Followers

Friday, May 20, 2011

Teruja....aku....

26hb May ni hari yang memang aku tunggu-tunggu setelah tersiarnya iklan dalam TV,bermulanya tayangan filem animasi Kungfu Panda 2.Aku dah siap plan dengan adik aku Shila nak gi tengok on 28hb May sebab hari cuti.Shila kata boleh no hal tapi Kak long belanja lah.Tak kisahlah janji aku boleh gi hahaha bebetul teruja ni.Sesilap terus tengok movie lain jugak.Aku memang suka tengok karakter Po (Panda tu ler) yang kelakar dan tentu sekali comel.Lagipun tengok cerita yang kelakar-kelakar ni merupakan terapi ler jugak setelah stress kerja.Macamlah stress sangat kan.Ada 2 lagi movie yg aku nak tengok iaitu Nurkasih The Movie dan Pirates of Carribean hmm jangan aku gi wat movie marathon udah ler 28 hb ni.So lain-lain appointment 28hb May adalah dibatalkan okeh.


Hari tu hari aku dan adik aku nak menghiburkan hari dan hari menghabiskan duit di shopping mall maka tersenyum ler tokey kedai ari tu kan.Ingat nak beli handbag baru tapi nak kena tengok budget ler jugak kan sebab kereta aku dah mula menunjukkan tanda-tanda manjanyer nak tukar macam-macam sparepart baru kan.Aku tak selalu shopping handbag ni,pakai satu sampai bebetul nak rosak baru tukar baru sebab tu koleksi handbag Mak lagi banyak dari handbag aku.Adalah handbag idaman yang aku dapat tengok jerk sebab harganya melebihi kemampuan aku kan jadi aku dapat tengok pun jadilah.Ish agak-agak lah kan kalo bagi hint-hint kat Mr.Bf ler dapat tak.Antara design yang aku suka adalah dari jenama Coach.Rambang mata aku tengok handbag Coach yang cantik-cantik kat website Coach tu.Bilalah boleh merasa...kan tapi kalu yang replika tu adalah aku pakai.Ni kira wishlist ler kan.Kalo yang authentic tu aku selalu ler jugak jenguk blog Princess Victoria's Stylo Closet.Dan tahap keterujaan aku sudah hampir ke melebihi 100% terutama untuk tengok Kungfu Panda 2 biarpun orang kata aku mcm bebudak suka tengok filem animasi,ada aku kisah janji aku happy kan cuma keterujaan untuk wishlist handbag Coach tu memang dah melebihi 100% cuma bila dapat memiliki tu yang tak tahu berapa peratus.Nak kena ajak Mr.Bf gi butik Coach ni hahahaha adalah yang demam tak kebah tengok harga handbag tu nanti.

 

3 comments:

Ronaldmohoni said...

Saya pun tengah tunggu kung fu panda 2 masuk pawagam. yehh :)

myLady said...

nak tgk gak hehehe...
layan...

Unknown said...

hehehe bestkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...