Followers

Monday, May 9, 2011

Ibu..engkaulah Ratu hatiku

8hb May 2011 merupakan hari ibu.Tahun ni kami adik-beradik tunda sambutan hari Ibu memandangkan dua orang adik aku tidak dapat bersama semalam.Yang bongsu Shila kena pergi mendaftar untuk kursus di Kelana Jaya,yang sorang lagi Izad lak terikat dengan komitmen kerja bawa guest gi tour kat Kuala Gandah,tempat tengok gajah tu.Jadi tak best kalo sumer takda maka terpaksa ditunda.Mak pun faham dan kata mak tak seronok kalau ada yang tak dapat join.Jadi ada masa untuk aku fikirkan kemana kami nak celebrate Mother's Day ni kan.



Bercerita tentang mak,yang aku paling kagum adalah ketabahan dan kesabaran mak menempuhi segala dugaan sejak kami adik-beradik kecil hinggalah dewasa.Bukan sedikit dugaan yang mak lalui.Kasih-sayang mak pada kami tidak berbelah bagi biarpun susah mak sanggup lalui demi anak-anak tersayang.Keluarga kami bukannya dari golongan orang berada jadi semasa aku masih bersekolah,kesusahan tu telah aku lalui dan alhamdulillah sekarang anak-anak Mak sentiasa ada disisi bila mak memerlukan.Aku tak tahu orang lain tapi kami adik-beradik lebih suka pergi melancong atau ke mana-mana dengan mak.Mak seorang yang cukup memahami hinggakan soal peribadi pun kami boleh berkongsi dengan mak bak kata orang sportinglah kan.Dalam masa yang sama mak sentiasa beri nasihat dan mengingatkan kami adik-beradik dalam apa saja keadaan.

Sejak akhir-akhir ni keadaan kesihatan mak kurang baik dan sudah pun pergi ke klinik cuma kesihatan mak belum pulih.aku datang kerja pun,hati tu masih teringat kat rumah,teringatkan mak.Ingat nak bawa jumpa pakar la pulak lepas ni.Selagi ada hayat aku,aku akan jaga mak sebaik mungkin.Tak terbalas pergorbanan yang mak lalui ketika melahirkan aku,membesarkan aku dan ketika aku disahkan sakit dulu biarpun pada awalnya mak menitis airmata tapi setelah itu mak yang sentiasa bagi aku semangat untuk meneruskan kehidupan,mak menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh biarpun ketika itu aku sudah dewasa.Setiap hari mak memastikan aku makan ubat,vitamin dan makan makanan yang dicadangkan doktor hingga aku kini pulih.Doa mak sentiasa mengiringi aku.Terima kasih mak.Dari hatiku ni Selamat Hari Ibu buat mak tersayang,moga Allah kurniakan kesihatan yang baik pada mak,panjang umur dan bahagia yang berpanjangan.Apa saja yang terjadi dulu biarlah ia menjadi sejarah,selagi ada hayat kami adik-beradik akan tetap menjaga mak.

3 comments:

kiuk said...

semoga mak awak cepat sembuh yee..
:)

hudahalim said...

so sweet! anak solehah! di janji kan syurga kak ida oii! <3

Unknown said...

tq Kiuk & Huda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...