Followers

Tuesday, November 1, 2011

Memandangkan aku dan family memang sayang dan suka kucing maka hari ni aku nak citer pasal kucing pulak.Baru-baru ni adik aku Shila ada citer pasal kucing spesis Maine Coon.Inilah pertama kali aku dengar nama spesis,yg aku dok dengar Persian Cat ker,Kucing Siam ker tu tahulah kan.

Bila adik aku cakap kepala Maine Coon besar kepala aku,alamak biar betul tapi kata Shila,memang kucing Maine Coon ni besar saiz dier tapi manja.Ha yang tu aku suka ler.Kalau ikutkan aku harimau dengan Singa tu pun comel gak tapi tak berani ler nak bela takut gak kang aku yang jadi santapan sang rimau hehehe.Masa aku dan adik-adik google kat rumah cari gambar Maine Coon,jumpa lah gambar ni,bila anak buah aku Azim tengok terus cakap nak,nak kucing ni esok maklong beli yer,terkedu aku mahal tu sayang tak mampu ler maklong beli


Comelkan hehehe nama dia Verismo Leonetti



Hasil mengoogle dan mencari info tentang kucing ni maka aku kongsikan kat blog aku nih.Kata adik aku kedai haiwan yang dia pergi kat Subang tu kata harga Maine Coon mencecah RM6,000,mak aih mahalnya dah macam hantaran kahwin pun ada.Kucing Maine Coon merupakan kucing berbadan besar yang anggun dan indah. 

Kucing Maine Coon ini merupakan kucing yang terbentuk secara alamiah. Sesuai namanya, spesis ini berasal dari Maine di Amerika Serikat. Nama Maine Conn diambil dari kata "Maine" (nama negara bagian Maine) dan "Coon" nama pendek dari racoon, kerana bentuk dan warna ekor kucing maine coon banyak yang menyerupai ekor racoon. 

Stewie
 Stewie, seekor kucing Maine Coon berumur lima tahun, secara resmi dinyatakan menjadi kucing terpanjang di dunia oleh Guinness World Records pada tahun 2010 dengan panjang mencapai 48.5 inci (123.2 cm).
Stewie memecahkan rekod lama yang sebelumnya dipegang oleh kucing Maine Coon bernama Leo (nama lengkapnya Verisimo Leonetti) dengan panjang 48 inci (121,9 cm)



Ha comel kan.Ish teringin betul ler kucing ni,ada ker yg nak bagi free hehehe.cam gambar ni aku suka sangat.Berangan ler bila nak dapat ntah ler.



geramnyer



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...