Hari ni aku nak kongsi sikit artikel yg menarik dan dah lama aku dapat tapi aku peram maka kini kongsi dengan semua.
Mungkin  Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum  menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang  betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian  dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila  salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi  lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama  hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.  Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian  berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling  hebat yang pernah dialami.
 Memang  benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah  kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita  rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda  bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan  harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam  hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam  hati anda.
 Ia  cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam  untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia  mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Bercinta  memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai  oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Jangan sesekali  mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan  sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali  mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat  melupakannya. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya  palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
0 comments:
Post a Comment