skip to main |
skip to sidebar
Dah beberapa hari dah update blog.Bukan tak der citer tapi tak tahu mana satu nak citer dulu.Pada followers dan juga yang sudi singgah blog ni,terima kasih ler kerana sudi membaca dan mengikuti perkembangan blog Aku dan Duniaku ini.Dah macam ucapan menang anugerah lak aih.Bercerita pasal blog ni kan.Blog aku ni tak tertumpu pada satu topik saja.Biarlah orang nak kata blog caca marba yang penting apa-apa info yang boleh aku kongsi aku dengan rela hati berkongsi dalam blog aku ni.Baik dari sudut agama,kesihatan atau apa-apa saja.Memandangkan aku lebih suka cara santai dan ala-ala bersembang maka tak da lah aku ni mengatur ayat sepertimana kita belajar bahasa Malaysia kat sekolah dulu kan,pada aku dengan cara ni lebih mendekatkan aku dengan pembaca blog.Dah macam diari lak kan blog aku ni tapi diari biasanya hanya tulis apa tersirat di hati.Ada gak perkara yang tak aku luahkan di blog dan simpan kat hati yakni ada perkara yang privacy lah kan cewah macam artis lak.
Paling banyak tentulah citer pasal aku dan keluarga,pasal aku gi jenjalan sana sini.Dan yang paling mendapat sambutan mengalakkan dari pembaca adalah bab tanda-tanda kena sihir.tak caya cuba tengok analysis kat bawah ni dan juga biarpun blog aku ni tak sehebat blog orang lain yang lebih otai kan aku berbangga gak lah sebab bukan hanya diikuti dari pembaca Malaysia tapi pembaca luar negara juga,jadi sekurang-kurangnya info yang aku beri memberi pengetahuan dan panduan pada yang memerlukan.Bukan itu saja info tu juga untuk diri aku sendiri juga tapi perlu diingatkan apa-apa pun biarlah digunakan info tu dengan betul dan tidak menyalahi ugama.Hm jadi sekali lagi terima kasih pada yang singgah dan jadi followers.
0 comments:
Post a Comment