7.Memang seronok raya tahun ni cuma boring x der berjalan kemana-mana sebab sumer org balik kampung.
Kira meriah gak bila malam raya pertama kenkawan Zalie datang rumah,mak sedara yang dok kat Kajang yang juga tak balik kampung datang.Penuh ruang tamu tapi aku puas hati lah,juadah yg disediakan habis,hilang rasa penat memasak.
Yang paling kelakar tengok gelagat sepupu aku yang sampai jerk kat rumah terus makan sebab dah lapar sangat,kata mak sedara tadi gi rumah org dorang malu tak nak makan tu yg sumer lapar hehehe.

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan 2009

Ramadhan tahun ni bebetul meninggalkan kesan sebabnyer aku kena chicken pox,adooi seksa gak rasa,nasiblah penyakit kena sekali seumur hidup kalo tak huh tak sanggup lagi aku tanggung.Sumernya bermula dari anak buah aku lah Azim,pastu jangkit kat adik aku Boy(ayah Azim) kemudian kena pada Zalie ,last sekali aku yang terima.Paling tak best naik kat muka alamak abislah kecomelan aku selama ni hehehe perasan jap.Aku dapat mc selama 3 minggu,hmm kesian Noni kena wat keja aku kat opis.Permulaan demam aku tak boleh makan apa pun ,minum air pun muntah dan yang yang aku tak sangka dalam masa seminggu berat aku turun sampai 6 kg.Ish biar betul.Nampaknya banyak hari lah aku kena ganti puasa,.

Tuesday, May 12, 2009

Selamat Pengantin Baru





9hb May aku & family kecuali adik ipar gi majlis perkahwinan Shah kawan baik adik aku Zalie di Hotel Armada,PJ.Majlis yg sederhana & meriah.Mudah-mudahan berkekalan hingga akhir hayat.

Monday, April 27, 2009

Annual Dinner 2009

18hb April annual dinner kat Pan Pac KLIA.Pengacara Malam tu Bob Lokman dan artis jemputan lak Ifa Raziah.Terhibur jugak lah dengan performance Ifa yg sememangnya kecoh tu.Lucky draw tahun ni,aku tak bernasib baik tapi at least pernah dapat ler jugak last year dari tak da langsung kan.Tahun ni merah menyala baju aku hehehe.
12 tahun aku kat TDK,pelbagai dugaan yg aku tempuhi.Pahit manis dgn TDK huh terasa hiba lak bila ingat sumer tu.Aku percaya Allah sentiasa menguji untuk melihat sejauh mana kesabaran dan kekuatan hambanya.Biarpun aku pernah tewas sekali insyallah selepas ini apa yg berlaku sebelum ini aku jadikan pengajaran & pengalaman mengajar aku segalanya tentang kerjaya,janji,sahabat serta tentang hidup.

Tuesday, March 24, 2009

Impian

Hmm dah lama aku tak update blog ni.Banyak perkara yang aku nak citer.Yang paling mengembirakan aku bila salah satu impian aku tahun ni nak ada kete sendiri tercapai,walaupun hanya Proton Saga lama insyallah aku perlahan-lahan akan tranformasi kan kete aku ni cewah mcm tag akademi fantasia la pulak.Yang penting kete ni tak da hutang jadi tak perlu aku pening kepala.Nak beli kete baru belum mampu so bersyukurlah dapat Saga ni hmm yang paling best auto pulak tu.Mak orang paling gembira bila aku ada kete sendiri maklumlah senang mak nak kemana-mana kalau tak boring gak hari cuti dok jer kat rumah.Sekarang ni pun aku dah drive hari-hari sampai depan kilang pastu abah bawa balik.Masa balik lak tengok mood ler kalo aku nak drive aku drive ler.Impian aku yang seterusnya insyallah akan terlaksana mudah-mudahan dipermudahkan segalanya. Tak sabar tunggu habis bulan Mac ni sebab lepas ni insyallah ada sesuatu yang mengembirakan.Lutut aku pulak,alhamdullilah semakin pulih berbeza dari dulu cuma bila naik tangga terlalu sangat tu akan bengkak ler jugak.Appointment dengan Dr.Rahim bulan 4 ni.Bila lah aku nak diet bebetul ni huh peritnya nak dapatkan balik berat ideal nih.Harapan aku agar impian aku untuk tahun 2009 ni akan terlaksana semuanya insyallah.

Monday, February 23, 2009

Hospital

18 Feb aku balik half day sebab tak tertanggung rasanya sakit lutut aku ni sampai rasa tak boleh berjalan.Malam tu aku menangis sebab sakit yg amat sangat.Keesokan harinya aku nekad nak gi jumpa pakar.Pepagi dah bangun siapkan pakaian mana tahu kalo kena masuk ward.Nampaknya Izad kena hantar aku gi hospital.Mak,Azim & adik aku Shila temankan,masa nak melangkah naik kete Izad,sakitnya tuhan yg tahu.Dalam perjalanan tu Izad sesaja jer nyakat kena operate lututlah hmm takut gak aku dengar tapi saja maintain kononnya tak de apa-apa.Sampai Kat KPJ aku gi ler ke kaunter reception dan beri surat dari doktor Ravi,hampeh betul yg dia tanya ada insurans ker tak pastu Doktor yg bertugas tu check aku pun tak suruh tunggu doktor pakar pukul 2.00 petang sebab dorang tgh ada function,huh ni yang buat aku angin dahlah lutut aku tgh sakit sampai nak jalan pun susah.Izad kata tak payah tunggu KPJ baik pergi Columbia.Sampai kat Columbia,aku dan Shila terus ker Emergency,daftar nama pastu jururawat bertugas check blood pressure & suhu badan,dok kejap jumpa doktor terus kena gi x-ray lutut kemudian jumpa Pakar Orthopeadic,Dr.Rahim. Merasa ler aku naik wheel chair,hmm masa tu hanya tuhan tahu perasaan aku yg bercampur baur takut tak leh jalan dah.Lepas settle sumer dapat MC 2 hari .Aku berterima kasih pada Mak,Izad dan Shila sebab ambik berat masa aku sakit.Kesian jugak pada Mak kena buat kerja rumah sensorang.Pergerakan aku skrg terbatas,insyallah lepas aku dah sihat semula nanti kerja-kerja rumah aku boleh buat semula.

Friday, February 13, 2009

Majlis Kak Anisah

7hb Februari ari tu,aku dan famili berkesempatan ke majlis perkahwinan Kak Nisah di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.Izad & famili pun turut ke majlis ni.
Memang ramai sungguh tetamu yg diundang,dewan ni ada air-cond so mmg selesa.Hidangan hari tu Nasi Hujan Panas,Dalca,Masak Lemak Cili Api Daging,Ayam goreng & Jelatah Timun Nenas.Selesai menjamu selera kitaorang bersalaman dengan pengantin dan terus balik.Aku,mak & Shila singgah ke Terminal One kononnya nak beli baju baru tapi design yg ada tak berkenan so tangguhkan dulu.Balik naik bas sampai di Nilai,abah ambik kitaorang balik.
Malam aku mmg penat giler plus pening & lutut aku berdenyut rasa cam nak tercabut.Tulah ada hati nak ikut mak & Shila sangat.
Apapun aku tumpang gembira akhirnya Kak Nisah bertemu jodoh dan moga kekal hingga ke akhir hayat.Lepas ni kurang ler ahli persatuan heheheheh insyallah tiba masa nanti giliran aku pulak.

Monday, February 9, 2009

Cuti Sakit

4hb hingga 6hb aku mc sebabnya tekanan darah naik mendadak sampai 188/120.Doktor yg memula check aku tu dah suruh admit hospital alamak tak nak lah.Aku request nak mkn ubat dulu dan keesokkan harinya aku ke klinik lagi berjumpa doktor yg biasa merawat aku Dr.Ravi,kena brainwash ler apalagi ni akibat kedegilan aku tak menjaga kesihatan aku sendiri dan padahnyer blood pressure aku kejap naik kejap turun huh.Alhamdulillah skrg ni dah makin stabil.Yang aku geram skrg ni kaki aku ni tak baik lagi sakit sangat terutama bila turun naik tangga.Appointment dengan doktor Ravi hari Selasa ni dan harap semuanya ok.

Tuesday, January 6, 2009

Tahun Baru,Azam Baru

Hari ni dah 6hb Jan 2009 bermakna sudah 6 hari aku menempuhi tahun 2009.Cepat masa berlalu.2008 banyak meninggalkan kenangan pahit manis dalam hidupku.Tahun baru aku akan cuba laksanakan apa yg tidak tertunai tahun lepas .Mulai Awal Muharram ari tu aku dah buka buku baru dlm hidup.Apa yang terjadi dalam tahun yang lepas aku jadikan iktibar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...