Followers

Friday, December 25, 2009

Baby Sitter

Azim Haiqal
Hari ni cuti Krismas ,huh tak boleh imagine hari cuti kena dok kat rumah dan hari ni kena jadi baby sitter to Azim Haiqal.Shila pepagi dah cabut dengan kete aku ler,gi rumah kawan dia kat Puchong. Memandangkan aku jadi baby sitter ari ni maka Azim sampai jer,aku terus pujuk dia suh mandi,ntah naperlah sekarang ni dia macam takut air sikit kalo tak berjam-jam dalam bilik air pun tak per. Masa mandikan Azim terpaksa aku jadi cam cikgu tadika sikit kena nyanyi masa dia gosok gigi,masa gosok badan dia dengan baby bath shower tuh kalo tak wat camtu baru kena jirus air jer dia akan cakap 'tak mau dah'.Abis bab mandi tiba bab paling tension kalo dengan anak buah aku yang sorang ni,bab pakai baju dan diaper.Sekali lagi kena guna taktik supaya senang uruskan dia.
Lepas mandi teruskan suapkan Azim makan dulu,ari ni berselera sikit Azim makan,selepas baik dari demam,badan Azim susut sikit.Lepas makan jerk terus beri dia minum vitamin C tu,tetiba Azim tarik tangan aku,ingatkan apa hal rupanya ajak keluar dia nak naik basikal dia.Huh maka lagi sekali kena jadi kaunselor pujuk dia tak leh main kat luar lagi,tengahari panas.Nasib baik Azim ok tak mengamuk.Lega sikit.
Azim ajak naik atas ke bilik mak,dalam hati aku lega sikit mungkin dia nak tidur kot.Masa bagi dia minum susu tu ingat kat dia nak tido rupanya tak mata dia segar bugar,ntah masa bila aku lak yang terlelap tapi tiba-tiba kedebuk adoooi sakitnya dahi aku.Azim ketuk dengan lori mainan dier .Amik kau sapa suruh tido hehehe.Nasib baik tak lebam.
Pejam celik pejam celik dah 2 tahun lebih umur Azim,rasa cepatnya masa berlalu.Sekarang ni pun Azim tengah belajar bercakap dan meniru perbuatan orang hmm maka segala tutur kata kena jaga sebab dia mudah mengikut.Ada masa tu tak tahu apa yang dia sebut maklumlah cakap pun pelat lagi,bila aku tak faham jerk apalagi dia mengamuk ler.Dah pandai merajuk sekarang ni,kata abah masa pergi Mc D ari tu dia nak mainan yang display tu mana ada jual lagi,abah belikan mainan lain apalagi naik kete jer dia merajuk terus meniarap kat tempat letak kaki dalam kete.Tulah penangan Azim Haiqal,the one & only grandson & nephew.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...