skip to main |
skip to sidebar
Minggu lepas Kak Yus ada ajak gi melawat Anie & baby di Melaka.Hasrat hati memang ingin pergi tapi apakan daya 5hb 3 tu hari bekerja dan kerja mmg tengah bz giler.Aku call Anie beritahu tidak dapat melawat Haniz seperti biasa Anie mmg sorang yang memahami,x perlah nanti Haniz dah balik Seremban boleh ler auntie Eida jenguk yer.Hari Sabtu,aku ikut mak dan adik gi HKL melawat anak sedara adik ipar yang baru lepas operation ketumbuhan dalam tulang belakang.Aleen muda lagi baru 23 tahun.Birthday Aleen tahun ni 6/3/2010 disambut di HKL tapi Aleen kata dia bersyukur kakinya dah boleh gerak semula tapi perlu menjalani fisioterapi selepas ini.Bayangkan sebelum ni Aleen boleh berjalan tetiba lumpuh terbaring disebabkan ketumbuhan ni.Aleen seperti selalu aku tengok seorang yang ceria dan dia bebetul kuat semangat.Mudah-mudahan Aleen cepat sembuh dan berjalan seperti dulu.Kata Aleen,bila dah boleh jalan nanti dia ingin menyambung semula pengajiannya.
Aku berikan kata-kata semangat pada Aleen dan senyuman terukir di wajah dan ucapan terima kasih tak putus dari bibirnya.Sebak juga hati aku bila ada group sukarelawan yang memang melawat pesakit di HKL dan membantu golongan yang memerlukan menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buat Aleen.
Sebelum ni Aleen dirawat di Hospital Alor Star tapi memandangkan tak da pakar di sana maka Aleen dipindahkan ke HKL.Alhamdulillah,selepas pembedahan selama 10 jam,para doktor pakar dan jururawat yang bertugas gembira dengan perkembangan Aleen yang memberangsangkan sehari selepas pembedahan.Doaku moga Aleen cepat sembuh.
0 comments:
Post a Comment