Bila masa kita bajet untuk shopping ni lah,bukan main lagi shopping mall buat offer.Rasa nak menangis pun ada tak leh beli apa yg berkenan.Masa kat Alamanda,lepas lunch dengan mak kat food court tu terus masuk butik Esprit maka mata aku terpandang handbag yang aku berkenan sangat tapi boleh tengok jerlah tu yang rasa nak menangis pun ada terutama bila tengok ada orang dah mencapai beg itu..oh tidak...naperlah tak der bajet besar untuk shopping bulan ni memang rasa tersiksa jiwa hahaha.
Food Court |
Maka hari tu bebetul aku window shopping,masuk segala butik yang ada kat Alamanda,survey dulu lepas ni insyallah ada rezeki harus aku shopping sakan.Mana tahan asyik window shopping jerk kan.Petang,adik aku ambik dari Alamanda terus ke Giant,Taman Equine.Hmm besar gak Giant ni berbanding dengan Giant Nilai.Macam-macam ada,outlet yang ada dalam Giant ni menawarkan harga yang berpatutan.Hujan lebat semasa kat Giant tu maka aku,Shila dan mak singgah food court Giant ni,makan Yong Taufu.Memang sedap Yong Taufu kat sini.Sup dia sedap kira secukup rasa tak terlebih tak terkurang dan yang paling power tu adalah sos Yong Taufu tu.Lenkali nak datang lagi,bawa abah pulak sebab abah memang suka Yong Taufu ni.
0 comments:
Post a Comment