Followers

Monday, March 8, 2010

Semangat Aleen

Minggu lepas Kak Yus ada ajak gi melawat Anie & baby di Melaka.Hasrat hati memang ingin pergi tapi apakan daya 5hb 3 tu hari bekerja dan kerja mmg tengah bz giler.Aku call Anie beritahu tidak dapat melawat Haniz seperti biasa Anie mmg sorang yang memahami,x perlah nanti Haniz dah balik Seremban boleh ler auntie Eida jenguk yer.Hari Sabtu,aku ikut mak dan adik gi HKL melawat anak sedara adik ipar yang baru lepas operation ketumbuhan dalam tulang belakang.Aleen muda lagi baru 23 tahun.Birthday Aleen tahun ni 6/3/2010 disambut di HKL tapi Aleen kata dia bersyukur kakinya dah boleh gerak semula tapi perlu menjalani fisioterapi selepas ini.Bayangkan sebelum ni Aleen boleh berjalan tetiba lumpuh terbaring disebabkan ketumbuhan ni.Aleen seperti selalu aku tengok seorang yang ceria dan dia bebetul kuat semangat.Mudah-mudahan Aleen cepat sembuh dan berjalan seperti dulu.Kata Aleen,bila dah boleh jalan nanti dia ingin menyambung semula pengajiannya. Aku berikan kata-kata semangat pada Aleen dan senyuman terukir di wajah dan ucapan terima kasih tak putus dari bibirnya.Sebak juga hati aku bila ada group sukarelawan yang memang melawat pesakit di HKL dan membantu golongan yang memerlukan menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buat Aleen. Sebelum ni Aleen dirawat di Hospital Alor Star tapi memandangkan tak da pakar di sana maka Aleen dipindahkan ke HKL.Alhamdulillah,selepas pembedahan selama 10 jam,para doktor pakar dan jururawat yang bertugas gembira dengan perkembangan Aleen yang memberangsangkan sehari selepas pembedahan.Doaku moga Aleen cepat sembuh.

Tuesday, March 2, 2010

Plan cuti

Dah beberapa hari tak update blog nih,kalo boss approve maka 12hb 3 ni aku mula cuti sampailah 15hb 3.Kemana lagi kalo tak balik kampung,di Sungai Petani.Belum balik lagi dah terbayang Laksa,Bihun Sup Utara,Mee Udang Penang camner lah badan nak kecik hehehe.Anak Cousin aku kahwin jadi kena ler balik,dulu anak dia yang sulung kahwin kami sekeluarga tak dapat balik. Sebut pasal kenduri kahwin ni satu sebab aku malas nak gi tak larat jawab soalan cepu emas sedara mara " bila nak kahwin",kalo sorang dua yang tanya tak per jugak ni yang mana jumpa sumer tanya.Dah cam artis kena soal dgn press.Aku pun apalagi bagi statement CT Nurhaliza dulu ler "No komen " hehehe.Kadang-kadang tu senyum kelat jerk .Bukan boleh jawab tak da sapa yg nak sat lagik ada lah yang tetiba nak jodohkan aku dgn org tu ,org ni ohhhh tidak...camner pun biar aku cari sendiri. Lagi satu mulalah dalam kepala ni nak pakai baju apa,nak bawa handbag mana hehehe ngalahkan datin lak.Kalo gi shopping mata tu asyik nak pandang kasut,handbag,aksesori. Yang paling best hotel penginapan aku kat SP tu bebetul dekat dengan shopping mall Parkson Grand,abislah duit den kali nih.

Thursday, February 18, 2010

Tukar nama

Semalam semasa berborak dengan adik aku Shila,kitaorang dah sepakat untuk tukar nama bisnes dari Emerald Collection ker Precious Love Collection.Idea datang dari Shila dan aku pun suka gak nama tu. Maka dengan pantasnya aku mengubahsuai web yang sedang dalam proses.Penukaran ini terpaksa kami lakukan kerana telah ada Emerald Collection jadi untuk mengelakkan sebarang kekeliruan maka penukaran nama telah dibuat. Ada juga di kalangan rakan-rakan yang dah mula ngomel bila ler web aku nak dilancarkan.Tunggu.......jerk lah,nak bagi mantops dulu hehehe.

Cuti,Cuaca dan Cinta

Kalo tengok tajuk boleh kira cam 3C ler kan .Minggu lepas cuti tahun baru cina dari 13hb hingga 17hb.14hb merupakan hari ulangtahun perkenalan aku dan si dia yang ke 6.Banyak kenangan suka duka kami tempuhi dan pernah 2 kali terpisah,semua yang berlaku dalam hubungan kami selama 6 tahun kami jadikan pengajaran agar lebih berhati-hati lagipun kita manusia biasa tak pernah lari dari sebarang kesilapan.Alhamdulillah sekarang ni aku dan dia kuranglah sikit angin taufan macam dulu.Dia memang dah tahu perangai aku ni mcm mana dan yang paling penting selepas hubungan kami terputus dulu dia berusaha untuk kembali dan tanpa jemu memujuk.Dia yang aku kenali 6 tahun dulu memang banyak berubah dan kerana kesungguhannya itu,aku terima dia kembali tapi bersyarat hmm cam ada M.O.U lak kan.Biarpun tiada hadiah istimewa pada hari ulangtahun kami tapi sms yang diterima pepagi 14hb 2 cukup mengembirakan aku hehehe jiwang ler pulak.Abis bab Cinta
Azim & Kyra
14hb juga makngah aku dari Johor datang dengan cousin.Dorang bertolak dari Kluang dalam pukul 10.00 pagi.Selesai jer sarapan pagi ,aku dengan mak apalagi terus masak untuk tengahari.Menu hari tu Kari Ayam,Ayam Kicap,Sayur Goreng,Sambal Tumis.Aku masak jer apa yang ada sebab dah tak sempat nak gi pasar lagi.Lebih kurang pukul 2 petang dorang sampai lepas duduk rehat jap terus makan tengahari.Dah ramai-ramai ni makan berselera betul.Aku hari banyak minum air jer sebab tak tahan dengan cuaca yang panas perit,rasa macam nak pitam pun ada,berbahang betul.Petang tu kitaorang sumer rehat jerk sambil berborak dan melayan karenah Azim dan anak cousin Kyra.
Putrajaya
Malam tu kitaorang jenjalan kat Monument Alaf Baru kat Putrajaya yang kebetulan dekat dengan Masjid Sultan Mizan atau masjid kaca.Memang cantik.Kebetulan Monument tu tepi tasik dan ada tempat untuk istirehat memang best ,Azim berlari sana sini sampai terjatuh punyalah dia suka,maklumlah kat rumah atuk mana ada kawasan lapang.Lepas balik dari Putrajaya kitaorang gi ngeteh kat Kota Warisan.Balik rumah dah dekat pukul 1.30 pagi.Cuaca yang terlalu panas buatkan satu family mandi berkali-kali.Masa dalam kete best ler sejuk aircond. 15hb pepagi aku dah bangun siapkan sarapan sebab hari ni kami nak gi rumah sepupu aku Kak Rose,anak makngah kat Bandar Sri Damansara.Lepas sumer siap kitaorang bertolak dari rumah pukul 10.30 pagi dan sampai rumah Kak Rose dalam 11.45 pagi.Kitaorang tak lunch kat rumah Kak Rose sebab tak nak nyusahkan dia,Abg Man adik Kak Rose ajak gi makan kat luar.Masa keluar tu memula pergi Restoran Puteri kat TTDI tapi tak jadi makan kat situ pastu tukar gi One Utama.
Restoran Puteri TTDI
Punyalah susah nak dapat parking,dah tawaf parking lot beberapa kali akhirnya adik aku parking kat atas sekali.Itu satu hal.Memandangkan memasing dapat lot parking yang berbeza maka terpisah,kena lak cari check point dalam shopping centre yang memang besar tu,naik lenguh kaki aku.Bila dah jumpa fikir lak nak gi makan kat mana,pilih punya pilih last sekali sumer decide nak gi Chicken Rice Shop,jalan lagi cari kedai lak.Memang meriah lah masa makan kat situ,memandangkan lot Chicken Rice shop kat situ tak besar sangat,family kitaorang telah menakluki sebahagian tempat tu hehehe.Bila pelayan kat situ antar jug air jer dah dengar suara Azim 'Nak Air' bergema satu kedai,sumer orang pandang pastu ketawa.Azim termalu terus tutup muka hehehe.
One Utama Damansara
Sekali-sekala berkumpul memang meriah,bergurau senda lak dengan sepupu,anak sedara pupu.Memang aku dan sedara sebelah mak rapat.Abis waktu makan dan lepas memasing kekenyangan maka satu lagi destinasi yang dah lama aku tak pergi dan tentu sekali tempat yang aku suka tentulah IKEA .Penat memang penat tapi excited bila dah sampai,aku dapat beli beberapa barang kat situ antaranya lampu tidur buatan tangan dari Sweden (biarpun cuma bertahan sehari sebab Azim pecahkan),cawan untuk Azim dan beberapa barang yang offer. Malam tu dalam pukul 9.30 malam kami sumer dah sampai rumah,wife cousin sempat lagi wat sandwich untuk kitaorang.16hb petang makngah balik ke Kluang dan esoknya 17hb sedara abah dari Kedah pulak singgah sekejap jer kat rumah.Wah minggu ni memang rumah aku ramai tetamu betul. 17hb malam,aku tidur awal sikit sebab nak kerja.Azim tido kat rumah,dalam pukul 10.00 malam dia terjaga pastu mengamuk kenalah pujuk,kebetulan aku tengan online Facebook,terus ajak dia tengok game Cafe World & Farmville baru dia diam.Abis dengan FB,ajak azim tido,nak tengok gambar dalam hp pulak,aku bagi jer lah janji dia diam dan tido.Bagi dia minum susu pastu dia terus tido,huh lega...
Cuti kali ni memang agak penat tapi meriah.Cuaca yang panas tu memeritkan juga.Cinta pula hmm semakin bahagia alhamdulillah.Itulah 3C dalam kisah minggu ini (cam drama minggu ini lak aih).Insyallah gambar akan upload nanti.

Friday, February 12, 2010

Tahun Baru Cina

Hari ni kenkawan opis yang akan menyambut Tahun Baru Cina kebanyakan balik awal.Ada yang balik setengah hari,ada yang balik pukul 3.00 Sunyi opis dibuatnya,aku mula ler rasa malas,padahal kerja melambak nih.Rehat jap update blog sambil makan buah limau.Hari-hari dapat buah limau.Ada gak aku bawa balik rumah sebab mak mmg suka limau mandarin ni.Azim pun suka juga.Keletah anak buah aku yang sorang ni tengah mulut banyak nak bercakap buat aku hilang tension bila melayan telatah dia. Kalo ikutkan kalendar cina,tahun ni tahun Harimau.Aku dilahirkan dalam tahun Harimau.Apa yang baik atau tak aku tak tahulah sebab itu kepercayaan kaum Cina. Kalau ikutkan salasilah keluarga memang kami berdarah kacukan Cina,Mamak dan Melayu.Mungkin kami juga akan menyambut tahun baru Cina jika mengetahui di mana keluarga mak berada.Atuk aku yang berketurunan cina mungkin sudah tiada tapi adik beradik mak masih ada cuma tak pernah kami tahu dimana.Kalau sebelah abah tok nek Hawa (ibu kepada atuk aku) juga berketurunan Cina,sudah lama meninggal dunia sejak aku kecik lagi. Kalau tak musim tahun baru ni merasalah kitaorang dapat Ang Pow dari sedara mara hehehee

Wednesday, February 10, 2010

Macam-macam hal

Minggu lepas kete aku rosak,kali mmg parah ler jugak,gearbox ada masalah hmm nak wat camner kete lama.Sekarang masih ada kat workshop.Pendek langkah aku dibuatnya tak der kete ni.Gi ambil barang kat supplier pun terpaksa ajak abah.Biasalah kalo gi dengan abah kalo tak kena bebel tak sah walaupun segala kos aku tanggung.Maklumlah nak memastikan pelanggan berpuas hati dengan barang yang aku jual so proses pemilihan aku dan Shila memang cerewet sikit.Lainlah kalo ambik terlalu banyak itu dah tak masa nak pilih lagi. Ada sesuatu yang aku tak sangka singgah di pendengaran aku semalam.Mula tu memang rasa sedih tapi orang lain tak tahu kisah yang sebenar,aku biarkan saja,aku percaya satu hari kebenaran akan terbukti cuma bila ada orang yang bertanya aku menjelaskan perkara yang sebenar.Aku tetap seperti biasa tak pernah menyalahkan sesiapa.Manusia takan pernah sempurna takan pernah tak melakukan kesilapan jadi biarkan saja.Selagi hidup macam-macam hal kita akan tempuhi bila kita menempuhi setiap fasa dalam hidup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...