Followers

Thursday, December 24, 2009

Sungai Petani

12hb Dec,aku balik kampung dengan abah dan mak.Pak Cik Hashim kawan abah masa dalam Tentera dulu wat kenduri kahwin anak dia.Mula tu aku ingat malas nak balik sebab demam,batuk dan selsema belum baik betul tapi memandangkan mak ajak jugak maka aku pun ikut balik.Perjalanan balik ke Kedah memang best,kitaorang balik dengan kete Zalie.Itupun Zalie puas pesan macam-macam suruh jaga kete dia.
Bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi pastu sampai Sungai Petani pukul 12.30 tengahari,terus gi lunch dulu kat kedai makan berhampiran hotel penginapan kitaorang Northern Lodge.Masa dalam perjalanan pun singgah makan kat R&R Tapah,punyalah seksa nak cari tempat duduk,punyalah ramai manusia.
Wah masuk jer kedai makan tu,rambang mata betul tengok lauk pauk yang ada,sampai tak tahu mana nak pilih.Antara lauk yang jadi pilihan kitaorang hari tu Gulai Ikan Keli,Kerabu Nangka dan Asam Pedas Ikan Patin dan ada sayur kampung.Sebelum makan masa nak bayar aku tanya berapa harga sekali akak tu cakap RM 12.50,hah biar betul takan murah sangat aku tanya sekali lagi semua lauk ni akak dah kira ker,air dah kira ker.Akak Kedai makan tu cakap dah,aku terus cakap murahnya cam tak caya jer.
Lepas makan aku,mak dan abah merayau jap dalam Parkson yang bebetul depan hotel sebab bilik kitaorang belum siap.
Aku kalo bab shopping ni memang favourite hehehe.Belikan baju dan seluar khakis untuk Azim.Abah beli tali pinggang.Mak macam biasa mesti tengok handbag tapi mak kata tak der yang mak berkenan so duit mak selamat.
Lepas berehat kat hotel,aku ajak abah gi makan kat Medan Selera Jam Besar Sungai Petani.Masa dalam perjalanan ke situ dah bincang dah dengan mak dan abah nak makan apa.Menu pilihan aku dan mak tentu sekali Bihun Sup Utara,abah lak makan Capati yang memang terkenal kat situ serta menu tambahan Yong Tau Fu.
Masa makan tu aku dah tak peduli orang sekeliling sebab menikmati Bihun Sup Daging yang sememangnya sedap dan tak leh dapat di Nilai.Lepas makan gi shopping centre yang dekat medan selera tu dan aku beli T-Shirt Bum Equipment yang offer 50% kalo ikut hati mahu aku borong jer tapi kena bersabar kang balik Nilai,tak der sen lak hehehe.
Esoknya lepas check out terus ke kenduri kahwin,aku dan mak lepas makan sempat berposing dengan pengantin perempuan (anak pak cik Hashim).
Abah berpeluang jumpa kenkawan masa dalam tentera.Abah gembira sangat maklumlah dah lama tak pernah jumpa dah macam reunion lak.Ada antara kenkawan abah aku dah tak cam muka dorang.Lepas dari tu terus balik ke Nilai dan sampai Nilai dalam pukul 10.30 malam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...