Followers

Monday, May 30, 2011

Wishlist ..Universal Studio Singapore

Minggu ni minggu yang agak bosan sebabnya tak jadi pergi tengok movie,gara-gara adik aku ada hal lain jadi minggu ni no excuse pepagi tadi aku dah call paksa dia book tiket awal,anak buah aku dah sebut berulang kali nak tengok Kungfu Panda siap bersilat depan aku meniru aksi Po si Panda tu.Seperti kebiasaan setiap bulan memang aku gi beli barangan keperluan peribadi.Biasalah kan orang perempuan memacam barang kena beli.Kalau kat Nilai ni tak der pergi ke mana lagi melainkan Tesco dan Giant.Hari minggu adalah hari aku bersantai dengan mak.Lepas siap apa yang patut kat rumah apalagi berderum aku ke Tesco.Sampai jerk masuk Kopitiam dulu,sarapan.Aku makan Nasi lemak Ayam dan teh Ais.Mak pulak tak nak makan sebab dah sarapan ringan kat rumah cuma minum teh'o panas.Kesian mak dah lama batuk tapi belum baik,dah bermacam jenis ubat cuba mungkin kena pergi jugak ke Tabib Cina di Seremban tempat mak pernah ambik ubat herba dulu.


Semasa berborak dengan adik-adik,mak dan adik ipar memasing dok bercerita tentang Universal Studio Singapore tu.Wah memasing teruja sangat ni.Pastu adalak yang cadang pergi Melbourne sebab rate Australia Dollar dengan Singapore Dollar lebih kurang jerk.Sepupu aku lak ada kat Melbourne ,study kat sana kan.Amboi tingginya keinginan memasing. Kebetulan lak rakan blogger Cadlynn ada yang pergi ke Universal Studio Singapore.Teruja lak tengok gambar-gambar semasa beliau kat sana.Ha apalagi kalo dah memasing berangan nak ke sana maka siapkan ongkosnya lah.Ni antara wishlist aku ler kan nak gi sampai ke London bagai belum mampu dapat gi Singapore pun jadilah.Maka kena kumpul duit untuk melancong ke sana dari sekarang lah kan.







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...