Followers

Tuesday, November 15, 2011

Jalan-jalan Langkawi

Sempena besday mak dah abah bulan Oktober ari tu maka aku dan adik aku Zalie bawa mak dan abah gi jalan Langkawi.Kebetulan lak masa tu kitaorang balik kampung sempena Aidil Adha maka ambil peluang terus gi jenjalan la kan.

Naik feri di Kuala Kedah ke Langkawi masa dalam 1 jam 30 minit lebih kurang camtulah.Masa pergi tu cuma mendung dan ujan sesikit tapi bila sampai Langkawi cuaca redup tak hujan,bestnya boleh meronda jap lagi.

Sampai kat jeti kitaorang tunggu orang kereta sewa.Dari jeti pergi ke deretan kedai kat pekan Kuah tu pastu tengok keta lepas semuanya dah ok maka bermulalah cuti-cuti kami kat Langkawi.Sebenarnya kami dah banyak kali pergi Langkawi tapi lama dulu jadi kali ni cuma pergi tempat yang belum kami lawati lagi saja.Memula tu adik aku Zalie yang drive tetiba dia berhenti kat tepi terus cakap 'Kak Long,ko bawa,bila lagi nak bawa keta luar dari Nilai tu,lagipun keta yang kami sewa tu auto kan.'Bermula dengan bismilah aku pun drive ler.

Nasib baik adik aku bawa GPS so senanglah lah cari jalan kan.Kami menginap di Awana Porto Malai,Langkawi.Apa yang aku dapat katakan memang best dan pemandangan dari bilik buat aku jatuh cinta,bayangkan bangun tido pagi nampak pulau-pulau,kapal layar dan laut wah..mcm gi honeymoon lak aih.Tempat-tempat yang aku pergi mcm Underwater World,Bird Paradise Park,Langkawi Cable Cartempat-tempat shopping tu memang kewajipan dan merasa gak makan kat salah satu restoran terkenal kat Langkawi, Restoran Wan Thai.Makan ala-ala 5 star tapi harga bukan harga 5 star itu yang kami suka tu tapi kalau mahal pun ok lagi dengan kualiti makanan dan cara layanan.Nak citer sumer jenuh panjang berjela ler kan biarlah beberapa gambar yang aku upload ni yang menceritakan sumer.Kalau ikutkan gambar banyak ni cuma sebahagian.Kalau yang belum pernah pergi gi lah jalan-jalan ke Langkawi.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...