26hb ari tu aku datang keja dalam pukul 10 pagi tak tahan menanggung kesakitan yang amat sangat akibat demam,batuk dan selsema yang tetiba menyerang hingga mataku berair macam orang menangis.Balik aku terus drive ke rumah sebab kebetulan adik aku pun nak pergi klinik juga.Dalam pukul 12 tgh hari baru pergi ke klinik sebab tunggu anak buah aku Azim Haiqal balik dari tadika.Dlm perjalanan ke klinik aku asyik bersin dan batuk.Aku ke klinik panel yang lain pula setelah klinik panel yang memula tak berkesan ubat-ubatnya.Nasib baik tak da orang,aku jadi yang pertama dipanggil,bila doktor periksa tekanan darah,sampai 2 kali doktor tu pam utk kepastian,tekezut aku bila diberitahu BP aku adalah 181/120,huh mcm mana aku boleh bertahan lagi,mungkin dengan segala perkara yang buat aku banyak berfikir maka BP aku melambung lagi kali ini.Doktor berpesan agar aku berehat dan datang semula untuk periksa tekanan darah.Keesokannya aku tetap pergi kerja,banyak mende nak kena settle sebelum month end closing.Bergema batuk aku satu opis.
28hb bangun seperti bisa untuk pergi kerja tapi tak terdaya langsung,mak dan adik aku nasihat aku jgn pergi kerja,kepala berpusing mata berpinau maka aku sms opismate aku Tung.Aku tido semula,kerana pening dan turun sarapan sekejap,makan ubat lepas tu tido balik,mengigil aku ,kali ni memang bebetul teruk aku sakit.Dalam pukul 9 pagi,hp aku berdering-dering,aku jawab dengan suara yang serak basah ala-ala Ella,si dia itu rupanya yang tepon.Aku beritahu tgh demam dan nak rehat ,nasib baik lah si dia itu sorang yang memahami dan bermacam pesanan yang dia tinggalkan,ngalahkan doktor termasuk lah kata-kata hikmat seperti selalu hahaha,apa dia itu rahsialah kan.Terasalah kurang rasa sakit,apa pun sambung tido.Tengahari jerk anak buah aku balik dari tadika,terus naik ke bilik kejutkan aku,Maklong bangunlah,siap pimpin tangan aku turun tangga.
Aku suapkan Azim makan,lepas tu aku makan sikit untuk makan ubat.Petang adik aku ajak pergi jogging kat Pullman Lakeside,mula tu malas tapi aku gagahkan diri pergi juga,si Azim dah siap dan tak sabar-sabar asyik panggil Maklong cepatlah sikit.
Sampai kat sana aku tak jogging cuma jalan-jalan dan duduk sebab terasa pening sesikit mungkin akibat tekanan BP yang agak tinggi tu.Balik rumah selepas mandi aku ambik alat periksa tekanan darah aku.Huh lega sudah makin menurun walaupun tanpa ubat.Sampai hari ni batuk masih belum baik,tekanan darah makin hari makin turun untuk ke paras normal,lega sikit rasanya,kerana aku kawal diri dari minum nescafe,makanan yang aku tak boleh makan.Aku perlu sihat untuk orang yang tersayang dan juga aku perlu sihat untuk menjaga kedua orang tua aku.Aku harap sangat batuk aku boleh sembuh secepat mungkin tak tahan lah tak boleh tido malam. Dah penat makan ubat rasanya.
August 16 Update
8 years ago
0 comments:
Post a Comment