Followers

Monday, November 14, 2011

Buat Sahabatku Noni,moga tabah

Hari ini aku dah mula keje setelah seminggu lebih bercuti.Apa yang ingin aku coretkan di sini adalah untuk rakan sepejabat yg juga rakan yang rapat dengan aku Noni.2hb Nov malam lebih kurang pukul 11 malam aku terima sms dari Tung yang kawan opis.Seakan tidak percaya,betul kah,aku minta Tung cuba hubungi Noni.Dan akhirnya Tung,sms beritahu memang benar suami Noni yang aku kenal Hafiz telah pergi buat selamanya.Aku terdiam tak dapat lelapkan mata teringat Noni dan Haniz.Tanpa disedari airmata aku mengalir,lantas aku sedekah kan Al-Fatihah buat arwah lalu aku panjatkan doa,Ya Allah berilah kekuatan pada sahabat ku untuk menempuh ujian yang kau beri,tabahkan hati beliau demi satu-satu tanda kasih dengan arwah yakni Haniz.Hanya sempat bersama arwah selama 3 tahun.

Aku terasa ralat yang amat sangat kerana tak dapat pergi ziarah arwah dan Noni di Muar kerana kebetulan aku dah mula bercuti dan 3hb Nov aku menemani mak di Hospital Serdang jumpa pakar.Bila abah tanya kenapa tak selera sarapan,aku jawab tak tertelan rasa sebab teringatkan Noni.


Bukan mudah untuk mengumpul jiwa yang hilang,bukan mudah untuk menghadapi segalanya.Noni,andai kata Noni baca blog akak ni,kuatkan semangat demi Haniz.Akak sentiasa ada untuk Noni.Sama-sama kita berdoa moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.Al-Fatihah.Amin

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...