Followers

Wednesday, December 23, 2009

Cuti-cuti Malaysia - Melaka

Hari Raya Aidil Adha yang lepas,aku dan family beraya kat Nilai jerk.Memandangkan tak tau nak gi mana maka tetiba jer datang idea gi jenjalan ke Melaka.Apalagi lepas Zohor jerk maka berangkatlah aku,Zalie,mak dan abah.Shila dan ikut sebab gi beraya rumah kawan dia kat Puchong.Tempat pertama yang aku singgah Taman Mini Asean,punyalah excited baru jerk nak posing bateri kamera abis adooi rugi betul,nasib baiklah di zaman teknologi handphone ada kamera.Zalie siap amik gambar dengan Kuda yang ada kat taman tu.Yang kelakar memula tu jauh jer Zalie dari Kuda tu,dia kata takut kuda tu gigit hehehehe,bila tengok kuda dah ok jer Zalie makin rapat sikit (dah konfiden tak kena gigit).



Taman Mini Asean Melaka


Dari Mini Asean kitaorang gi ke Eye On Malaysia,kali ni Zali tak join sebab dia dah naik masa kat KL dulu.Mak dengan abah relax jer masa mende tu berpusing aku lak yang kecut perut,gayat hehehe.Lepas dari tu pergi ke Pahlawan mall kalo tak silap aku,apalagi cari bateri kamera lah sebelum nak naik River Cruise malam tu,orang punyalah ramai tapi memang best.Berangan ler kejap kononnyer  naik cruise kat Venice Italy.





Semasa di River Cruise Melaka

Ada lagi yang tak sempat naik iaitu Menara Taming Sari (mesti naik gak satu hari nanti),dalam perjalanan balik dah plan nak bawa anak buah kesayangan aku yang sorang tu Azim Haiqal gi Melaka jenjalan.Malam tu jugak balik ke Nilai,hmm walaupun sekejap memang terisi percutian kali ni.

1 comments:

penkcintadia said...

waa..beznyer..teringin nk p melaka..huhu..jom jeling at blog sye..
http://nyalahgerekaku.blogspot.com/2011/01/uniknya-sarawak.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...