Followers

Friday, March 25, 2011

Kucing Tiada Tikus Menari.....

Hari ni company aku ada Kick Off Meeting untuk term akan datang,kesemua eksekutif level ke atas kena gi,so aku yg bukan eksekutif ni,kena dok kat opis diam-diam wat keje ok.Ada gak Eksekutif lain yang tak dapat gi ada tugas lain agaknya.Dorang ke Nilai Springs Resort Hotel.Wah lunch nanti harus makan sedap,makan kat hotel ler katakan.Bila kucing tak der apalagi tikus menari ler jawabnya kan tapi takderlah sampai menari hip-hop ker.Sebut pasal tikus ni pepagi masa sampai opis,ada satu bau yang kurang menyenangkan kat opis.Aku bertanya dengan kenkawan korang ada bau tak.Dorang sumer pun tercari-cari apa yang berbau tu.Sedang asyik jenguk-jenguk aku pun tengok bawah meja aku,alamak ada tikus mati jerit aku yang sememangnya cukup geli dengan menatang itu.Dengar saja tikus mati,Mr.Ng,salah sorang colleague terus naik duduk atas meja dia hahaha penakut rupanya Mr.Ng dgn tikus,kitaorang sumer tak sangka dan terus ketawa.Sampai dah confirm aku cakap tikus tu mati baru Mr.Ng berani turun duduk kat kerusi hahahaha.Yang aku pelik tu macam mana tikus tu boleh masuk ker opis ni.Nak kata opis bersepah tak der pulak bahkan opis kitaorang memang bersih siap dengan karpet ,pewangi bagai serta selalu kemas kerana setiap minggu ada 5S.Nasib baik aku tak terpijak badan tikus tu eeee geli rasanya.Kak Pah cleaner kat opis dah ambik buang tikus tu,apalagi aku mula ler sembur Febreeze nak bagi hilang bau,tak der lak pulak pewangi sembur,Noni kata letak jerk perfume Kak Ida tu hehhe uik perfume akak tu Bvlgari tu kang akak yang menitis airmata kena beli perfume baru hehehe.

Thursday, March 24, 2011

Tugasan baru

Semalam dalam pukul 11 pagi,boss aku Tagaya san panggil aku ke Conference Room.Berdebar jugak masa tu ish,kenapa yer takut pun ada.Bila boss dah mula cakap,hilanglah sikit rasa takut tu,ingatkan apalah tadi.Rupa-rupanya boss tanya adakah aku boleh menerima tugasan baru kerana salah sorang colleague kat opis nak resign.Boss kata memang kerja-kerja colleague aku tu ada yang Noni dan Tung akan buat tapi yang macam berkaitan dgn ISO tu harap aku boleh bagi kerjasama untuk membantu.Bagi aku tak da masalah cuma aku perlu banyak belajar maklumlah memang zero tak tahu menda pun.Bukankah kita kerja ni kena bekerjasama dalam satu pasukan macam kartun Wonderpets tu.

Lagi satu aku teruja gak dapat belajar menda baru.Insyallah perlahan-lahan aku cuba belajar.Lepas undian untuk cari ahli jawatankuasa baru Konshinkai Meeting untuk Sales opis,nama aku tersenarai,alamak lagi satu task.Pastu kena pilih secretary,masa Chew inform boss tu,boss sebut nama aku,terus aku cakap tak nak,dan lagi sekali undian kena buat.Chew email result undian tup-tup nama aku jugak yang terpilih jadi secretary,nampaknya bertambah lagi satu tugasan.Takpalah kalo tak belajar sampai bila tak tahu,nasib baiklah Chew ada bagi tunjuk ajar,kalo tak harus terpinga-pinga aku ni tak tahu apa.Petang lak tetiba boss panggil lagi,dalam hati dah apa lagi ni,boss cuma nak beritahu nak dalam carta organisasi aku ni diletakkan bawah CS group tapi kali boss nak ubah aku bawah CP groupsebab kerja yang aku buat sekarang adalah sebahagian dari CP (Corporate Planning) nyer kerja dan bukannya kerja CS.Oh itu aje ingatkan apa lah tadi.Aku ni pekerja apa-apa keputusan boss yang tak memudaratkan aku,aku ikutkan jerk.Insyallah aku cuba belajar dan buat tugasan baru ni dengan sebaik mungkin.

Monday, March 21, 2011

Kanser dan Pohon Ajaib

Pagi ni dapat email dari seorang rakan yang aku nak kongsi bersama.Info yang sangat berguna untuk kita semua.
Durian Belanda atau Soursop

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
 
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah  dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
 
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan  “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i)  Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
 
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga  beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
 
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
 
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
 
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
 
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
 
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
 
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
 
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
 
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
 
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
 
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
 
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
 
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.  Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Thursday, March 17, 2011

Mr.Lee farewell

Kenangan dengan Mr.Lee
 

Semalam merupakan hari terakhir Mr.Lee Tak Yih,Sales Manager berkhidmat .Lagi sorang kan meninggalkan opis.Macam biasa kitaorg ada sessi bergambar kalo dalam gambar kat atas tu yang berdiri tengah-tengah tu lah Mr.Lee.Lagi sekali muka aku nampak sebelah jerk tersorok kat belakang Mr.Lee tu.Masa bersalaman dengan Mr.Lee tu tak semena-mena berlinang airmata yang aku tahan dari masa Eric ari tu.Sedih sebab sepanjang kenal Mr.Lee,beliau mmg seorang yang baik dan ada masa kelakar juga.Tak pernah tengok beliau marah-marah.Tapi apa nak dibuatkan,memasing ada perancangan untuk ke arah yang lebih baik dari sekarang.Moga Mr.Lee terus success dengan kerjaya baru.

Wednesday, March 16, 2011

Farewell to Eric

Gambar kenangan Sales Dept Dgn Eric.
    Lagi satu post yang delay.Last week merupakan hari terakhir colleague aku kat opis bekerja.Orang tu ialah Eric Chan Wei Kin atau biasanya kitaorang sumer panggil Eric.Apa yang bagus tentang Eric ni adalah kerjanya,senang citer sepanjang bekerjasama dengan beliau memang aku puas hati.Kalo dalam gambar kat atas yang baju biru tulah Eric.Mana aku,ha yang terselit tak nampak muka tu aku ler.Sempat jugak Eric belanja lunch kitaorang sebagai tanda terima kasih sepanjang beliau di TDK ni.All the best for your future Eric.Thanks selalu bagi kerjasama dalan kerja.

Monday, March 14, 2011

Perancangan perhimpunan keluarga.

Rumah asal  yang masih tinggal
12.3.2011 merupakan hari perkahwinan cousin aku Aifaa.Sudah tentu sedara mara dari Kedah turut hadir untuk memeriahkan majlis.Ada sesuatu yang membimbangkan bila ada generasi arwah datuk aku Ariffin  atau Tok Pin tidak mengenali sedara-mara sendiri.Bimbang jika generasi pertama dan kedua sudah tiada,generasi baru tidak lagi mengenali sesama sendiri.Maka timbul cadangan dari Abg Rosly suami cousin aku Kak Ma untuk menghimpunkan semua keturunan Tok Pin dari anak,cucu,cicit,piut dan seterusnya pada Hari Raya AidilAdha 2011 ni dan insyallah akan diadakan majlis korban dan kenduri.Wah ini perancangan besar,bukan mudah ni.Perancangan harus berjalan dari sekarang.Tempat berkumpul pastinya di tapak asal rumah di Kampung Singkir,Kedah.Tempat di mana aku dilahirkan.Banyak kenangan semasa kecil aku di rumah itu.Bila mengimbau semuanyaInsyallah jika segalanya berjalan lancar pasti perhimpunan ini akan meriah cuma nak melaksanakan bukan mudah.Harapan aku mudah-mudahan apa yang dirancang jadi kenyataan.

Thursday, March 10, 2011

Terima Kasih Kawan

Bermula dari hari Selasa lepas,aku datang kerja dan balik tumpang colleague yakni Huda.Tq dear sudi tumpangkan akak yang tengah tak der kereta ni kalau tidak tak tahu macam mana nak gi kerja pakai ambik cuti ler jawabnya.Adik-adik aku tak dapat nak hantar dan ambik kerana terikat dengan komitmen dengan trip customer dorang.Batuk aku yang dah baik kembali semula,yg aku pelik tu bila kat rumah elok jerk tak der lah batuk sangat tapi bila sampai kat opis jerk,bergema batuk aku memecah kesunyian opis.Ketawa kawan opis bila aku kata mungkin alergik dengan opis kot nampak opis jer terus batuk.Lagi satu yang best Kak Noor yang juga colleague dari Accounts Dept bawa kek pandan yang ada layer salut kek tu,sedapnya,tq juga pada Kak Noor sebab ingat kat aku ni pepagi dah sampai kat dept aku bawa kek,sayang kak Noor.Noni dan Huda pun join aku makan kek ni.Hehehe maka mula aku manja-manja lak pesan kalo buat Cheese kek tu bawalah.Ari tu dah rasa kek oren.Maka makin mengembanglah badan asyik makan yang sedap-sedap jerk.Hmm kata orang rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari kan.Sementara ada selera untuk makan ni makan jerk,kalo dah hilang selera kang rugi dah dapat nak rasa.8hb ari tu lunch kitaorang makan besar kat opis,buat Steamboat,pergh sedap giler kena lak kali ni awat ala-ala Tom yam.Macam-macam ada udang yang segar,isi ikan yang segar dan lenlain bahan,hilang arah ler kejap tengok makanan sedap depan mata.Kitaorang sama-sama sediakan Steamboat ni.Meriah betul tapi sayang nya gambar hanya ada kat FB Noni dan Huda.Kebetulan lak boss tak der ok,outstation.Dan lebih meriah lagi 8 hb tu hari Wanita,maka wanita-wanita di Sales opis makan besarlah.Keseronokan ni yang menghilangkan segala tension.

Tuesday, March 8, 2011

Teringinnyer...

Beberapa hari lagi tiba musim cuti sekolah.Ini bermakna bermulanya musim kenduri kahwin.Biasanya kalo di sebelah kawasan Kuala Lumpur,Negeri Sembilan dan selatan,mesti ada Nasi Beriani atau Nasi Minyak dengan lauk pauknya tapi di sebelah utara ada yang menghidangkan hidangan ala-ala kampung dan memang sedap contohnya Nasi Daging,Gulai Ikan Talang dgn Nenas,Besamah Daging,Kerabu Tauge dgn kerang,Kerabu Umbut Kelapa dan yang paling terkenal Gulai Daging dgn umbut pisang yang hanya boleh didapati di utara terutama kawasan pedalaman sekitar Baling.Biasanya umbut pisang ni dimasak bersama daging atau tulang rusuk lembu.Umbut pisang ni lembut dan jangan salah faham ada yang ingat gulai batang pisang hehehe.Mau berterabur gigi kalu batang pisang wat gulai ,keras tu.
Umbut ni diambil dari  batang pisang hutan yang muda(belum berbuah) yang dibelah dan diambil isi yang paling dalam,itu yang disebut umbut.Umbut ni lembut,biasanya dimasak dengan tulang rusuk daging atau daging.Ada yang buat kerabu umbut pisang.Terpulang pada selera memasing.

Batang Pisang Hutan yang muda
Isi dalam batang pisang yang paling dalam yang disebut umbut
Gulai Daging Umbut Pisang yg popular di utara

Wah memang aku teringin sangat nak rasa gulai ni yang sememangnya tak dapat kat Nilai ni.Nak masak sendiri tu boleh tapi kat mana ler aku nak cari umbut pisang ni.Lagi satu masakan yang aku rindu sangat Gulai Rebung yang pernah aku makan kat rumah kawan baik aku Ija  semasa aku balik untuk majlis pernikahan Ija beberapa tahun dulu. Sedapnya aku ingat sampai hari ni.Lagi sorang kawan baik aku yang sememangnya pandai masak Kak Ah.Hmm bila lah nak balik jumpa dorang dan merasa masakan dorang kan.Sejak berjauhan ni banyak mende lah aku rindu sesangat.Rindukan saat kami bertiga berborak,bergurau senda dan menghadapi apa juga bersama.Aku pun tak tahu lah kenapa sejak akhir-akhir ni keadaan kesihatan aku jadi tak menentu.Kejap ok kejap tidak.Dah tu dok teringin memacam ngalahkan orang mengidam lak aih.Bila lah boleh balik kampung nih...

Minggu patah kaki ermm lain macam jerk bunyinya

Minggu ni minggu patah kaki kata orang.Bukan patah kaki disebabkan kecederaan tapi disebabkan keta aku kat bengkel cat.Nak pergi ke mana-mana leceh betul kalo ajak orang tolong hantar,dah biasa pergi memana sendiri,terasa lah sangat keboringan yang melanda bila aku terpaksa shopping cepat-cepat ikut masa orang lain.Tak sempat nak meninjau segala barang yang ada kat Tesco Nilai yang baru dibuka tu,dah ditanya nak beli apa lagi ni,lambat lagi ka.

 Pastu balik kerja kena tunggu abah ambik aku kat opis,kalo abah ada hal aku jenuh mendail nombor adik-adik ku ,merayu tolong ler ambik aku kat opis ni.Paling tidak kenkadang tu tumpang Huda atau Kak Sal(colleague aku kat opis).Apalagi hujung minggu yang lepas,aku jadi chef semula kat rumah.Hmm dah lama juga aku tak masak kan asyik beli jerk,tak puas makan.Hari Jumaat lepas tu aku dah tanya adik aku,nak masak apa yer.Apalagi pantang ditanya dorang punya order macam makan restoran,ini sudah melampau.Menu hari Ahad ari tu aku masak Butter prawn,Asam Pedas Ikan,Sayur Goreng.Menu yang simple.Dah lama aku tak masak butter prawn hinggakan aku terlupa masukkan kuning telur & susu cair.Hahaha kelakar pun ada bila habis masak aku heran kenapa tak jadi bersarang macam selalu tapi abah kata sedap juga.Tak pa next time mesti completenya bahan-bahan.Itulah akibat kalo dah lama tak gunakan segala skill yg ada kat dapur kan sampai lupa segala.Sekarang ingat nak tajamkan lagi skill masak-memasak ni ,paling teruja bila tengok Junior Masterchef.Ish berbakat betul bebudak tu.Memasak ni pun kira mcm satu seni juga tapi masakan yang paling sedap adalah masakan yang dimasak dengan penuh kasih sayang untuk dihidangkan.Pastinya hasilnya kan jadi yang terbaik .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...