Dah beberapa hari tak update blog memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.Kali ni aku nak citer macam mana kali pertama aku muntah lendir bercampur darah.Sakit dada dibuatnya,takut pun ada.11hb May aku sakit dan dapat mc 2 hari dari klinik.Doktor kata aku mesti rehat memandangkan keadaan aku yang dah lemah dan hasil x-ray menunjukkan ada lendir di paru-paru tapi yang pelik tu tak kesan luka macam mana boleh ada darah hmm ini yang membimbangkan aku.13hb May aku gagahkan diri pergi kerja,ada kerja yang perlu aku selesaikan walaupun tak larat sebenarnya.Dalam 10 pagi mak call tanya kenapa tak bawa ubat,aku cakap ubat aku tu boleh menyebabkan mengantuk jadi berbahaya sebab aku drive pergi kerja.Dalam pukul 12.00 tengahari memang dada ada terasa sesak tapi aku diam dan teruskan kerja,makin petang rasa makin sakit aku cuma minum air panas untuk legakan.Semalam Isnin aku terpaksa ambik cuti kerana tidak terdaya,lemah sangat untuk ke opis.Bimbang nanti menyusahkan kawan-kawan kat opis sekiranya terjadi apa-apa.Peluang yag ada aku gunakan untuk berehat dan alhamdulillah dapat rehat yang cukup dan hari ni bangun pagi sudah rasa segar sikit dari semalam.
August 16 Update
8 years ago
0 comments:
Post a Comment