Followers

Thursday, February 18, 2010

Cuti,Cuaca dan Cinta

Kalo tengok tajuk boleh kira cam 3C ler kan .Minggu lepas cuti tahun baru cina dari 13hb hingga 17hb.14hb merupakan hari ulangtahun perkenalan aku dan si dia yang ke 6.Banyak kenangan suka duka kami tempuhi dan pernah 2 kali terpisah,semua yang berlaku dalam hubungan kami selama 6 tahun kami jadikan pengajaran agar lebih berhati-hati lagipun kita manusia biasa tak pernah lari dari sebarang kesilapan.Alhamdulillah sekarang ni aku dan dia kuranglah sikit angin taufan macam dulu.Dia memang dah tahu perangai aku ni mcm mana dan yang paling penting selepas hubungan kami terputus dulu dia berusaha untuk kembali dan tanpa jemu memujuk.Dia yang aku kenali 6 tahun dulu memang banyak berubah dan kerana kesungguhannya itu,aku terima dia kembali tapi bersyarat hmm cam ada M.O.U lak kan.Biarpun tiada hadiah istimewa pada hari ulangtahun kami tapi sms yang diterima pepagi 14hb 2 cukup mengembirakan aku hehehe jiwang ler pulak.Abis bab Cinta
Azim & Kyra
14hb juga makngah aku dari Johor datang dengan cousin.Dorang bertolak dari Kluang dalam pukul 10.00 pagi.Selesai jer sarapan pagi ,aku dengan mak apalagi terus masak untuk tengahari.Menu hari tu Kari Ayam,Ayam Kicap,Sayur Goreng,Sambal Tumis.Aku masak jer apa yang ada sebab dah tak sempat nak gi pasar lagi.Lebih kurang pukul 2 petang dorang sampai lepas duduk rehat jap terus makan tengahari.Dah ramai-ramai ni makan berselera betul.Aku hari banyak minum air jer sebab tak tahan dengan cuaca yang panas perit,rasa macam nak pitam pun ada,berbahang betul.Petang tu kitaorang sumer rehat jerk sambil berborak dan melayan karenah Azim dan anak cousin Kyra.
Putrajaya
Malam tu kitaorang jenjalan kat Monument Alaf Baru kat Putrajaya yang kebetulan dekat dengan Masjid Sultan Mizan atau masjid kaca.Memang cantik.Kebetulan Monument tu tepi tasik dan ada tempat untuk istirehat memang best ,Azim berlari sana sini sampai terjatuh punyalah dia suka,maklumlah kat rumah atuk mana ada kawasan lapang.Lepas balik dari Putrajaya kitaorang gi ngeteh kat Kota Warisan.Balik rumah dah dekat pukul 1.30 pagi.Cuaca yang terlalu panas buatkan satu family mandi berkali-kali.Masa dalam kete best ler sejuk aircond. 15hb pepagi aku dah bangun siapkan sarapan sebab hari ni kami nak gi rumah sepupu aku Kak Rose,anak makngah kat Bandar Sri Damansara.Lepas sumer siap kitaorang bertolak dari rumah pukul 10.30 pagi dan sampai rumah Kak Rose dalam 11.45 pagi.Kitaorang tak lunch kat rumah Kak Rose sebab tak nak nyusahkan dia,Abg Man adik Kak Rose ajak gi makan kat luar.Masa keluar tu memula pergi Restoran Puteri kat TTDI tapi tak jadi makan kat situ pastu tukar gi One Utama.
Restoran Puteri TTDI
Punyalah susah nak dapat parking,dah tawaf parking lot beberapa kali akhirnya adik aku parking kat atas sekali.Itu satu hal.Memandangkan memasing dapat lot parking yang berbeza maka terpisah,kena lak cari check point dalam shopping centre yang memang besar tu,naik lenguh kaki aku.Bila dah jumpa fikir lak nak gi makan kat mana,pilih punya pilih last sekali sumer decide nak gi Chicken Rice Shop,jalan lagi cari kedai lak.Memang meriah lah masa makan kat situ,memandangkan lot Chicken Rice shop kat situ tak besar sangat,family kitaorang telah menakluki sebahagian tempat tu hehehe.Bila pelayan kat situ antar jug air jer dah dengar suara Azim 'Nak Air' bergema satu kedai,sumer orang pandang pastu ketawa.Azim termalu terus tutup muka hehehe.
One Utama Damansara
Sekali-sekala berkumpul memang meriah,bergurau senda lak dengan sepupu,anak sedara pupu.Memang aku dan sedara sebelah mak rapat.Abis waktu makan dan lepas memasing kekenyangan maka satu lagi destinasi yang dah lama aku tak pergi dan tentu sekali tempat yang aku suka tentulah IKEA .Penat memang penat tapi excited bila dah sampai,aku dapat beli beberapa barang kat situ antaranya lampu tidur buatan tangan dari Sweden (biarpun cuma bertahan sehari sebab Azim pecahkan),cawan untuk Azim dan beberapa barang yang offer. Malam tu dalam pukul 9.30 malam kami sumer dah sampai rumah,wife cousin sempat lagi wat sandwich untuk kitaorang.16hb petang makngah balik ke Kluang dan esoknya 17hb sedara abah dari Kedah pulak singgah sekejap jer kat rumah.Wah minggu ni memang rumah aku ramai tetamu betul. 17hb malam,aku tidur awal sikit sebab nak kerja.Azim tido kat rumah,dalam pukul 10.00 malam dia terjaga pastu mengamuk kenalah pujuk,kebetulan aku tengan online Facebook,terus ajak dia tengok game Cafe World & Farmville baru dia diam.Abis dengan FB,ajak azim tido,nak tengok gambar dalam hp pulak,aku bagi jer lah janji dia diam dan tido.Bagi dia minum susu pastu dia terus tido,huh lega...
Cuti kali ni memang agak penat tapi meriah.Cuaca yang panas tu memeritkan juga.Cinta pula hmm semakin bahagia alhamdulillah.Itulah 3C dalam kisah minggu ini (cam drama minggu ini lak aih).Insyallah gambar akan upload nanti.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...