Followers

Tuesday, June 12, 2012

Senyumlah biarpun hatimu disakiti

Dah seminggu lebih tak update blog.Memang minggu yang sibuk la kan.Jangan tak tahu Cik Da pun ada schedule tau,dah macam YB dan artis lak kan.Bila tiba musim cuti sekolah maka kena lah menghadirkan diri ke majlis kahwin sedara mara,sahabat handai bagai,ada yang satu hari sampai 2 atau 3 kenduri sampai ke rumah yang terakhir tu akak minum air jerk dik non.Dah tak leh nak makan lagi.

Kata diet kan so makanan berlemak,nasi minyak sila kurangkan wokeh.Beringat sebelum berat naik balik,oh sungguh tak rela,bukan senang nak turunkan berat badan.Alhamdulillah pergorbanan menjaga pemakanan dan turut diselang-seli dengan ubat herba maka badan aku susut lah dari tahun lepas.Cuma masih berusaha gigih untuk dapat berat ideal.

Makan tetap kena makan,kalo ko diet sampai tak makan,ada lak kes pengsan masuk spital kang,ish tak mau cenggitu.Wokeh sambung citer,aku balik kampung nun di utara,Sungai Petani,Kedah sebab ada kenduri anak sepupu kahwin pada 27/5/2012 kat Pendang.Tak dapat nak balik lelama dah kena segera balik ke Nilai.

Takpa la lenkali boleh balik lagi.Pastu minggu 2hb June berdesup pi Melaka ada kenduri jugak terus pi Kluang,Johor menziarahi Pak Ngah yang baru lepas operate selaput mata.

Sempat lah singgah Ayer Itam,takder lah aku shopping pun,adik dengan mak jer ada beli barang sesikit.Anak buah aku Azim Haiqal apalagi semua benda dia tunjuk...haih nasib baik bukan Maklong yang kena pau tapi Maksu nya lah.

Pi Kluang pun balik malam tu juga sebabnya 3hb pun ada kenduri,hah kan betul macam YB tu.Penat toksah cakap la (macam lah aku yang drive keta).

Kadang-kadang aku ni bukannya tak nak jumpa kenkawan tapi tulah masa tu terhad sib baik lah kenkawan faham.Tu mana yang faham yang tak faham tu,lantaklah koranglah nak cakap apa pun,eh terkasar lak bahasaku ini.Pedih dituduh macam-macam aku diam aku senyum ja.

Bila teringat kadang-kadang aku gelak sorang pun ada sebab aku rasa memang tersangatlah lawaknya.Apa yang penting senyumlah walaupun hatimu disakiti.Lama kelamaan kebenaran akan muncul,tak perlu nak jelaskan apa-apa Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui.Alhamdulillah syukur,ramalanku benar belaka dan doaku makbul dan satu-persatu hikmah itu aku nikmati.Dan bila kita telah nekad merubah diri kita ke arah yang lebih baik maka semakin kuat ujian Allah pada kita dan hadapilah dengan tenang tak perlu melatah lagi.

Mimpi takan jadi realiti dalam sekelip mata,mimpi akan jadi kenyataan bila kita berusaha,istiqamah dan sentiasa bersabar dengan ujian yang datang.Mungkin kita pernah tewas dengan perasaan sedih tapi disebalik kesedihan kita,insyallah ada sinar bakal menanti.

Jadi senyumlah walau seberat mana ujian datang,redhalah biarpun pahit untuk hadapi.


Friday, June 1, 2012

Jangan suka sangka bukan-bukan

Dah berapa hari tak update blog,bz uols.Jadual ketat ngalah YB.Hari-hari kena check schedule..kadang-kadang fikir tapi bagus gak sekurang-kurangnya masa terisi dari buang masa.

Apa yang boleh Cik Da cakap...tentu sekali kehidupan sekarang lebih hepi dan rasa tenang-setenangnya biarpun adakala sedikit gangguan tapi rasanya dah ok.Tak sebesar mana pun gangguan itu kan.Rakan-rakan yang rapat tu dorang fahamlah.

Bukan senang nak jaga hati orang ni.Salah cakap kang ada yang berkecil hati tapi kalo tak cakap memanglah aku yang makan hati.Kerana nak menjaga hati,cakap berkias bagi klu-klu agar orang tersebut faham tapi yang jadi masalah orang tersebut tak faham.Macam mana lagi nak buat.Fikir punya fikir...biarkan jer lah nanti lama-lama dia faham lah kot.

Semua orang ada karakter yang berbeza dan seharusnya kita cuba memahami karakter orang tersebut tapi adakalanya kita keliru dengan karakter orang tersebut.Biarpun macam mana karakter kita atau kawan kita,satu perkara yang kena guna pakai adalah berbaik sangka dan jangan suka buat anggapan sendiri terhadap kawan-kawan.Letih tau nak jelaskan satu-satu.

Baik ada masalah apa sekali pun jika sudah bermuzakarah,dah sama-sama minta maaf maka berbaiklah semula dengan ikhlas.Ha bila sebut pasal ikhlas ni yang ni yang paling susahkan.Ikhlas perlu datang dari hati,kadangkala mulut kata ikhlas tapi hatidan tindakan kita selepas tu berbeza.Dalam persahabatan jangan pentingkan diri sendiri.Fikir secara positif.Kena ingat kadang-kadang kawan kita berada dalam keadaan tersepit demi menjaga hati semua kawan-kawannya.Bila dengar sesuatu yang kurang baik tentang kawan-kawan kita pergilah bertanya jangan mencanang sana sini ok.Sesiapa pun kena ingat setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.

Nilai persahabatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.Aku sendiri telah melalui perbagai dugaan dalam persahabatan tapi segala apa yang berlaku tu menjadi pengajaran berharga.Hanya beberapa orang kawan sekolah yang rapat tahu apa yang saya lalui dalam hidup aku.Perlu diingat tak semua kisah hidup mampu kita luahkan pada semua kawan kita.Bila orang tidak pernah tahu apa yang aku lalui tetiba beranggapan sendiri dan memikirkan yang bukan-bukan maka aku agak kecewa sedikit.

Katalah apa nak kata,moga satu hari Allah bagi kesedaran pada kamu tentang apa yang kamu perkatakan tentang aku.Perlu diingat jika kita benar-benar ingin menjadi solehah kena bersedia.Bersedia dari pelbagai aspek yang paling penting proses memperbaiki diri kita sendiri sebelum menuding jari pada kesalahan orang lain.
Bukankah lebih baik kita turut mendoakan kesejahteraan kawan-kawan kita,keluarga kita.

❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN, jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN..❞ …

❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN, jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞ …

❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN, jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIANNYA..❞

Monday, May 21, 2012

Cik Da,Kak Nah & Jase

Hari ni curi-curi masa update blog aku nih.Kalau terus di biarkan nanti berhabuk debu lak.Wokeh kita mula cer citer ari ni.Minggu lepas aku berpeluang jumpa kawan sekolah di Tesco Nilai.Pertemuan yang tak dirancang sebenarnya tapi pertemuan yang singkat tu memang menyeronokkan sebab dah lama tak jumpa.Dengan sapa aku jumpa tentu sekali ahkak ku Maznah dan Jase Jamin serta baby Aduqa & si cilik yang sering mengeluarkan kata-kata indah Endiqa.Terkebil-kebil mata baby Aduqa kena cium dengan cik Eida kan.Hahaha geram tengok Aduqa.Itu belum lagi Kin atau Mak Jah join sekali.Agaknya bilalah lagi dapat berkumpul ramai-ramai macam dulu.Rindu lak suasana tu.

Bila dah berjumpa tu biasalah macam-macam citer yang dikongsi,suka duka memasing lah kan tapi masa mencemburui kami,tak puas rasanya berborak,Kak Nah ada mengundang aku ke rumah nya,insyallah biarpun aku tak pernah memandu luar pada Nilai,aku kena gagahkan jua,bak kata adik aku...hati mau berani lah Kak Long.

Untungnya aku ada sahabat yang cukup memahami.Em...bila aku teringat satu kisah lucu zaman sekolah yang kami bualkan aku tersenyum sendiri.Kini aku faham kenapa dan mengapa,lawak antarabangsa betul.Apa kisah tu biarlah aku simpan sendiri.
Kak Nah & Jase andai ada baca blog ni,tq so much kerana sudi berkongsi suka-duka Eida ni.Love both of u.



Monday, April 30, 2012

Harijadi yang berbeza

Alhamdulillah,sekali lagi tahun ini aku berpeluang menyambut hari ulangtahun kelahiran.Tiada sambutan besaran-besaran,tiada lagi ucapan dari orang tersayang seperti dulu.Tapi ada sesuatu yang lebih beerti dari semua tu.

Masih ada ramai lagi yang menghargai aku,menerima aku seadanya dalam hidup mereka.Sentiasa bersama aku dalam suka dukaku.Rakan-rakan,keluarga,sedara mara yang banyak bagi sokongan dan mendoakan aku.Terharu gak dibuatnya tapi ini kenyataan.

Lagi bertambah beerti aku kini berlainan dari selalu,berlainan sejak aku diberi hidayah itu.Setiap hari aku cukup rasa terisi,jiwa ku yang kosong terubat.Cinta dan rindu yang bertambah kuat ketika aku mula meneliti setiap bait surahmu.Hadiah paling bererti dalam hidup aku.Hidup terasa cukup indah.Syukur padamu Ya Allah kerana memberi aku peluang bernafas lagi.

Setiap kekusutan sudah terlerai.Semalam aku,mak,abah,anak buah aku Azim dan adik ku Zalie keluar makan.Terima kasih lah adik aku yang sorang ni belanja kakak mu ini.


Alhamdulillah,rezeki juga ada dalam kenaikan gaji dan juga rezeki lain yang aku terima.Setiap kali di Hari jadi aku sentiasa ada sesuatu yang aku mohon.Kali ini apa yang aku pohon biarlah menjadi rahsia,hanya Allah yang mengetahui segalanya.Entah kenapa tiba-tiba aku bersuara pada mak petang tadi,aku seolah tidak sabar untuk menyambut Ramadhan kali ini.


Pada semua yang mendoakan aku,terima kasih,mudah-mudahan Allah juga memberkati kalian sebagaimana doa kalian pada ku.

 

Monday, April 23, 2012

Bila Cik Da ke gym

Hah kesibukan beberapa hari menjadikan aku tak sempat nak update blog.Ada orang cakap kasarnya bahasa asyik sebut aku .Camni lah dik non,akak ni asalnya Kedah,kalo belah sana memang biasa guna aku hang ni.Sebenarnya idaklah kasaq bunyinya..ha da campur loghat Perak pulak.Dalam tafsir ayat pun ada guna aku kan.Aku ganti nama diri.

Sebenarnya citer patut post bulan March,hujung bulan tapi jenuh ler aku nunggu adik aku yang sorang tu transfer gambar dari BB dia ke laptop.Aku idak ler ada BB ni ,pakai handphone cap ayam jerk tapi syukurlah kan sib baik ada handphone.

Ok berbalik pada citer,kisahnya plan nak pi jogging dan bawak anak buah aku Azim pi kayuh beskal kat Pullman Lakeside Putrajaya.Separuh jalan tepon abah berdering,alamak Mak Njang ada depan umah.Apalagi adik aku Zali terus ajak Mak Njang pi sekali,kitaorang tunggu kat tepi jalan .Dah nampak keta Mak Njang,berdesup kitaorang pergi.Tapi hujan turun selebat-lebatnya,maka tak leh jogging,Azim tak leh kayuh beskal.

Dah tak tau nak pi mana,kitaorang pun merayau kat dalam Pullman tu,maka ada sesuatu yang menarik hati kitaorang semua.Apa tu ha kemudahan gym,sauna,stim bath,indoor swimming pool,surau,bilik mandi,aerobik floor dan bermacam lagi lah dengan harga yang cukup berpatutan.

Citer banyak tak mau sila lihat gambar aku yang teruja di gym dan posing jap kat balcony swimming pool.Mak Njang dah kata,plan cepat kita family gathering cara sihat sini.Wokeh maka,planning pun akan bermula tapi yang penting aku dgn adik aku dah plan dulu nak pi workout berdua.Pergh semangat tu.Haruslah kan nak sihat maka kena bersenam serta memanjakan diri dir Spa atau sauna kan diri memecahkan lemak-lemak terkumpul ok.

Kat balcony swimming pool

Dalam dok mengayuh sempat lagik posing

Hah Azim dah jadi personal trainer Maklong

Wednesday, April 18, 2012

Terima kasih Ustaz.

Alhamdulillah,aku bangun pagi ni dengan rasa yang cukup indah.Alhamdulillah Allah masih memberi aku peluang bernafas untuk meneruskan hidup hingga tiba saat aku pergi meninggalkan dunia.Mati itu pasti cuma bila tidak diketahui.Alhamdulillah aku masih lagi berpeluang memperbaiki diri,meneruskan ibadahku sebagai persiapan untuk bekalanku nanti.

Alhamdulillah kini aku berpeluang mendalami isi Al-Quran,setiap malamku terisi membaca tafsiran surah.Ketika membaca Al-Quran tetiba ingatanku kembali pada zaman persekolahan dulu di Asrama Sekolah Menengah Ibrahim.Ketika itu aku dalam Tingkatan Satu.Setiap pelajar Puteri asrama kena pergi mengaji belajar Tajwid pada waktu pagi ,kebetulan sessi persekolahan adalah di waktu petang.Dan pada waktu malam,pelajar Puteri dan Putera yang terpilih akan belajar Taranum Quran atau lebih senang disebut membaca Quran secara berlagu seperti Qari dan Qariah kat Tilawah dan salah sorang pelajar tu adalah aku.

Ustaz yang mengajar tu sampai sekarang aku ingat namanya Ustaz Salleh.Tahu kenapa aku ingat.Ha ada cerita disebaliknya.Memandangkan sessi pembelajaran Taranum Quran ni cuma melibatkan tak sampai 10 orang pelajar Puteri dan Putera maka sessi pembelajaran digabungkan.Memasing masih baru terutama aku dan kenkawan yang tingkatan Satu ni lah.Aku ingat lagi surah Ali Imran yang Ustaz ajar.Pada permulaan tu kira ok lah takder lah Ustaz komen banyak sebab baru.Bukan mudah nak belajar Taranum ni.

Dah masuk minggu kedua Ustaz Salleh suruh sorang-sorang baca,dia nak dengar sendiri Tajwid dan alunan lagu tu betul atau tak.Gementar jangan cakaplah.Tiba giliran aku baca,Ustaz kata dalam loghat Kedahnya "Ha,Rohaida hang mai dok dekat sikit kalo dok jauh sangat sat gi Ustaz tak dengaq ".Aku pun angkat rehal dan Quran aku pi depan Ustaz.Semua mata dah memandang aku nak memulakan bacaan.Sejuk tangan aku Allah yang tahu.Aku kena baca surah Ali-Imraan ayat 102 dan akan berhenti bila Ustaz kat berhenti.Masa baca "Aazu Billah e Minashaitanir Rajeem, Bismillah Hir-rahman Nir-raheem" tu ok lagi Ustaz kata bagus teruskan.

Hilanglah sikit rasa gemuruh tu sambung pada ayat pertama 'Yaa Aiyuhal lazi naamanu taqullah hahaq qhotu qho tih,wala tamu tun na inllah wa antum muslimun".Rasa selamat lagi bila Ustaz tak kata apa-apa maka aku pun sambung ayat kedua "Waq tasimu bihab lillah hi jamiaan tak sempat aku nak abiskan ayat tu Ustaz yang tengah tunduk mukanya berpaling ke arah lain tapi telinganya mendengar suara aku tu menepuk lantai yang berlapik karpet dalam surau tu dengan kuat menyebabkan aku terkejut yang amat sangat lalu tak semena-mena aku mengigil depan Ustaz.Dalam loghat Kedah mengigil tu disebut Ketaq .Ustaz Salleh tanya "Awat yang hang ketaq sangat ni",aku jawab "Ustaz kot saya baca salah pun tegurlah elok-elok,ni Ustaz pi tepuk lantai kuat-kuat mestilah saya terkejut nasib baik tak melambung rehal dengan Quran ni".

Dengan selamba Ustaz jawab "Allah hang ni lemah semangat sungguh,Ustaz bukan bomoh nak menurun,mengubat orang,Ustaz tepuk lantai bagi signal kat hang suruh berhenti ja".

Aku tersenyum sambil rakan-rakan lain ada yang ketawa,ada yang tersengih.Entah dimana Ustaz Salleh sekarang,ntah kan masih ada atau sudah kembali ke Rahmatullah tidak aku ketahui.Jika Ustaz dah tiada lagi,Al Fatihah dan doa aku buat guru yang banyak mengajar aku seni lagu Al Quran,Zikir dan banyak lagi.Jika Ustaz tahu selepas meninggalkan alam persekolahan aku jarang sekali mempraktikkan apa yang dipelajari pasti Ustaz bersedih.Terima Kasih Ustaz yang tak putus asa mengajar aku dan rakan-rakan.Tidak terbalas jasa Ustaz pada aku dan rakan-rakan.Ilmu dan kenangan yang masih lekat dihati aku.

Biarpun taranumku tidak sebaik dulu,alhamdulillah kini aku kembali mempraktikkan dan setakat mana yang aku tahu aku cuba ajar pada anak buah aku yang baru berumur 5 tahun tu.Bila aku mendengar bacaan Qariah Sharifah Khasif hatiku berkata kalau aku berterusan dengan apa yang aku pelajari dulu,mungkinkah bacaan ku juga boleh menjadi sebaik bacaan Sharifah Khasif.

Ada yang pernah berkata padaku mereka tidak pandai membaca Al-Quran berlagu seperti itu.Lantas aku berikan jawapan,jika kita boleh menghafal rentak lagu yang menjadi siulan dengan lenggok patah lirik dan nadanya begitu juga bila kita membaca Al-quran,biarpun tak semerdu suara para Qari,Qariah dan para Hafiz.Bila kita mengalun lagu dalam surah terutama ketika menunaikan solat percaya kita akan lebih menghayati dan hingga meitis airmata bila mengetahui tafsiran ayat itu.

Sungguh melihat al-Quran sahaja sudah berpahala, apatah lagi mendengar alunan ayatNYA, lagikan membacanya, malah amat besarlah manfaatnya orang yang membaca, memahami tafsirnya serta mengamalkannya.

Peringatan buat semua dan buat diriku juga.

Renungkan hadis dibawah ini

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...