Followers

Friday, February 18, 2011

Moga impian jadi kenyataan

Aku dan adik aku Shila memang mempunyai bisnes online sendiri,biarpun secara kecil-kecilan alhamdulillah boleh lah menambah pendapatan yang sedia ada.Insyallah jika segalanya berjalan lancar dan aku mohon dipermudahkan,kami dua beradik akan melangkah setapak lagi ke satu lagi bisnes yang memang kami berdua minati sejak dari dulu lagi.Aku rasa dah tiba masanya aku buat sesuatu yang aku minati dan hasilnya dapat aku nikmati untuk membantu keluarga.Kerja sekarang ni bukannya tak bagus cuma mungkin sudah terlalu lama aku ni mcm terperangkap berbuat sesuatu yang bukan bidang aku.Kekuatan aku di tempat kerja adalah kerana ada kenkawan yang memahami dan suasana kat opis yang sememangnya meriah itu.Umpama konsep 1Malaysia,ada org India,Cina dan Melayu.Selain kenkawan tentu sekali keluarga dan orang tersayang yang nampaknya memberi sokongan.

Sesuatu yang akan aku rindui jika aku tinggalkan tempat keja sekarang ni.Mungkin tunggu masa pencen lah agaknya tapi jika rezeki yang diberikan Allah pada bisnes baru yang akan datang ini berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang lumayan maka aku akan beri tumpuan pada bisnes aku sendiri.Aku nekad biar susah macam mana pun akan aku lalui,biarlah apa orang lain nak kata,niat aku ingin berbuat sesuatu yang aku inginkan sejak dari dulu.

 Kadang-kadang susah kita orang lain tak pernah tahu,orang lain hanya tahu bercakap,prinsip aku senang jer,biarkan.Aku tahu apa yang aku buat dan aku tak pernah mempertikaikan cita-cita orang lain.Ada salah sorang kawan FB yang merupakan pereka fesyen yang sedang meningkat naik,baru-baru ini dikena ilmu hitam oleh orang yang dengki dengan rezeki yang dia dapat.Bukankah lebih baik kita bersaing secara sihat,maksud aku jadikan pengalaman orang yang berjaya itu panduan untuk kita memajukan diri bukannya guna sesuatu yang syirik untuk menjatuhkan orang lain.

Bukan mudah untuk mencapai sesuatu,umpama anak kecil dari merangkak baru bertatih  kemudian berlari.Macam lirik lagu akademi fantasia tu "bukan mudah mengejar mimpi jadi realiti" jasi harus teruskan usaha.

Wednesday, February 16, 2011

Pesanan terakhir Rasululah S.A.W

Topik hari adalah mengenai Maulidur Rasul.Aku bukan nak jadi ustazah cuma untuk berkongsi sedikit info yang aku dapat terutama kita yang meraikan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Sebagai orang Islam kadang-kadang kita alpa dan ada diantara kita yang langsung tidak mengetahui sejarah Nabi Muhammad.Semasa zaman aku sekolah dulu,sejarah Nabi Muhammad sering diceritakan oleh ustaz dan ustazah yang mengajar kami mengaji Al-Quran.Aku dulu mengaji Al-Quran di madrasah kem tentera,bila ustaz memulakan cerita aku dan rakan-rakan terpaku mendengar.Apa salahnya di zaman ini sejarah Rasulullah diceritakan pada anak-anak sebelum mereka tidur,agar segala kemuliaan dan keluhuran budi rasul junjungan ini menjadi ikutan terutama pada kanak-kanak.
Walaupun aku belum mempunyai anak tapi mempunyai koleksi buku Nabi dan Rasul yang aku beli ketika aku mula-mula bekerja di usia 18 tahun dulu.Apa yang aku ingin kongsikan adalah pesanan terakhir Rasulullah.

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
 Sama-samalah kita saling ingat-mengingati dan sampaikan pada yang belum mengetahui isi khutbah junjungan kita ini.

Wednesday, February 9, 2011

Percutian yang Meriangkan...

Kali ni cuti tahun baru Cina,aku dgn family tak der lak plan ke mana-mana cuma pergi dekat-dekat jerk.Tetiba abah beritahu Mak Njang aku di Kajang ajak berkelah di PD reramai.Hmm dah lama tak pergi berkelah ramai-ramai nih mula tu rasa malas nak pergi sebab baru baik demam dan batuk tapi bila fikir semula,ini peluang aku nak release tension dan meringankan kepala otak aku yang sarat dengan pelbagai masalah yang menyebabkan BP aku naik maka aku ikut jerk.Dalam dok fikir apa yang nak dibawa masa berkelah tu,abah cadangkan suruh aku goreng nugget sebab Mak Njang nak bawa nasi serta lauk-pauk.Hari Sabtu 5hb Feb abah bergegas ker kedai untuk beli nugget dan aku apalagi jadi tukang masak jap goreng fish nugget dan nugget ayam yang jadi kegemaran anak buah aku Azim Haiqal.

Abah terus ker rumah adik aku Izad yang jaraknya mengambil masa lebih kurang 10 minit jer dari rumah untuk ambik Azim jenjalan.Dalam pukul 10 pagi lebih kurang camtu lah,Mak Njang dan keluarga sampai,sementara menunggu aku tengah goreng nugget tu aku pelawa Mak Njang dan sepupu-sepapat aku tu sarapan pagi,kebetulan Zali beli roti canai banyak pulak ari tu.Dah ramai-ramai tu roti canai memang abis dikerjakan oleh kami semua.


Siap jerk terus bertolak ke PD.Mak Njang naik keta Zali,abah lak gi naik keta Mak Njang yang dipandu oleh cousin aku Farhana.Dalam kereta berborak panjang dengan Mak Njang sampai lah ke PD.Ada satu perkara yang memeningkan kepala kalo ke PD masa hari cuti,ramainya orang mcm semut hurung gula,susah gak nak dapat tempat untuk kitaorang sumer melepak nih.Ntah camner adik aku Zali redah jerk akhirnya dapat tempat yang sesuai.Dah sampai tu apalagi segala bekalan dikeluarkan,memasing dah lapar tunggu nak makan tengahari.Teruja aku tengok lauk-pauk yang Mak Njang aku masak,banyaknyer,rajin betul Mak Njang nih.Menu hari tu,Sambal Ayam,Sayur Campur,Udang Goreng,sambal belacan dan ulam,Sup Kaki Ayam dgn cendawan,Mee Goreng dan nugget yang aku bawa tulah.

Sukanya Azim,bergurau dgn Maklong Aifaa

Berselera kami semua makan,bila dah jumpa ramai-ramai nih segala macam cerita dan gurau senda memeriahkan suasana.Keluarga Pak Teh sampai petang sikit sebab Pak Teh dari Kuantan.Menurut kata Mak Teh ,tujuan balik ke Kuantan untuk mengedarkan kad jemputan majlis perkahwinan sepupu aku Aifaa,jadi masa cuti nilah masa yang paling sesuai.Pak Teh datang dengan sekotak buah limau...jeng-jeng.. Gong Xi Fa Cai hehehe.


Selepas dorang sumer bermandi-manda,malam kitaorang ke salah satu trek Go-Kart yang ado di PD pada malam tu.Best giler tengok sepupu-sepupu aku,adik aku Zali berlumba Go-Kart.Aku tak berani nak cuba rasa macam tak muat nak duduk kat seat Go-Kart tu hehehe.Aku ada ambik gambar cuma hari ni tak bawa kamera so nanti aku upload cuma gambar paling banyak kat kamera Hazwan(sepupu) yang canggih ala-ala DSLR tentu lagi cantik gambar berbanding kamera digital biasa aku ni.Abis jerk kat trek Go-Kart,apalagi makan time,kali ni kami semua ikut jerk ke mana Pak Teh tuju sebab bukannya tahu sangat kedai makan area PD ni.Riuh-rendah restoran masakan Thai kenalan Pak Teh tu dengan kehadiran kaum kerabat keluarga kami hehe.Siakap Stim,Kailan Ikan Masin,Sup Ekor serta Telur Dadar jadi menu santapan kami malam tu.Sebelum balik siap berposing kat keta sampai semua orang dalam restoran tu hairan agaknya dari mana la kitaorang ni kan.

Adik aku,Zalie,gambar blur ler pulak
hmm mcm nak kena beli kamera canggih nih
cousins & adik aku dah ready nak berlumba
Go Kart



Pak Teh

Wokeh,Mak njang dah ready nak lumba nih

Apapun aku seronok sebab semasa dalam perjalanan balik,rasa ringan fikiran aku nih.Hasilnya BP aku dah stabil okeh,walaupun tanpa ubat.Ubat yang paling mujarab adalan bercuti dan meriangkan diri.Insyallah ada masa nanti mungkin pergi bercuti lagik,destinasi seterusnya selepas ini kemana pulak agaknya yer.



Monday, January 31, 2011

BP aku tetiba tinggi

26hb ari tu aku datang keja dalam pukul 10 pagi tak tahan menanggung kesakitan yang amat sangat akibat demam,batuk dan selsema yang tetiba menyerang hingga mataku berair macam orang menangis.Balik aku terus drive ke rumah sebab kebetulan adik aku pun nak pergi klinik juga.Dalam pukul 12 tgh hari baru pergi ke klinik sebab tunggu anak buah aku Azim Haiqal balik dari tadika.Dlm perjalanan ke klinik aku asyik bersin dan batuk.Aku ke klinik panel yang lain pula setelah klinik panel yang memula tak berkesan ubat-ubatnya.Nasib baik tak da orang,aku jadi yang pertama dipanggil,bila doktor periksa tekanan darah,sampai 2 kali doktor tu pam utk kepastian,tekezut aku bila diberitahu BP aku adalah 181/120,huh mcm mana aku boleh bertahan lagi,mungkin dengan segala perkara yang buat aku banyak berfikir maka BP aku melambung lagi kali ini.Doktor berpesan agar aku berehat dan datang semula untuk periksa tekanan darah.Keesokannya aku tetap pergi kerja,banyak mende nak kena settle sebelum month end closing.Bergema batuk aku satu opis.

28hb bangun seperti bisa untuk pergi kerja tapi tak terdaya langsung,mak dan adik aku nasihat aku jgn pergi kerja,kepala berpusing mata berpinau maka aku sms opismate aku Tung.Aku tido semula,kerana pening dan turun sarapan sekejap,makan ubat lepas tu tido balik,mengigil aku ,kali ni memang bebetul teruk aku sakit.Dalam pukul 9 pagi,hp aku berdering-dering,aku jawab dengan suara yang serak basah ala-ala Ella,si dia itu rupanya yang tepon.Aku beritahu tgh demam dan nak rehat ,nasib baik lah  si dia itu sorang yang memahami dan bermacam pesanan yang dia tinggalkan,ngalahkan doktor termasuk lah kata-kata hikmat seperti selalu hahaha,apa dia itu rahsialah kan.Terasalah kurang rasa sakit,apa pun sambung tido.Tengahari jerk anak buah aku balik dari tadika,terus naik ke bilik kejutkan aku,Maklong bangunlah,siap pimpin tangan aku turun tangga.

Aku suapkan Azim makan,lepas tu aku makan sikit untuk makan ubat.Petang adik aku ajak pergi jogging kat Pullman Lakeside,mula tu malas tapi aku gagahkan diri pergi juga,si Azim dah siap dan tak sabar-sabar asyik panggil Maklong cepatlah sikit.

Sampai kat sana aku tak jogging cuma jalan-jalan dan duduk sebab terasa pening sesikit mungkin akibat tekanan BP yang agak tinggi tu.Balik rumah selepas mandi aku ambik alat periksa tekanan darah aku.Huh lega sudah makin menurun walaupun tanpa ubat.Sampai hari ni batuk masih belum baik,tekanan darah makin hari makin turun untuk ke paras normal,lega sikit rasanya,kerana aku kawal diri dari minum nescafe,makanan yang aku tak boleh makan.Aku perlu sihat untuk orang yang tersayang dan juga aku perlu sihat untuk menjaga kedua orang tua aku.Aku harap sangat batuk aku boleh sembuh secepat mungkin tak tahan lah tak boleh tido malam. Dah penat makan ubat rasanya.

Wednesday, December 22, 2010

Tayar pancit,tekak meloya

Semalam lepas balik kerja,masa mandi tetiba aku muntah teruk mcm gastrik tapi aku tak der lak,skip makan.Badan tetiba panas,alamak demam,adik aku Shila kata aku ni stress antara tanda-tanda stress,perut rasa tegang,loya....seperti yang Doktor beritahu pada dia.Ha ye ker,aku ni stress apa yer.Mungkin tanpa aku sedari ada perkara-perkara yang terlalu aku fikirkan membuatkan aku dlm keadaan stress,hmm mcm-mcm hal rupanya dan salah satu sebabnya aku tak cukup rehat.Sampai hari ni aku masih rasa meloya ngalahkan org ngandung lak aih.
Itu satu hal,hari ni pepagi aku dah ker opis masa tengah bersantai dalam keta tunggu kawan aku Kak Sal sampai,tanpa aku sedari ada sorang kakak yang kebetulan nak park keta beritahu tayar keta aku pancit,alamak mcm mana aku boleh tak perasan ni.Patutlah tadi berat lain mcm masa memandu.Apalagi aku terus call Abah dan adik aku ler.Nasib baik tak da apa-apa masa dlm perjalanan tadi.
Aku perlukan rehat,hmm bila masa lah nak pergi bercuti ni,terlalu banyak mende nak kena settle.Inilah yang buat aku meloya lagi....nasib baik tak pengsan.

Monday, December 13, 2010

Pertunangan & Perkahwinan

Dah lama aku tak update blog ni,kerana bz gilos dengan majlis-majlis yang berlangsung.Nak kata tolong banyak tu tak der lah sesikit jer,untuk memeriahkan majlis sepupu-sepupu ku.
Majlis pertama,majlis perkahwinan Fahmi anak Mak Njang aku di Kajang,majlis kenduri 7hb Dec tapi 6 hb Dec aku dah berkampung kejap kat rumah Mak Njang tolong apa yg patut.Dah ramai gak sedara mara yang dah sampai,dan malam tu ada majlis tahlil.Meriah sungguh kenduri Fahmi,dan yang paling kelakar bila Datuk K yg merupakan sedara Pak Njang aku sampai,tumpuan terus beralih pada Datuk K dan CT,pengantin orang dah tak tengok,Majlis kedua,adalah majlis pertunangan sepupuku Aifaa di Port Dickson pada 12hb Dec.Aku pernah menjaga Aifaa dan adik-adiknya semasa dorang kecik dulu,wah terasa ketuaan yang melanda bila orang yang pernah ku jaga dulu bakal mendirikan rumahtangga.Memang meriah majlis Aifaa,ramai jugak rombongan dari pihak lelaki.Apapun tahniah pada Fahmi & Aifaa.Ini sebahagian dari gambar majlis Perkahwinan dan Pertunangan dua orang sepupuku ini.







  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...